Monday, December 13, 2010

Pengembaraan Yang Terlalu Jauh

Sudah terlalu jauh aku mengembara untuk mencari makna erti kehidupan ku di dunia yang sementara ini.. Ke sana sini tanpa hala tujuan, aku terus mengembara tanpa aku menyedari bahawa sudah terlalu jauh kaki ini melangkah pergi daripada kampung halaman.. Erti kehidupan aku tiada maknanya kerana telah aku salah erti akan erti makna kehidupan aku yang sebenar.. Subhanallah..

Aku berjalan dari setiap pelosok tempat, yang aku tidak tahu apakah tempat itu sebenarnya.. Dalam aku mengembara, aku melihat pelbagai gelagat manusia yang aku jumpai sewaktu aku mengembara.. Ada yang gembira hinggakan terlupa akan sesuatu dan ada pula yang berduka tetapi gembira..

Kini, aku merasakan lelah sewaktu menempuh onak duri dalam mengembara, sehinggakan aku sesat dan sukar bagi aku untuk mencari jalan untuk kembali.. Aku telah turutkan hati aku yang buta dan pasrah pada-Mu tuhan atas setiap perkara yang telah aku lalui sewaktu aku mengembara.. Kerana Engkau lah menentukan segala apa yang berlaku setiap perkara yang berlaku, aku hanya hamba-Mu yang tidak mengerti akan apa-apa yang berlaku di sekeliling ini..

Engkau menciptakan dunia ini penuh dengan pancaroba, penuh dengan tipu muslihat dan dugaan.. Sudah tidak terdaya rasanya bagi aku untuk melangkah bagi meneruskan pengembaraan aku bagi mencari erti kehidupan.. Pimpinlah langkah hamba-Mu yang kedil dan hina ini agar tidak aku kesesatan dari jalan syurga-Mu yang hamba-Mu idam-idamkan selama ini.. Kerana tidak aku terdaya pula aku untuk menahan seksa neraka-Mu..  Selain itu, tidak pula layak ku ke syurga kerana terlalu banyak dosa yang telah hamba-Mu ini lakukan.. Dosa yang setinggi gunung, dosa yang sebanyak buih di lautan.. Kerna aku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan.. Sering ku terlupa, sering juga daku terleka dengan nikmat-Mu yang melimpah ruah di depan mata..

Tuesday, November 30, 2010

Dahulu & Kini

Dahulu

Aku sentiasa mencari makna kehidupan..
Setiap hari tanpa mengira saat dan setiap masa..
Aku mencarinya tanpa henti..
Selangkah demi selangkah..
Kaki ini berjalan, ke sana, ke sini..
Memasuki ke lorong-lorong..
Ke tempat-tempat yang menjijikan..
Berkenalan dengan pelbagai orang..
Tidak kira agama, bangsa, dan siapakah mereka sebenarnya..
Aku berkawan terus mengenali akan mereka..
Akan tetapi mengapa ! ! !
Kenapa aku masih lagi tidak dapat ! ! !
Tidak menjumpai apa yang ku cari selama ini..
Aku jahil kerna..
Tidak mengetahui apa-apa..
Jawapan yang aku cari..
Masih belum aku jumpai..
Betapa hancurnya aku..
Pada ketika itu..


Sekarang

Telah aku sedari akannya..
Walaupun jawapan itu masih belum semuanya aku temui..
Tetapi, Alhamdulillah aku dapat jua biarpun sedikit..
Biarpun sedikit, aku bersyukur kepada Allah s.w.t..
Banyak perubahan telah berlaku kepada aku ini...
Diri aku yang dahulunya..
Sudah tiada, hilang tidak muncul kembali..
Aku berharap dapat terus dengan usaha yang aku lakukan..
Aku ingin jadi sebagai seorang muslim yang sejati..
Terus berada di bawah naungan Allah s.w.t..
Moga dapat aku mantapkan lagi iman aku ini..
Yang mudah goyah ini..

Kenapa Rasanya Nyawa ku di Hujung-hujung.?

Kenapa diri aku rasakan seperti nyawa ku di hujung jalan ??? Seperti sudah tidak bernilai bagi diri aku lagi.. Hari-hari yang lalu telah aku hitung dengan mudahnya, yakni setiap apa perkara yang telah aku lakukan setiap masa, saat dan sebagainya, tidak sukar untuk menghitung.. Yang jahat atau pun sebaliknya.. Namun, sukar bagi aku untuk menghitung sesaat yang bakal mendatang dalam kehidupan ini.. Tidak akan aku tahu apa yang bakal terjadi kepada diri aku sesaat selepas ini, apakah diri aku masih lagi dapat meneruskan kehidupan di atas muka bumi Allah azza wa jalla atau akan pergi menghadap-Nya ???

Ketahuilah bahawa,
Allah itu Maha Kuasa, apa sahaja boleh terjadi dalam sesaat selepas ini dengan keinginan-Nya.. Anggota yang aku pinjam selama ini, akan di kembalikan kepada-Nya semula.. Kehidupan aku dan semua orang di atas muka bumi ini hanyalah sementara, tiada perkataan kehidupan kekal abadi di atas muka bumi ini.. Sampai masa, saat dan ketikanya, semua orang termasuklah akan diri aku ini juga akan pergi menghadap Allah azza wa jalla..

Aku bersyukur kepada Allah azza wa jalla kerana di beri nikmat dan terus berada di bawah naungan-Nya.. Bagi aku dan umat islam, kematian itu adalah benar akan terjadi.. Jadi, setiap saat aku telah berfikir apakah rasanya selepas mati itu ??? Dalam pada masa yang sama, aku jua berfikir.. Apakah amalan aku selama ini sudah mencukupi untuk menghadapi maut yang bakal menjelma ???

Kini, aku amat takut, aku gerun, aku sedih, dan jua tidak dapat apa lagi ingin aku perkatakan kerna sesungguhnya betapa sakit mati itu.. Aku masih teringat bahawa.. Rasulullah s.a.w pernah meminta kepada Allah s.w.t bahawa baginda akan menanggung kesakitan untuk umatnya, namun permintaan itu telah ditolak.. Kerna Allah s.w.t ingin setiap hamba-Nya merasai kesakitan ketika maut menjelma seperti mana kekasih-Nya jua merasai saat kematian datang kepada Rasulullah s.a.w..

Barulah aku tersedar, kematian itu amat menyakitkan sehingga Malaikat Jibrial dan para-para Malaikat yang lain tidak memandang saat Rasulullah s.a.w menghadapi kematian kerna mengetahui bahawa saat menghadapi itu sungguh pedih dan memeritkan..

Selain daripada itu, rumah yang aku duduki sementara ini sentiasa menghalau aku pergi, dan rumah aku yang seterusnya, sentiasa memanggil-manggil untuk aku pergi duduk tinggal di sana dan seterusnya aku akan balik ke kampung untuk selamanya..

Tuesday, November 23, 2010

Bodohnya Rasa Diri Ini

Alhamdulillah, paper hari ini aku dapat jawab dengan tenang serta sabar.. Tapi yang kelakarnya, pergi sekolah budak-budak macam biasa, tapi aku pergi sekolah siap pakai cermin mata gelap.. Sempat lagi tu aku menyanyi lagu Aisya Humairah dekat atas motor pula.. Hahaha...

Kes petang itu pula lagilah agak teruk.. Masuk dewan peperiksaan lambat 2 minit, tapi sedang tengah smart boleh pula aku terlupa nak tanggalkan cermin mata reben itu, haish.. Memang agak selamber jer lah aku dengan cermin mata.. Pakai songkok, tali leher sampai atas, baju masok dalam pastu ada pulak cermin mata reben.. Hahaha... Dah lawa, memang terasa malas pulak aku nak tanggal tapi nak buat macam mana, kena jualah aku tanggalkan cermin mata kesayangan ini..

Entah macam mana aku boleh lupa yang aku pakai cermin mata pun aku tak sedar, agak gampang jugalah aku hari pertama paper.. Hahaha... Tapi apa-apa pun, paper hari ini, Alhamdulillah aku dapat jawab dengan mudahnya kerna Allah telah membantu aku dalam mengingati pelajaran-pelajaran yang sudah aku pelajari selama ini..

Bahasa Melayu telah berjaya aku tawan, ada 7 lagi mata pelajaran yang mesti aku tempohi.. Yeah ! ! !

Jadual Waktu SpM

Selasa 23 november 2010 :
Bahasa Melayu Kertas 1 __ 08:00-10:15
Pend. Seni Visual - teori seni __ 11:00-12:15
Bahasa Melayu Kertas 2 __ 14:00-16:30

Rabu 24 november 2010 :
Bahasa Inggeris Kertas 1 __ 08:00-09:45
Bahasa Inggeris Kertas 2 __ 10:30 -12:45

Khamis 25 november 2010 :
Sejarah Kertas 1 __ 08:00-09:00
Sejarah Kertas 2 __ 10:00-12:30

Isnin 29 november 2010 :
Mathematics kertas 1 __ 08:00-09:15
Mathematics kertas 2 __ 10:00-122:30

Selase 30 november 2010 :
Pendidikan Islam Kertas 1 __ 08:00-10:00
Pendidikan Islam kertas 2 __ 11:15-12:55

Khamis 2 disember 2010 :
Science Kertas 1 __ 08:00-09:15
Science Kertas 2 __ 10:00-12:30

Isnin 13 disember 2010 :
Pend. Seni Visual - Seni Halus __ 14:00-17:00

Isnin 20 disember 2010 :
Landskap dan Nurseri __ 08:00-10:30

Sunday, November 21, 2010

Bosannya Keadaan Sekarang

Perh , gila bosan Aku sekarang... SPM memang arh dah nak dekat , tapi... Aduyai , naik gila , mereng , pecah pun ada kepala Aku sekarang ini .


Study , study, study... Dah study sampai boleh di katakan agak lebam mata Aku di buatnya . Nak tumbuk pintu tapi takkan lah nak tumbuk pintu kasi pecah lagi , dah arh Aku kene marah dengan walid , iyew arh dah Aku pergi pecahkan pintu dekat 2 kali . Aku nak pecahkan lagi pun Aku tak tau nak kena tak nak . Tapi perh , sekarang ni pula Aku gian nak tumbuk sesuatu kasi pecah . Tumbuk dinding sedap memang sedap , tapi penumpuk aku pula tambah sakit . Dah arh yang last aku tumbuk pun tak baik-baik lagi jari aku .


Haish , memang dah gila Aku sekarang . Cara pemikiran Aku sekarang ni sudah agak terlebih gila dan tak betol dah ni . Arghh ! ! ! ! Siapa terase nak makan penumbuk Aku ni , dah lama Aku tak tumbuk orang ni lepas Aku ada kekasih gelap ni . Asyik tumbuk pintu , dinding bosan la pula . Cepat siapa nak tampil kat depan Aku dan mari makan penumbuk Aku ni ! ! !


Hampeh gila Aku sekarang ! ! ! Apa yang Aku nak buat lagi pun Aku tak tau . Nak messag Dia ke tak nak pun Aku tak tau . Takut lah pula Aku kacau Dia . Misscall dan msg yang Dia dapat , perh memang tak banyak . Hahahahahahaahha... Arghh , bagilah sesuatu yang boleh Aku buat sekarang ni . Tension pelajaran , erm , memang tak , tapi sekarang ni Aku bosan dah tahap tak betul dah ni .


Memang Aku dah tak tau apa nak buat sekarang ni , kalau Aku study lagi pun dah sah-sah lah tak masuk cuz otak Aku pun dah naik gila tak tau nak buat apa pada saat waktu ketika ni . Haish , fyling kick from me yo... hahahahaha... Arghh ! ! ! Hampeh ... Apa Aku nak buat nie ! ! !

SPM

Peperangan yang akan aku hadapi tidak lama lagi akan tiba jua.. Sudah lama aku menanti akan peperangan ini.. Segala apa yang harus aku bawa, telah aku persiapkan..  Tidak sabar untuk menghadapi akannya.. Tiada apa yang boleh menghalang aku daripada menang dalam pertempuran pada minggu hadapan..

Kesemua tentera-tentera yang lain berehat bagi persiapan pertempuran lagi 2 hari ini.. Sejarah akan tercipta pabila aku akan menang dalam pertempuran yang boleh dikatakan amat terpenting di dunia yang sementara ini.. Pertempuran yang akan aku hadapi, tidak ada siapa yang akan mati tetapi yang akan tewas pasti akan ada kerna inilah namanya sebuah pertempuran yang diadakan setiap tahun di seluruh Malaysia.. Tidak akan ada pertumpahan darah tetapi pertumpahan air liur basi, InsyaAllah sentiasa ada pada setiap tahun dalam pertempuran ini..

Strategi pertempuran telah aku rancang dengan sebaik-baiknya.. Tetapi, tidak akan aku tahu bahwa aku akan selamat ketika dalam persiapan menuju ke medan pertempuran.. Kerna, aku hanya boleh menghitung hari yang lampau tetapi aku tidak boleh mengira hari yang akan datang.. Bukan sahaja hari, tetapi apakah aku boleh mengira sesaat yang akan datang dalam hidup aku ???

Ajal maut, hanya Allah sahaja yang mengetahui akannya, jadi, aku berserah kepada-Nya sekiranya ajal aku sampai ketika aku belum lagi berada dalam medan pertempuran.. Tetapi, segala usaha keras aku dalam melaksanakan strategi bagi berjaya dalam pertampuran ini, akan aku gunakan kesemuanya sehingga tiada apa yang tinggal lagi daripada diri aku ini..

17 tahun aku menghadap papan, 17 tahun aku menghadap buku, 17 tahun aku pergi balik markas, 17 tahun aku berlatih di dalam pertempuran, dan 17 tahun aku belajar strategi-strategi baru bagi berjaya dalam pertempuran ini.. InsyaAllah, dengan izin Allah azza wa jalla, aku akan berjaya dengan izin-Nya .

Telah aku berusaha keras, moga akan aku dapat hasilnya kelak.. Pertempuran ini, akan menentukan sama ada aku ini boleh berjaya ataupun tidak.. Sijil Pelajaran Malaysia, inilah dia pertempuran yang akan aku hadapi semasa di dalam medan peperangan..

Doakan aku berjaya, ya Allah, Engkaulah tuhan Yang Maha Mendengar akan segala rintihan hamba-hamba-Mu, Engkau jua tuhan Yang Maha Mengetahui akan segala apa yang berlaku di atas muka bumi ini, yang zahir mahupun yang batin, dan Engkaulah jua tuhan Yang Maha Melihat akan setiap perilaku hamba-hamba Mu di atas muka bumi ini..

Aku memohon taufik dan hidayah-Mu, bantulah akan hamba-Mu ini dalam menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.. Permudahkanlah hamba Mu ini dalam mengingati akan segala pelajaran yang telah hamba Mu pelajari selama ini..

Berikanlah hamba Mu ini ketenangan dan kesabaran dalam menjawab peperiksaan SPM pada tahun ini..
Sesungguhnya kepada Mu aku berserah dan kepada Mu jua aku memohon pertolongan kerna hanya Engkau sahaja yang boleh memberikan pertolongan..

Wednesday, November 10, 2010

Perjuangan ku

Wahai teman seperjuangan ku sekalian..
Masanya untuk kita menghadapi peperangan sebenar yang akan tiba tidak lama lagi.. Persiapkan diri anda sekalian untuk menghadapinya.. Janganlah kita tewas sebelum memulakan peperangan ini.. Gunakan segala strategi-strategi yang sudah kita pelajari selama ini.. Jangan mengalah ! ! !

Perjuangan ini perjuangan yang terpenting untuk kita semua yang lahir pada tahun 1993.. Pelbagai pertempuran sudah kita hadapi, dari kecil hinggalah pada saat dan ketika ini.. Ada yang separuhnya berjaya dalam pertempuran dan ada juga yang tidak.. Yang kalah pada pertempuran yang dahulu tidak semestinya akan kalah lagi.. Jangan jadikan pertempuran yang kalah dahulu sebagai alasan untuk kita tidak boleh menang pada pertempuran pada kali ini.. Yang menang, teruskan usaha kalian untuk meneruskan kemenangan dalam pertempuran kali ini..

Segala ilmu peperangan dan pertempuran telah kita pelajari selama ini adalah kerana pada tahun ini.. Pengorbanan yang kita lakukan ini, adalah untuk Diri Sendiri, bukan untuk orang lain.. Ayuh rakan seperjuangan ku, mari kita mara dan terus mara ke hadapan untuk mengalahkan pihak musuh dan seterusnya menang dalam pertempuran ini ! ! !

Sudah tiba masanya kita bangkit daripada tidur yang lena, bangkit daripada kekalahan yang lalu, bangkit daripada segala-galanya.. Ayuh bangkit rakan seperjuangan ku ! ! ! Tunjukkan kepada Negara mahupun dunia, siapakah Dia tentera-tentera yang di hasilkan oleh satu tempat yang sudah berani, tabah serta cekal dalam menghadapi peperangan yang akan berlaku pada tanggal 23 november 2010 masihi bersamaan dengan 16 zulhijjah 1431 hijrah.. 

Jangan dikatakan Kami, tentera-tentera daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor lemah, tiada daya saing pabila bertempur.. Kami datang dengan kekuatan, fizikal serta strategi yang baharu yang mungkin akan dapat menang dalam pertempuran ini.. Bak kata pepatah, biar putih tulang, jangan putih mata..

Selama 17 tahun Kami hidup, 17 tahun Kami belajar, 17 tahun jua Kami berkorban untuk merancang strategi-strategi yang baharu untuk saat, waktu dan ketika ini.. Kami tidak akan mensia-siakan segala usaha yang sudah Kami lakukan selama ini.. Segala titik peluh kami, merancang untuk menang dalam pertempuran ini, akan Kami gunakan kesemuanya sampailah Kami terkorban semasa dalam peperangan.. Kerne Kamilah yang akan meneruskan kehidupan ini..

Biarpun pertempuran ini tidak sehebat pertempuran yang sedang berlaku di dunia pada masa kini.. Tetapi, inilah pertempuran Kami semua yang lahir pada tahun 1993.. Pertempuran ini yang akan melonjakkan Kami pada masa yang akan datang.. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.. Pulanglah dengan kemenangan, jangan pulang dengan kekalahan..

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), itulah Dia musuh utama Kita selama ini.. Musuh ini, biarpun hanya sehelai kertas, ianya membawa suatu perkara yang amat besar dalam kehidupan Kita.. Ianya boleh merubah Kita pada masa yang akan datang.. Ingatlah, di mana Kita pergi, sehelai kertas itulah yang akan Kita bawa ke mana sahaja tempat yang Kita tujui.. Yakni kertas keputusan SPM Kita.. Jadi, berusahalah dengan seusaha-usahanya kerna Kita yang akan meneruskan kehidupan ini.. Akhir kata daripada saya , Muhammad Nur Zakwan Bin Saiful Zaman, “Sekiranya Saya ingin Berjaya semuanya terletak di atas diri SENDIRI bukan orang lain “berusahalah sampai ke akhirnya ! ! !

Monday, November 8, 2010

Keluar 3 Hari

Ya Allah ya tuhan ku.. Pelbagai rintangan yang Engkau berikan kepada hamba-Mu ini.. Engkaulah tuhan Yang Maha Mendengar ya Allah, mendengar segala rintihan hamba-hamba-Mu di pelosok seluruh dunia.. Engkaulah tuhan Yang Maha Melihat ya Allah, melihat akan segala perilaku hamba-hamba-Mu yang berada di atas muka bumi Mu ya Allah.. Engkaulah juga tuhan Yang Maha Mengetahui akan apa yang berada di atas muka bumi Mu ya Allah, yang zahir mahupun yang batin..

Aku bersyukur kepada-Mu ya Allah kerna dapat keluar di jalan Mu sekali lagi ya Allah.. Walaupun Engkau telah timpakan hamba-Mu ini dengan musibah semasa keluar di jalan-Mu, tetapi aku tetap hendak keluar.. Biarpun terpaksa menanggung kesengsaraan (sakit yang tiada ubatnya) tetapi aku tetap ingin keluar..

Kesengsaraan yang aku alami ini sememangnya tiada ubatnya.. Ubatnya hanya daripada Mu ya Allah.. Ubat yang hamba-Mu makan di muka bumi ini hanyalah untuk mencegah, yang memberi sihat hanya Mu ya Allah.. Telah Engkau timpakan hamba-Mu dengan sakit yang baru (selsema serta demam).. Biarpun syaitan laknatullah menghasut akan hamba-Mu yang sakit ini untuk balik, tetapi, tidak sesekali aku hendak balik kerna ingin keluar berdakwah di jalan-Mu ya Allah..

Selama 3 hari aku keluar, biarpun SPM tidak lama lagi, aku mendapat sesuatu yang baru.. Fikiran aku yang bercelaru sudah kembali tenang, serta aku dapat jua mendapat ilmu.. Selain aku belajar, aku jua mengajar, yakni memberi tashkir kepada sahabat-sahabat ku dari pukul 12 tengah malam sampai pukul 3 pagi, baru kami tidur..

Tidak ku sangka, bahwa tekun jua mereka mendengar.. Aku cuma menyampaikan apa yang aku belajar serta mengetahui.. Ya Allah, bayan asar terpaksa aku menolaknya kerna selsema aku menjadi semakin teruk.. InsyaAllah, jika hamba-Mu ini di beri peluang sekali lagi untuk keluar di jalan-Mu, InsyaAllah akan aku memberi bayan asar.. Memang teringin sekali berkongsi apa yang aku tahu.. Tetapi apakan daya, bayan asar pada hari ahad 07.11.2010 terpaksa aku lepaskan kepada orang lain.. InsyaAllah di beri peluang, akan aku beri..

Tiada apa lagi ingin aku katakan.. InsyaAllah, jika ada peluang, Aku hendak keluar lagi di jalan Allah...

Tuesday, November 2, 2010

Muhasabah Cinta - edCoustic


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Sunday, October 24, 2010

Kebosanan

Pada petang yang indah hari ini.. Aku bagaikan orang yang tidak tentu arah pabila kenderaan yang aku tunggang di bawa lari oleh walid.. Buku yang hendak di baca sudah habis kesemuanya aku baca.. Otak aku sudah membeku..

Bagaikan menanti malaikat datang menjemput aku pergi dari dunia ini.. Membawa aku pergi daripada kebosanan ini.. Arghh.. Memang sungguh terasa kebosanannya.. Apa yang hendak aku tulis sekarang pun aku tidak tahu kerna kebosanan sedang menguasai akan diri aku ini..

Cik kesayangan aku, apakah sedang di lakukan dia sekarang ??? Aku harap dia tidak sebosan aku seperti sekarang ini.. Tumbuk dinding sudah, sakitnya apalah sangat daripada kebosanan yang sedang aku hadapi ini.. Menjerit pun sudah walaupun suara sudah hilang sedikit.. Apa lagi hendak aku lakukan pada petang ini ???

Arghhh... Memang terasa sungguh gila aku pada ini petang...

Friday, October 22, 2010

Aku.?

Diri Aku... Tiada siapa yang bisa mengerti siapakah diri aku yang sebenar..

Pendirian aku tetap tapi ada masanya aku akan berubah tapi pendirian aku tetap dan tidak akan sesekali berubah.. Biarpun orang yang rapat dengan aku jua sukar hendak mengenali siapa sebenarnya diri aku ini.. Kerna kehidupan aku penuh dengan rahsia dan persoalan.. Aku tidak mahu diorang rasa susah kerna hendak menyelesaikan persoalan yang aku sendiri cipta..

Kita berkawan sahaja tetapi sejak akhir-akhir ini.. Dia, telah aku ceritakan sedikit demi sedikit siapa sebenarnye diri aku ini.. Aku tidak tahu mengapa tetapi seperti aku hendak menceritakan kesemua sejarah silam, persoalan dan segala hampir kesemua rahsia aku kepada dia..

Aku ini bukan jenis yang senang percaya kepada orang, tetapi dia.. Dia telah merubah aku kepada aku yang lain.. Aku yang dahulu sudah hilang dalam diri aku sekarang.. Dahulu aku sering tidak tenang dalam apa yang sering aku lakukan tetapi kini aku sudah tenang.. Tiada banyak masalah yang aku sering lakukan seperti dahulu..

Sudah serba sedikit dia telah mengetahui siapa sebenarnya diri aku ini.. Seperti aku tidak kisah dia tahu siapa sebenarnya aku ini.. Segala rahsia aku dalam genggamannya.. Sekarang, aku tidak perlu berahsia dengan dia kerna aku sudah percaya kepada dirinya.. Tiada lagi rahsia antara kita..

Biarlah hanya dia sahaja yang mengenali akan diri aku.. Yang lain, sekadar hanya kenal-kenal sahaja akan diri aku ini.. Kerna diri aku ini amat rumit dan menyukarkan...

Monday, October 11, 2010

Inilah Dia Diri Aku

Aku seorang lelaki yang di ciptakan oleh Allah s.w.t.. Seorang insan yang lemah dan takut dalam apa jua perkara yang ingin di lakukan..

Dahulu aku menghilang dalam kehidupan oleh seseorang dan kini aku kembali.. Bukan aku hendak memaksa agar dia terus menyintai akan diri aku ini tetapi aku cuma inginkan jawapan kepada setiap satu daripada soalan yang ada di minda aku ini..

Apakah kemunculan aku semula akan terus memburukkan lagi keadaan.??? Aku menghilangkan kerna dirinya hendak menghadapi peperiksaan yang besar dalam hidupnya pada tahun ini.. Dirinya pernah merasai apa itu kasih dan sayang sedangkan aku baru sahaja merasai apa itu perasaan tersebut..

Apakah kata hati aku ini benar bahwa aku akan terus lagi mengeruhkan keadaan yang sedia ada ??? Apakah semasa ketiadaan aku, dirinya gembira selalu ??? Ada kala aku rasakan aku ini seorang yang suka membuat masalah kepada orang yang aku kasihi..

Dirinya mungkin tidak sedar apa yang berlaku sebenarnya.. Aku tahu apa yang dia tahu tetapi tidak sebanyak yang dia tahu tetapi asalkan aku tahu jua sedikit.. Memang dia tidak mengatakan pada aku tetapi aku mengetahuinya.. Aku dapat merasakan bahwa dia ingin memulakan suatu kehidupan yang baru tetapi sekarang aku kembali secara dengan tiba-tiba..

Semakin hari, persoalan makin banyak timbul pada diri aku.. Selama aku hidup ini, aku hidup dengan pelbagai-bagai persoalan.. Ada kalanya persoalan itu ada jawapan tetapi masa yang di ambilnya terlalu lama dan ada kalanya persoalan itu jawapannya tidak aku ketemui dari mula aku fikirkan sampailah ke hari ini..

Bagi orang yang pertama merasai hidup dengan persoalan sememangnya sukar.. Aku sudah 7 tahun hidup dengan pelbagai-bagai soalan yang aku fikirkan.. Aku nampak sahaja seperti orang yang tidak berakal tetapi sebenarnya aku hidup dengan pelbagai soalan yang bermain di fikiran.. Si dia tidak tahu akan kesemua ini..

Kehidupannya jauh lebih baik daripada kehidupan aku.. Aku harap agar dia tidak hidup seperti aku yang penuh dengan pelbagai soalan yang ada di minda aku.. Kehidupan seperti ini amat memeritkan jika seseorang itu tidak pandai mengawal hati dan perasaan.. Kehidupan seperti ini jualah banyak perbohongan yang kita sering lakukan..

Tawa, gembira, senyuman kesemuanya dusta-dusta belaka.. Yang selalu ada pada kita persoalan dan kesedihan.. Janganlah jadi seperti aku...

Pmr Sudah Sampai Ke Penghujungnya

Peperangan kedua terbesar sudah tamat.. Kesemua tentera-tentera sudah kembali pulang ke rumah dengan selamatnya.. Pihak musuh sudah meletakkan senjata.. Kemerdekaanlah yang kesemua tentera-tentera kecapi untuk beberapa tahun ini sebelum berjumpa dengan musuh yang lebih kuat daripada sekarang yang mereka hadapi..

" Aku, sebagai Panglima Besar Minang mengucapkan tahniah kepada tentera-tentera ku.. Perginya kalian untuk mempertahankan perjuangan yang kalian hadapi.. Sekarang, kalian sudah mendapat kemerdekaan yang di ingin-inginkan selama ini.. Tetapi kalian harus ingat, kemerdekaan yang kalian kecapi sekarang tidak berkekalan.. Akan ada musuh yang kuat sedia menanti kalian pada masa akan datang.. Tetapi buat masa kini, kalian berehatlah untuk seketika waktu.."

Pmr sudah tamat.. Pengorbanan selama 3 tahun di sekolah ini mesti ada hasilnya.. Segala yang di tuai pasti ada hasilnya.. Kekasih aku sudah tamat perjuangannya dan aku pula masih dalam peperangan.. Dia telah peroleh kemerdekaan untuk sementara waktu.. Aku mendoakan agar dia mendapat keputusan yang cemerlang di dalam sekolah atau di seluruh Selangor..

Segala usaha kerasnya selama ini, pasti ada hasilnya.. Aku akan mendoakan agar keputusannya cemerlang.. Jika dia berjaya, untuk dirinya jua. Aku hanya gembira dalam jarak paling jauh daripada dirinya..

Friday, October 8, 2010

Kes Badco lagi

Wahai Bard yang sama jua dari kalangan Badco..
Hendak aku katakan engkau ini bodoh, kelas letih pandai daripada aku.. Apakah kalangan Badco ini hanya melihat diri aku yang lama.??? Dunia berubah dan orang juga akan berubah.. Aku yang engkau separuh kenal sudah tidak ada.. Lagi pun tiada seorang daripada kalangan kamu semua amat mengenali akan diri aku ini dengan sepenuhnya pun..

Pada masa sekarang kalian semua amat gembira akan perkara yang kalian semua lakukan tetapi apakah sepuluh tahun daripada sekarang kalian akan gembira seperti sekarang.??? Ilmu aku pun tidak cukup lagi.. Diri aku ini pun banyak cacat celanya.. Tetapi aku suka mendengar nasihat daripada orang.. Biarpun nasihat itu amat pedas jika di rasa, tetapi terimalah hakikat.. Orang yang tidak boleh terima hakikat akan membuat pelbagai-bagai perkara bagi mengelakkan bahwa dia itu sememangnya bersalah..

Nak breakdance, breakdance lah tetapi solat di dahuluan.. Dalam hidup, solat itu penting.. Jika hang tidak puas hati apa yang aku katakan ini.. Di minta jumpa walid ku untuk persoalkan tentang perkara ini.. Di minta seluruh ahli keluarga BADCO FAMILY jumpa akan walid ku dan menanyakan akan perkara ini.. Tidak ada niat di hati ingin mencabar, tetapi fikir-fikirkanlah..

Rumah selalu menghalau, dan kubur sentiasa memanggil..

kepada Amy Badco

Diorang sudah melupai akan sesuatu perkara.. Biarpun perkara itu hanya untuk bersuka-suka tetapi jika sudah menyebabkan kita terlupa kepada sesuatu yang penting.. MasyaAllah.. Kita tahu apa akan terjadi.. Perkara yang suka-suka boleh di lakukan kemudian, solat di dahulukan..

Pada masa sekarang, semuanya sudah terbalik.. Dahulu aku ini sememangnya jahat. Budak yang gerangannya Amy badco itu hanya mengenali aku yang lama.. Tetapi dia tidak mengenali aku dengan sepenuhnya.. Dia hanya mendengar, melihat dan akan membuat kesimpulan terhadap apa yang di dengarnya dan di lihatnya sahaja.. Itu bukan namanya mengenali..

Dia sememangnya tidak mengenali akan diri aku langsung.. Aku yang dulu sudah menjadi kenangan dan tidak perlu untuk berulang kembali.. Jangan di ungkit akan kisah yang lama.. Orang pada masa kini memang suka mengungkit akan kisah-kisah lama, apatah lagi kisah itu kisah yang sememangnya buruk.. Aku sudah sedar akan perkara jahat yang pernah aku lakukan dan aku insaf.. Aku bertaubat tetapi mereka hanya nampak aku yang lama.. Apakah salah aku.??

Diri aku ini pun sekarang sudah berubah.. Alhamdulillah dan aku bersyukur kepada Allah kerana menyedarkan semula hamba-Nya yang hina ini..
Wahai Cik Amy Badco, manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.. Tetapi jika manusia itu insaf daripada melakukan perbuatan tersebut.. Alhamdulillah.. Segala yang terjadi tidak boleh berpatah balik.. Aku ini bukannya para ulama, tetapi hadirnya aku sekarang sekadar ingin berkongsi pengetahuan yang aku tahu..

Wednesday, October 6, 2010

ssah nk kte

Aku mempunyai seorang sahabat namun apakah dia pernah menganggap aku ini sahabatnya.??? Entahlah, tetapi yangg aku tahu..

Semakin lama, aku sudah semakin bosan mengenali dia.. Tapi sedikit pun aku tidak pernah menyesal mengenali dia.. Hendak di sebut namanya, malaslah pula.. Semakin lama, semakin kuat bonggak yang engaku tunjukkan.. Aku di sini bukan hendak membangga malah hendak mengingatkan bahwa kita semua berada di dunia akhir zaman.. Maut tidak kenal sesiapa.. Sesaat sekarang, kita masih bernafas tapi apakah lagi sesaat dua lagi kita akan menghirup kenikmatan yang di berikan oleh Allah S.W.T ???

Di sini engkau boleh mencipta banyak kawan dan pengaruh.. Tetapi ingatlah, di alam kubur, pengaruh yang di bawa tidak ke mana.. Nasihat berbidas-bidas engkau memang tidak akan paham..

Aku bukannya benci engkau tetapi ingin beri nasihat.. Sedetik pun aku tidak membenci akan diri engkau.. Tiada gunanya membenci sesama agama.. Ilmu agama aku pun tidaklah setinggi gunung.. Tetapi apa yang aku ketahui ingin aku sampaikan..

Aku yang engkau kenal dahulu sudah tiada.. Aku sudah tidak mahu menjadi seperti dahulu.. Tiada guna dan faedahnya.. Bertaubatlah sebelum terlambat.. Janganlah mati dalam kekufuran.. Batu nisan dan tempat perkuburan islam tetapi pergi dalam keadaan yang lain..

Aku hendak engkau renungkanlah dan selamat berfikir.. Tugas aku sudah pun selesai.. Apa yang akan engkau buat, semuanya bergantung pada diri engkau sendiri . Berfikirlah dengan bijak...

Monday, September 27, 2010

aku gile

Pada hari yang indah.. Sewaktu aku sedang bersantai di beranda sekali lagi.. Sedang mencari sewaktu makna yang ingin ku menemui akan kebenarannya.. Aku bertemu dan berbual sama sahabat ku.. Sahabat yang juga teman pendengar ku yang setia.. Di kala aku keresahan, engkau sentiasa ada di sisi ku.. Di kala aku kebingungan, engkau tidak pernah lari meninggalkan akan diri ku ini.. Di kala ku kesakitan, engkau sentiasa melihat aku.. Kerna engkau tidak pernah ke mana -mana.. Di mana diri ku berada, engkau pasti ada untuk membantu aku sewaktu ku dalam kesusahan.. Ketika itu, daku kembali mengenang kan si dia yang aku cintai.. Aku bertanya kepada sahabat ku yang ada pada waktu itu..

Diri ku; Apakah si Dia sihat ??? Sudah lama kami tidak berbual akan sesuatu.. Terasa sungguh rindu akannya.. Apakah si Dia ada mengingati akan diri aku yang jahat ini ???

Sahabat; ..............................

Diri ku; Aku sentiasa berdoa agar si Dia berada dalam keadaan sihat selalu agar si Dia dapat melakukan perkara-perkara yang ingin di lakukannya...

Sahabat; ...............................

Diri ku; Bagi aku, si Dia amat bermakna untuk ku.. Tanpa si Dia hadir dalam hidup aku.. Mungkin ada sudah hancur.. Terus bergelumang dalam kegiatan-kegiatan jahat aku dan tidak akan berhenti...

Sahabat; ...............................

Diri ku; Apakah yang sedang si Dia lakukan ??? Aku harap Dia study sungguh-sungguh.. Exam tak lama lagi.. Aku harap agar si Dia cemerlang dengan mendapat keputusan yang baik.. Jika si Dia cemerlang, itu pun untuk dirinya jua.. Aku ini apalah sangat.. Hanya tumpang gembira atas kecemerlangan yang si Dia dapat...

Sahabat; ..............................

Diri ku; Aku sedikit pun tidak pernah melupakan si Dia walaupun sesaat.. Aku tak tahu la jika Dia ada mengingati akan aku ini.. Aku pun sedar siapa aku dalam hidupnya.. Seorang insan yang hanya pinta belas kasihan daripadanya...

Sahabat; ...............................


Hanya ini sahaja perbualan aku bersama dengan sahabat ku yang dapat aku ingati.. Sebenarnya, ada banyak lagi tetapi pada masa sekarang, detik sekarang, waktu sekarang.. Aku sedang menghadapi peperiksaan percubaan spm.. Banyak yang perlu aku ingati.. Tetapi dalam banyak banyak yang perlu aku ingati jua, diri si Dia tidak pernah aku lupakan.. Doakanlah agar aku cemerlang dalam peperiksaan ini..

Sunday, September 26, 2010

Aku Harapkan Perubahan Ini

Aku sudah tidak mahu menjadi diri aku yang lama.. Yang terus hanyut dalam kehidupan yang tidak menentu arah dan tujuan..

Kini aku sudah berubah, dan aku mahu kekalkan berubahan ini.. Tetapi, setelah aku berubah, tetap jua ada masalah yang menimpa akan diri aku ini.. Aku terima segalanya dengan redho.. Mungkin ini berlaku di sebabkan perbuatan-perbuatan yang pernah aku lakukan sebelum ini.. Inilah dia balasannya terhadap diri aku sekarang.. Aku akan tempuh dengan tabah dan sabar.. Sekarang, segala perbuatan jahat dan jahiliah aku dulu sedang di balas semula..

Sekarang, inilah aku.. Seorang yang sudah banyak perubahannya dan dengan perubahan ini, aku akan cuba menjadi yang terbaik.. Tetapi, entahlah.. InsyaAllah, aku tetap akan mencuba juga walau bagaimanapun.. Ini pun kerna ada orang yang telah banyak mengajar aku selama ini menyebabkan aku sudah berubah..

Tanpa orang itu sedari, sebenarnya Dialah yang banyak mengajar akan diri aku ini.. Orang itu tidak sedar, kerna Dia sedang sibuk buat masa sekarang ini.. Pengajaran yang Dia mengajar amat bermakna buat diri ku ini.. Walaupun cara pengajarannya amat memeritkan, memang bagus cara pengajarannya..

Alhamdulillah.. Kerna Allah menemukan aku dengan orang itu.. Jika tidak, aku akan terus terjerumus dalam kancah kejahatan dan mungkin, aku akan terus menjadi jahat untuk selama-lamanya dan akan terus kekal sebegitu..

Terima kasih aku ucapkan kepada orang itu.. Terima kasih kerna memimpin aku ke jalan yang baik.. Terima kasih kerna menukar haluan aku ini.. Terima kasih kerna menyedarkan aku dari mimpi-mimpi aku selama ini.. Terima kasih kerne menerime aku selama ini.. Kerna, diri mu telah banyak mengajar akan aku selama ini..

" Ya Allah, aku bermohon pada Mu Ya Allah.. Semoga Engkau ceriakan hari-hari dalam hidupnya.. Rahmatilah akan dirinya Ya Allah.. Aku bermohon pada-Mu Ya Allah, semoga dirinya berjaya dalam apa jua bidang yang ingin di ceburinya, Ya Allah.. Amin amin amin robbanal a'lamin... "

Saturday, September 25, 2010

Percubaan SpM

Perjuangan aku telah pun bermula . Segala strategi-strategi ku untuk menang dalam pertempuran hidup dan mati telah pun ku lakukan . Tidak akan aku tewas dalam pertempuran ini . Aku harus bangkit menentang dan harus menang !!! Allahuakbar !!!

Inilah dia masanya.. Segala strategi-strategi yang telah aku pelajari semase di akedamik harus aku gunakan dengan manfaatnya.. Walaupun pertempuran ini hanyalah pertempuran kecil.. Tetapi aku harus menang..

Trial spm, bagi aku, engkau jua penting.. Walaupun engkau hanyalah sekadar TRIAL.. Tetapi amat penting bagi aku untuk melihat sejauh manakah ingatan aku terhadap pelajaran yang telah aku pelajari selama ini..

Sudah 13 tahun aku bersekolah bermula dengan tadika dan sampailah ke hari ini.. Di mana, aku mesti menunjukkan pretasi yang cemerlang dari semasa ke semasa.. Bermulanya aku menghadap UPSR, PMR dan sepatutnya aku menghadap SMA tetapi aku lari dari menghadapnya.. Sekarang, SPM harus aku tempur dengan beraninya.. Segala ilmu-ilmu yang aku terima selama ini, akan aku gunakan untuk menghadapi SPM..

SPM adalah penentu bagi aku untuk menyambung pelajaran ke mana yang ingin aku belajar.. Aku hanya boleh merancang tetapi yang menentukan hanya Allah.. Dan dengan itu aku berdoa agar dapat menjawab soalan peperiksaan trial spm.. Aku berharap jua segala usaha aku selama ini akan menunjukkan hasilnya..

Segala pengorbanan aku akan berhasil.. Ya Allah Ya Tuhan ku.. Bantulah hamba-Mu ini agar cemerlang dalam peperiksaan percubaan spm pada tahun ini.. Amin amin robbanal a'lamin.. Aku hendak membuat walid dan ummi bangga terhadap aku.. Kerna aku lah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini..

Thursday, September 9, 2010

Selamat Tinggal Ramadhan

Ya Allah Ya Tuhan ku.. Engkau telah temukan ku dengan ramadhan pada tahun ini dan Engkau jua temukan ku dengan syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.. Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala apa yang berlaku di atas muka bumi ini..

Aku berasa sedih kerna ramadhan pada tahun ini akan berakhir.. Seperti tidak terasa ramadhan aku pada tahun ini.. Apakah masa beredar terlalu pantas.??? Apakah aku akan dapat merasai lagi ramadhan pada tahun hadapan.??? Bulan yang penuh dengan barakah ini..

Ramadhan tahun ini telah Engkau timpakan aku dengan pelbagai-bagai dugaan.. Aku terima segalanya dengan redho.. Aku berharap agar barang aku yang hilang dapat ku jumpainya semula.. Engkaulah Yang Maha Mendengar segala rintihan sekalian manusia Ya Allah.. Engkau jua Maha Pengasih dan Maha Pengampun.. Aku telah banyak melakukan dosa selama ini.. Aku berharap agar segala dosa-dosa ku terhapus dan aku berharap barang ku dapat di jumpai semula..

Aku ingin meminta-maaf kepada semua orang yang pernah aku buat salah.. Aku ini adalah hamba yang banyak melakukan salah dalam hidop.. Dengan itu aku menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada semua orang..

Raya.. Marilah kita menyambut raya pada tahun ini dengan bermakna.. Ramadhan di tinggalkan, syawal kita raikan.. Tapi, aku tetap bersedih kerna ramadhan ku tinggalkan sekali lagi pada tahun ini.. Akan tetapi, syawal kenalah aku sambut jua walau bagaimanapun..

Aku berharap, aku sempat menyambut ramadhan pada tahun hadapan.. Seronok bila menyambut ramadhan daripada aku menyambut syawal.. Kerna syawal membuat aku sedih tetapi ramadhan membuatkan aku gembire menyambutnya.. Segala salah ku, ku minta agar di maafkan.. Aku ini banyak melakukan kesalahan dalam hidup kerna tiada satu manusia pun yang sempurna di dunia ini.. Pasti jua ada melakukan kesilapan..


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA.. MINAL AIDIL WAL FAIZIN.. Maaf zahir dan batin ku pohon kepada kalian semua..

Friday, August 20, 2010

Berbisik Sejenak

Pada suatu petang.. Aku berada di beranda rumah.. Sedang mengenangkan sesuatu.. Yakni mengenangkan apakah ianya mungkin akan terjadi.. Penat aku memikirkan akannya.. Siapalah diri ku ini.. Lalu aku bertanya kepada sahabat karib aku yang selalu ade berada di samping ku tidak kira ke mana sahaja diri ku melangkah pergi..

Aku; Sahabat.. Apakah si dia merindui akan diri ku ini..???

Sahabat ; ...............

Aku; Kerna aku ini amat merindui akan si dia wahai sahabat ku..

Sahabat; ...............

Aku; Aku selalu mengharapkan agar si dia berjaya dalam apa jua yang dia lakukan..

Sahabat; ...............

Aku; Sahabat.. Apakah aku dan si dia akan lama dalam perhubungan ini..???

Sahabat ; ...............

Aku; Siapalah aku ini.. Tidak pandai melayan perempuan.. Seorang insan yang tidak bermaya.. Tidak pandai mencurahkan kasih kepada si dia..

Sahabat ; ...............

Aku; Aku akan cuba yang terbaik agar si dia gembira selalu.. Aku tidak akan membiarkan si dia sedih.. Aku sedih tak mengapa.. Jangan si dia yang bersedih.. Kerna aku ingin selalu melihat si dia gembira tersenyum..

Sahabat ; ...............

Aku ; Terima kasih wahai sahabat ku kerna sudi mendengar akan masalah aku ini.. Hanya pada kau sahaja tempat ku meluahkan kata-kata..

Inilah antara topik perbualan aku bersama sahabat ku.. Sahabat aku ini memang tidak pandai bercakap.. Hanya boleh mendengar akan masalah ku sahaja.. Kerne sahabat ku ini adalah "langit".. Hanya pada dia sahaja aku akan berkata-kata.. Walaupun tiada nasihat yang dapat sahabat ku berikan, tetapi aku akan cuba mendapatkan jawapan dengan sendirinya.. InsyaAllah, aku akan cuba mengembirakan hati si dia..

Wednesday, August 18, 2010

Perasaan Rindu Itu Menjelma



Tidak dapat ku ucapkan apa-apa ketika ini.. Hanya boleh mendoakan Nuril Husna berjaya dalam apa sahaja yang beliau lakukan..

Sehari tidak bertegur sapa terasa seperti setahun lamanya tidak bertegur.. Ya Allah, aku memohon pada-Mu Ya Allah agar di berikan ketenangan serta kesabaran dalam menempuhi cabaran dan dugaan yang telah di berikan-Mu,Ya Allah..

Aku mesti bertenang dalam apa jua keadaan kerna aku mesti bertenang kerna aku jua akan menduduki peperiksaan seumpama itu. PERCUBAAN SPM, tidak sabar rasanya aku menunggu akannya.. Tapi kenapa sekarang aku rasa tidak tenang ??? Haiyaa..

Harap pada bulan puasa pada tahun ini Nuril Husna akan mendapat keputusan yang baik dalam percubaan peperiksaannya.. Marilah sama-sama kita nantikan.. Serta aku jua berharap pada diri sendiri agar dapat tenang dalam situasi yang menimpa akan aku ini..

"Sabar itu sebahagian daripada iman".. Apa sahaja dugaan atau musibah yang berlaku diri ini, aku mestilah bersabar dalam menempuhinya..

Sunday, August 15, 2010

Pengharapan ku

Ya Allah Ya Tuhan ku.. Aku memohon pada Mu Ya Allah agar Nuril Husna serta kawan-kawannya berjaya dalam menjawab peperiksaan percubaan PMR pada 16 - 20 ogos ini.. Berikanlah beliau ketenangan dan kesabaran dalam menjawab kesemua soalan-soalan tersebut..

Ya Allah Ya Tuhan ku, aku memohon pada-Mu Ya Allah agar di permudahkan beliau untuk menjawab peperiksaan tersebut.. Aku hanya boleh mengharap dan berdoa kepada-Mu Ya Allah.. Aku mengharapkan segala usaha Nuril Husna akan berjaya.. Bantulah beliau Ya Allah dalam mengingati pelajaran-pelajaran yang sudah di pelajari olehnya..

Kerna aku hanya mahu melihat Nuril Husna tersenyum kegembiraan dalam menjawab peperiksaan tersebut.. Aku jua mahu melihat beliau gembira apabila mendapat keputusan peperiksaan tersebut.. Amin amin robbanal a'lamin.. Moga-moga apa yang aku harapkan mendapatkan hasilnya..

Dalam setiap doa ku ada ku sebut nama mu.. Agar diri mu berjaya..

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan ku..

Alhamdulillah.. Sudah setahun aku tidak menjumpai bulan yang penuh dengan barakah ini.. Tidak ku sangka bahwa tahun ini dapat sekali lagi aku merasai bulan yang penuh barakah ini yakni bulan RAMADHAN AL MUBARAK.. Makanya, aku mengharapkan ramadhan kali ini akan memberi penuh makna bagi diri aku.. Agar dapat aku melaluinya dengan sempurna ramadhan kali ini..

Selangkah demi selangkah aku lalui dan sudah setahun pun berlalu.. Masa yang pantas berlalu hingga aku tidak terasa kali ini di bulan ramadhan semula.. Ketahuilah, puasa adalah satu amalan yang sebagai mana yang diperintahkan oleh Allah..

Alhamdulillah ku ucapkan bahwa dapat sekali lagi aku merasai bulan yang penuh barakah ini.. InsyaAllah, akan ku jadikan ramadhan tahun ini sebagai ramadhan yang penuh dengan amal bagi diri ku ini.. Tidak ingin sesekali aku biarkan ramadhan berlalu begitu sahaja..
Ya Allah, pimpinlah daku yang lemah ini untuk mengharungi segalanya dengan penuh sabar.. Ku memohon kepada-Mu Ya Allah, agar di berikan kekuatan serta ku merayu kepada-Mu jua Ya Allah agar di terima amalan-amalan ku pada ramadhan kali ini..

Selama setahun ini aku menanti akan bulan ramadhan.. Bulan yang penuh barakah.. Bulan yang tiada syaitan mahupun iblis kecuali nafsu.. Maka bulan inilah akan aku melakukan banyak amalan serta melakukan semua perintah-Mu Ya Allah.. Selama setahun.. Tidak ku sangka bahawasanya aku dapat sekali lagi merasai akan bulan ramadhan pada tahun kali ini.. Tidak akan ku sia-sia kan bulan ramadhan kali ini pada tahun ini.. Akan ku jadikan bulan ramadhan tahun ini bermaka bukan saja berlalu pergi sahaja..

SPM PMR UPSR SPTM.. Marilah kesemua pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam mengharungi bulan yang penuh barakah ini dengan perbanyakkan amalan-amalan baik serta berdoa kepada-Nya agar mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan awam nanti.. Amin amin robbanal a'lamin.. Moga-moga apa yang kita hajati akan tercapai..

Akan ku jadikan ramadhan kali ini penuh makna.. Inilah harapan ramadhan ku kali ini pada tahun ini.. Moga-moga ianya mendapatkan hasilnya..

Friday, August 6, 2010

Menziarahi Felda Sohaerto

Alhamdulillah.. Perkara yang ingin aku lakukan telah di laksanakan dengan sempurnanya..

Sesudahnya solat Jumaat, terus aku bersiaplan diri untuk pergi ke FELDA SOHAERTO.. Pergi balik ke kampung halaman sebelah Ummi aku.. Hampir 75 km jualah dari rumah ke kampung, rasanya tapi terasa macam jauh lagi.. Perginya aku hanya berseorangan dengan menaiki kenderaan aku sendiri..

Sesudah sampainya sana, aku terus menziarahi kubur arwah atok ku.. Aku membersihkan kubur sebelum masuknya bulan puasa.. Sambil itu., membaca yasin untuk arwah atok ku.. Sesudah itu, aku pergi melawat rumah di kampung.. Nampak masih lagi sama kerna tiada siapa yang tinggal rumah itu.. Balik pun hanya sebulan sekali..

Aku terlupa untuk mintak pintu rumah kampung dekat nenek.. Sekarang nenek tinggal bersama anak ketiganya.. Aku terpaksalah jenguk daripada luar je.. Sesudah itu, aku terus pergi singgah ke rumah sahabat lama aku di kalumpang. Sahabat lama aku dari sekolah agama..

Terasa seronok apabila dapat berjumpa semula dengan dia.. Pelbagai cerita kami cerita.. Tup tup, borak punya borak sudah dekat pukul 6.00.. Aku terpaksa berlari bersama kuda aku untuk balik ke rumah.. Pelbagai dugaan yang aku tempuh pada hari ini..

Alhamdulillah syukur nikmat.. Segala perancangan aku dapat di laksanakan.. Kubur sudah bersih.. Terasa penat sungguh hari ini...

Thursday, August 5, 2010

MasyaAllah

Apa yang sudah terjadi kepada sahabat aku berdua ini.??? Banyak perubahan sudah berlaku.. Pelbagai cerita yang aku sudah dengari memasuki dua telinga ku ini.. Apakah kamu berdua hanya ingat duniawi sahaja.. Kejar dunia.. Di manakah akhirat kamu berdua.???

Aku bukannya apa.. Aku ini bukanlah seorang insan yang sempurna, ada banyak jua kekurangan dalam diri ini.. Tetapi kenapa kamu berdua boleh menjadi sedemikian.??? Apakah kamu berdua sudah lupa.??? Bahwa kita hidup di dunia ini sementara.. Sampai masanya kita akan pergi meninggalkan semua yang kita ada di dunia ini..

Aku harap agar kamu berdua dapat berubah.. Kerna aku tak nak hanya aku seorang sahaja yang berubah ke jalan yang benar.. Aku hendak kamu berdua dapat ikut aku sekali.. Seseorang mengatakan aku  ini dan seorang lagi ini.. Entah lah.. MasyaAllah..

Apa yang sudah kalian lakukan.??? Aku mintak agar kamu berdua dapat kembali ke jalan yang benar.. InsyaAllah, dengan kembalinya kamu berdua ke jalan yang benar.. Apa sahaja masalah yang menghantui diri kamu berdua akan terjawab sedikit demi sedikit..

Aku dah tak anggap kamu berdua sebagai MEMBE tetapi aku menganggap kamu berdua sebagai SAHABAT.. Sahabat yang akan berkekalan selamanya.. Aku akan sedih jikalau kamu berdua tidak berubah..

Jikalau kamu berdua hendak mencari aku, aku tidak kemana.. Aku sentiasa ada di sini.. Tetapi akan aku tidak tahu jikalau semasa kamu berdua ingin berjumpa dengan aku, aku sudah tiada lagi.. Esok siapa yang mengetahuinya.. Apakah kita akan hidup atau pergi buat selamanya.. Setiap detik itu amat berharga..

InsyaAllah, jika dapat aku bantu kamu berdua.. Akan aku bantu.. Kerna kamu berdua adalah sahabat aku bukan membe aku....

Saturday, July 31, 2010

Bola waktu hujan









Dah lama aku tak main hujan, woo.. Maka hari ini aku kembali ke zaman kanak-kanak yang tidak lagi aku alaminya untuk seumur hidup.. Main bola dalam hujan.. Hohoho.. Nak katakan main bola.??? Aku rasa semua main macam main ragbi kerna bila bola datang jer.. Kami kejar macam sekumpulan kerbau sedang mengamuk..

Hahaha.. Tetapi, yeah !!! Seronok gila semasa main.. Habis sakit-sakit badan kami semua main.. Hohoho.. Harap-harap aku serta geng kawan yang lain tidak dilanda demam oleh kerna main bola semasa hujan.. Amin...

Friday, July 30, 2010

Tahniah Kepada Imam Muda



Tahniah aku ucapkan kepada IMAM MUDA ASYRAF.. Kerana menjadi Juara yang pertama dalam rancangan mencari imam muda yang terunggul.. Di harapkan perjalanan anda tidak terhenti di sini.. Cara anda memberi tazkirah amat di minati.. Tahniah kepada anda sekali lagi aku ucapkan kepada anta, IMAM MUDA ASYRAF..



IMAM MUDA HIZBUR, walaupun anda berada di tempat kedue.. Tetapi aku amat menyukai cara bacaan AL QURAN dan cara beliau ber KTHUTBAH.. Tenang dan bersahaja dalam menyampaikannya.. Di harapkan agar perjalanan imam hizbur tidak terhenti di sini.. Teruskan perjuangan.. Tempat pertama atau tempat kedua, hanyalah mencari pemenang.. Tetapi diri mu tetap juara jua kerana sampai ke peringkat akhir dalam rancangan mencari IMAM MUDA yang terunggul..

Wednesday, July 28, 2010

Rindu Akan Kawan Lama

Terasa rindu pula aku terhadap kawan-kawan lama yang berada di sekolah AGAMA MENENGAH TINGGI di KUALA KUBU BHARU..

Tiada khabar lagi yang dapat aku dengar daripada mereka semua yang berada di sana.. Hampir setahun setengah permegian aku meninggalkan sekolah ini.. Sahabat baik aku yang berada di sana.. Apakah yang mereka sedang lakukan.??? Sudah sekian lama kami terputus hubungan.. Mereka.. Apakah mereka masih ingatkan akan diri aku ini.??? Sekiranya mereka masih ingat, Alhamdulillah ingin aku katakan..

Kerna tidak sesaat pun aku melupakan akan diri mereka di sana.. Kerna merekalah aku mendapat mempelajari perkara yang baru.. Keluar daripada kepompong kebosanan.. Ada jua daripada sesetengah mereka mengajar akan aku ini apa itu erti kehidupan tanpa disedarinya..

Al-Ulum, majalah sekolah yang masih aku simpan.. Gambar-gambar kelas serta gambar kita semua.. Ada di dalam itu.. Kerna itu aku tidak akan membuang majalah tersebut.. Walaupun ada sesetengah nama yang aku terlupa namun wajahnya masih segar dalam ingatan ini..

Sahabat-sahabat lama aku.. Ketahuilah bahawa aku tetap akan menjadi diri aku yang kalian kenal dahulu.. Walaupun luaran aku ada perubahannya.. Namun aku tetap aku walau selama mana pun kita tidak berjumpa kerna aku tetap akan menjadi aku.. Jikalau di takdirkan kita akan berjumpa, Alhamdulillah dan syukran kepada Allah s.w.t.. Kerna aku terasa ingin sekali berjumpa dengan kalian orang semua.. Banyak perkara ingin aku ceritakan..

Dunia ini tak luas.. Ke mana sahaja kita pergi, pasti akan berjumpa.. Biar pun di ceruk hujung dunia.. Akan tetapi, kenal dan tidak kenal sahaja yang menyukarkan kita untuk mengenalinya.. Cuma pengharapan ku agar kita akan berjumpa lagi pada suatu hari nanti.. Cuma tidak di ketahui oleh kita bila dan di mana.. Tapi pasti akan berjumpa jua.. Akan aku nanti-nantikan hari tersebut..

Wednesday, July 21, 2010

Motorsikal Honda Wave

Tidak aku sangka-sangka sudah setahun umur motorsikal Honda Wave aku..

Setahun ini telah banyak perkara baik yang dikau lakukan untuk aku.. Motor yang dihadiahkan oleh walid kepada aku ini amat bermakna buat aku.. Pelbagai gelaran yang motor aku dapat seperti kura-kura, motor putih kuat dan Helang Putih.. Aku tak kisah pun orang nak panggil apa kerna motor inilah yang aku amat sayang..

Pemberian yang amat berharga daripada walid untuk aku.. Susah sekali untuk aku mendapat pemberian yang amat berharga daripada walid.. Jadi, inilah dia motorsikal Honda Wave 125x berwarna putih yang di belikannya untuk aku..

Setahun.. Sudah setahun dikau berkhidmat untuk aku dengan membawa aku ke mana yang ingin aku tujui.. Ingin aku memberi hadiah, engkau motor.. Tetapi, dikau akan aku jaga dengan sepenuh hati aku ini.. Sebagai mana aku ingin menjaga seseorang yang kasihi.. Akan aku jaga motor ku..

Tetapi, orang yang kasihi lebih ku kasihi daripade motor ku amat lebih.. Haha.. Apa-apa pun, sudah setahun motor wave ini sudah bersama aku.. Akan aku jaga motor aku ini sampai bila-bila..

Monday, July 19, 2010

Aset Aku..!!

Aku fikirkan hari ini akan menjadi hari yang terbaik untuk ku, akan tetapinya tidak.. Selepas selesainya perhimpunan sekolah seperti selalu, kesemua pelajar lelaki kena tinggal di dalam perhimpunan.. Lepasnya aku mendengarnya, apa lagi, perasaan takut sudah menguasai diri..

Telah aku ketahui, pabila kesemua pintu dewan di tutup akan berlakulah kejadian yang amat mengerikan akan berlaku.. OPERASI MEMOTONG RAMBUT..!! Difikirkan aku akan selamat, tetapinya tidak.. Kelihatan sungguh seronok aku lihat akan muka cikgu Aziz.. Yang sudah lama mahu untuk menangkap akan aku ini serta memotong rambut aku yang sungguh sedap mata di lihat..

Telah di terjahnya aku oleh cikgu Aziz, bukan main seronok dia membuka akan songkok yang aku pakai untuk menyembunyikan rambut aku yang panjang menutup akan muka.. Di tanggalkannya dan di suruh aku pergi kedepan.. Kesedihan aku melanda apabila rambut aku di tarah oleh cikgu Normalis.. Di potong menggunakan gunting yang tajam.. Arh, tidak.. Perasaan tidak puas hati aku kini telah menguasai aku buat sementara..

Aku beristighfar dan alhamdulillah.. Aku tidak mengamuk pada ketika itu.. Perasaan aku yang sedih terus menjadi sedih.. Aset aku yang amat ku hargai dan sayangi telah di potongnya.. Ketahuilah bahawa akan aku simpan semula rambut ku ini.. Kemungkinan akan lagi panjang dari hari ini.. Hari ini sampai mulut, esok lusa menutup muka..

Jangan di gelar aku MUHAMMAD NUR ZAKWAN BIN SAIFUL ZAMAN.. Ini dia, anak ANGAH TOK KADI.. Jikalau bukan panjang rambut aku, bukan akulah jawabnya.. Wahai cikgu-cikgu sekolah sekalian di SEKOLAH MENENGAH SYED MASHOR, akan aku simpan semula rambut aku. Wait and see.. Hahaha..

Mari sekali lagi kita main kejar-mengejar waktu persekolahan.. Mungkin hari ini hari cikgu, mana tahu pula esok lusa, hari ku akan tiba semula.. Dan pada waktu itu, tidak akan cikgu sekalian akan mendapat tangkap aku lagi seperti hari ini.. Cuma pada hari ini saja, ingat hari ini sahaja.. Tetapi, hari ini aku telah menjadi seorang insan yang terasa akan kesedihan.. Kesedihan di potong rambut...

Saturday, July 17, 2010

Happy Birthday Nuril Husna

Selamat hari lahir wahai cik NURIL HUSNA BINTI MUHAMMAD AZMAN.. Semoga kamu sihat selalu.. Aku di sini akan selalu mendoakan kamu agar selamat di dunia dan akhira... Apa pun terjadi, aku selalu berade di sisi mu walaupun tidak nampak pada zahirnya.. Akan aku selalu berada di sisi mu.. Akan aku jua menjaga diri mu..

Jika diri mu berseorangan, aku menjadi bayangan untuk mu..
Jika diri mu menangis, aku akan menjadi tempat sandaran diri mu..
Jika diri mu berdukacita, aku akan cuba menjadi penyeri dalam hidop mu..
Jika diri mu perlukan akan diri ku ini, aku selalu ada untuk mu walau di mana jua kamu berada..

Aku mengaharapkan agar kamu gembira selalu terutame pada tarikh di mana kamu di lahirkan di dunia ini.. Selamat Hari Lahir aku ucapkan pada kamu.. Semoga Allah memberkati dan merahmati diri mu selalu.. Ar-Rahman, Ar-Rahim.. Akan diri mu wahai Nuril Husna...

Tuesday, July 13, 2010

Happy Birthday Nurul Husna

Sudah 17 tahun jua umur mu wahai cik NURUL HUSNA BINTI OMAR.. Dan jua sudah 4 tahun aku menunggu akan diri mu tetapi tidak mendapat jawapan balasnya jua.. Kini aku menerima semuanya dengan kerelaan hati pemergian mu.. Mungkin takdir tidak menemukan kita.. Oleh itu, diri mu akan menjadi kenangan dalam hidop ku.. Segala nasihat dan teguran mu yang lepas-lepas, aku simpan sebagai satu tanda seseorang ada menerime akan kewujudan aku di dunia ini.. Tidak ku menyangka akannya.. Apa pun, aku harap kamu selalu dalam keadaan ceria dan sihat sejahtera selalu.. SpM tidak lama lagi akan menjelma, jaid aku harap aku dapat memegang janji bahwa akan aku jejakkan kaki ku ke UPSI.. Masih ku teringat akan janji aku pada kamu.. Moga kamu jua buat yang terbaik untuk SpM pada tahun ini.. Yang lepas akan aku semadikan bersama-sama kenangan yang sukar untuk aku lupakan.. Buat yang terbaik SpM ini.. Sekiranya umor panjang akan kita berjumpa lagi dengan izin Yang Maha Esa..

SELAMAT HARI JADY KE 17 cik NURUL HUSNA...

Tuesday, July 6, 2010

Itulah Dia Diri Kamu

Ingin kamu tahu kenapa aku menganggap kamu wanita yang sukar di cari di dunia ini.? Akan aku ceritakannya kenapa.. Ini adalah kerana kamu seorang wanita yang cantik serta baik budi perketinya.. Zaman sekarang, teramatlah sukar untuk mencari akan ciri-ciri tersebut pada seorang wanita.. Seperti yang aku katakan, kecantikkan mu umpama bidadari yang berada di kayangan atau lebih cantik daripadanya.. Baik budi pekerti jua salah satu akan ciri-ciri yang ada pada diri mu.. Diri yang bersopan-santun jua ada dalam diri kamu.. Senyuman mu jua salah satu senyuman yang paling manis di dunia ini dan ianya bermakna jua.. Sekali kamu jeling, pasti berduyun lelaki akan muncul di hadapan mu.. Tapi, kenapa kamu menganggap bahwa diri mu tidak lawa atau apa pun.??? Tahuka kamu bahawa diri mu bukan setakat cantik malahan comel jua.. Nasib baik umor yang menjarakkan diri kita, hohoho.. Jika tidak, akan ku pinang mu sekarang jua, hohoho.. Jangan tunggu lama-lama wahai Kak Juli... Semakin lama, umor kita semakin meningkat.. Jika lama-lama, takut akan saham mu akan jatuh, hoho.. Lawa, manis, bersopan-santun, baik budi pekertinya dan comel jua.. Itulah yang ada pada diri mu.. Setiap manusia yang di wujud kan di dunia ini pasti ada pasangannya di dunia ini.. Ingatlah wahai Kak Jue..Usia semakin lanjut.. Nak jadi anak dara tua ke.? Heheheeee.. Yang pasti, inilah kamu yang sebenarnya..

Sunday, July 4, 2010

Happy Birthday Walid

ALLAH SELAMAT KAN WALID... 
ALLAH SELAMAT KAN WALID... 
ALLAH SELAMATKAN WALID...
ALLAH SELAMAT KAN WALID ANA...
ALLAH SELAMAT KAN WALID....

Walid aku sudah berumor 45tahun.. Aku harap semoga walid panjang umor dan sihat sejahtera.. Semoga Allah merahmati walid.. Selain itu, semoga walid sentiasa mendapat keberkatan dan kema'firatan daripada Allah s.w.t..

Friday, July 2, 2010

Terime Kasih

Tidak ku sangka hidup yang aku sangka-sangkakan tidak bermakna selama ini sudah bermakna akhirnya.. Telah ku temui makna kehidupan yang kucari-cari selama ini.. Walaupun sedikit, tetapi tetap ku jumpainya jua..

Aku ini hamba Allah s.w.t.. Hamba yang akan bersujud kepada-Nya.. Hamba yang akan menuruti akan segala perintah-Nya.. Inilah aku, diri yang ku cari akan selama ini.. Yang ku sangka jiwaku kosong bak langit yang terentang luas yang tiada apa-apa di dalamnya.. Akhir ada terselit sesuatu di dalamnya..

Akan ku jadikan kehidupan aku bermakna serta bererti untuk sekarang, serta selamanya.. Akan ku hargai kehidupan ku ini untuk selamanya.. Setiap masalah sudah pasti akan ada jalan penyelesaiannya.. Cuma tidak mengetahui akan bila dan di manakah tempatnya.. Akan di jumpai jua.. Sabarlah dalam menunggu..

Jangan jadi seorang yang mengalah dalam hidup.. Teruskan mencari, InsyaAllah akan jumpainya jua.. Ini perkataan yang diucapkan oleh seseorang kepada diri ku ini.. Serta janganlah diri ku putus asa dalam mencari akan makna diri sendiri serta akan kewujudan aku.. Ini ucapan oleh si dia amat bermakna serta bererti..

Akan ku kenang diri si dia.. Walaupun ada lagi banyak persoalan yang bermain di fikiran ku, terima kasih aku ucapkan kepada si dia kerna menolong aku mengurangkan persoalan yang bermain di fikiran ku ini..

Akan aku bersabar dalam mencari jawapan yang bermain di fikiran ini.. Tidak akan aku mengetahuinya bila, tetapi akan ku tunggunya jua selagi aku ini masih lagi bernyawa.. Serta selagi Malaikat Izrhoil tidak datang menjemput ku, akan aku bersabar dalam menunggu akan jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain di fikiran aku ini..

Tetapi apa yang penting, terima kasih kepada si dia kerna telah mengurangkan persoalan aku ini.. Terime kasih ku ucapkan daripada aku ini.. Ikhlas daripada ku..

Thursday, June 17, 2010

Nasyid Akil Hayy - Selimut Putih




Lagu ini mengenangkan diri ku ke arah kematian.. Hari demi hari aku memikirkan bilakah rasanya ajal aku akan datang menjemput.?? Pabila mendengarnya lagu ini, aku berasa amat takut akan kematian itu.. Betapa takotnya diri ku ke arah kematian.. Apakah amalan aku ini sudah sempurna dan mencukupi ke sana.?? Tidak ku mengetahui akannya.. Siapalah diri ku ini untuk mengetahuinya..

Friday, June 11, 2010

Persembahan Hari Guru

Sampai ke hari ini aku masih teringat lagi akan persembahan yang dilakukan oleh aku serta kawan-kawan pada Hari Guru yang bertarikh pada 17 mei 2010..

Lagu yang dibawa oleh kumpulan dikir barat kami masih terngiang-ngiang di telinga aku ini.. Kumpulan dikir barat dipersembakan oleh kami pade akhir persembahan.. Tidak di sangka, persembahan kumpulan dikir barat kami mendapat persembahan terbaik pada hari tersebut.. Ini akan aku jadikan kenangan yang tidak dapat aku lupakan bersama-sama kumpulan dikir barat..

Aku hanyalaah bermain canang pada persembahan tersebut.. Kayu yang aku ketuk pada canang, patah di buat oleh aku.. Pada masa tersebut, kumpulan dikir barat kami boleh di katakan naik hantu di buatnya.. Tapi aku menjadi separuh gila pada masa tersebut..

Seronok sungguh aku pada masa tersebut.. Sesungguhnya, tidak akan aku lupakan persembahan yang dilakukan oleh kumpulan dikir barat kami pada tarikh tersebut.. Itulah tarikh terindah dalam hidup aku serta terbaik pada aku kerna tidak lama lagi sekolah yang aku belajar, akan aku tinggalkan demi meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi..

Ini semua akan aku jadi kenangan dalam hidup yang tidak dapat aku lupakan semasa aku bersama-sama kumpulan dikir barat pada masa tersebut.. Kemungkinan inilah dia bakti ku yang terakhir untuk sekolah kerna tidak tahu bilakah laginya akan aku berbakti pada sekolah.??? Tahun terakhir ini akan ku jadikan tahun terindah dalam hidup aku..

Monday, May 24, 2010

Untuk Insan Yang Bergelar Sahabat ku

Sahabat, kenapa harus engkau menipu.??? Apakah keseronokkan yang engkau dapat.??? Aku tahu, aku jua tidaklah sempurna mana kerna tiada seorang pun yang sempurna lahir di dunia ini..

Tetapi, kenapa mesti engkau menjadi seorang yang penipu.??? Apakah faedahnya yang akan engkau perolehi.??? Pada masa kini, semestinya engkau akan merasakan keseronokkannya.. Tapi, apakah engkau ada memikirkan apa yang akan masa akan datang.??? Mahukah engkau menipu sampai gigi engkau sudah tiada.??? Apakah manfaat yang engkau akan dapat.???

Ketahuilah bawaha menipu ini hanya membuang masa.. Menipu.. Apakah amalan engkau sudah mencukupi.??? Apakah lengkap solat yang engkau lakukan.??? Adakah ianya dengan rela atau paksaan daripada keluarga.??? Jadi ingatlah semua ini.. Jika sesekali engkau mahu menipu, aku merasakan tiada salahnya.. Tetapi, janganlah selalu.. Mahu menipu, mestilah berpada-pada..

Daripada punyai ramai kawan hinggakan tiada kawan mahu mempercayai engkau lagi.. Sekarang, aku sudah mula meragui akan setiap perkataan yang keluar daripada mulut engkau.. Kerana sukar untuk aku lagi mempercayai akannya lagi.. Tetapi walau bagaimanapun, aku ini tetap akan menjadi sahabat engkau sampai ke titisan darah aku yang terakhir..

Cuma satu sahaja yang aku pinta.. Janganlah engkau menipu lagi.. Ada masanya, jujurlah pada setiap perkataan yang keluar daripade mulut engkau.. Ingatlah, penipu ada balasannya..

Tuesday, May 18, 2010

Hadiah Kek Untuk Aku

Betapa sungguh gembiranya hati ku pada hari ini.. Walaupun ketika berada di sekolah, diri ku terasa pening sedikit.. Tetapi aku tetap seronok walaubagaimanapun terjadi pada diri aku ini..

Pada hari ini, aku menghadapi peperiksaan pertengahan tahun selaras negeri Selangor buat pertama kalinya.. Walaupun diri ku berasa sedikit gementar, aku lupakan perasaan tersebut.. Aku menjawab soalan tersebut dengan sepenuh hati ku..

Hari ini juga aku menerima hadiah daripada seseorang yang tidak memberitahu namanya.. Hadiah tersebut di berikan kepada adik aku untuk di berikan kepada aku.. Hadiah tersebut merupakan kek yang dibuat oleh air tangan seseorang.. Pada mulanya aku tidak mengetahui siapa yang membuatnya.. Tetapi rasa kek tersebut sungguhlah sedap.. Inilah pertama kalinya aku menerima hadiah yang sedemikian..

Tidak akan ku lupakan hadiah tersebut sampai bila-bila.. Akan ku kenang hadiah kek tersebut.. Betapa seronoknya diri ku ini di buatnya.. Kepada yang membuatnya, ingin ku ucap kan terima kasih daripada diri ku ini.. Enak sungguh kek yang dikau buat.. Terima kasih aku ucapkan kepada dikau...

Saturday, May 15, 2010

15 May

Hari ini adalah tarikh terindah dalam hidup ku..

Inilah dianya dimana tarikh aku dilahirkan di atas muka bumi ini.. Tarikh dimana aku diwujudkan di atas dunia yang sementara ini.. Dan jua tarikh dimana aku menjadi semakin dewasa..

Tapi, kenapa aku masih lagi tidak faham atas sebab kewujudan aku hingga ke hari ini.??? Tarikh dimana aku diwujudkan.. Kenapa aku diwujudkan.??? Aku masih mencari-cari akan jawapannya.. Tetapi sampai bila.??? Adakah aku akan mendapat jawapan yang aku ingin kan.???

Walaubagaimana pun, aku tetap gembira walaupun keinginan untuk aku pergi tetap ada.. Aku tidak akan tahu berapa lama perasaan gembira ini akan ada bersama ku.. Pernah ku bertanya kepada diri ku ini.. Adakah ini tarikh di mana aku akan pergi.??? Tetapi bilakah tahunnya aku akan pergi.???

Aku masih menunggu.. Menunggu bilakah malaikat maut datang untuk menjemput ku.. Tetapi, tidak ku sangka, aku kini sudah semakin dewasa.. Adakah aku akan memahami kehidupan ini.??? Semakin aku membesar, semakin banyak persoalan yang bermain di fikiran ku.. Aku berharap, bila aku menjadi semakin dewasa nanti.. Aku akan mendapat jawapan yang aku inginkan selama ini..

Bagaimana pun, sekarang aku sudah berumur 17 tahun.. Tidak ku sangka, sudah 17 tahun aku hidup di atas muka bumi ini.. Tapi, apakah, aku akan hidup ke esokkan harinya.??? Aku tidak tahu.. 17 tahun.. Sudah cukup lamakah aku hidup.? Bila-bila masa sahaja malaikat akan datang menjemput ku.. 17 tahun.. Inilah umur ku sekarang..

Saturday, May 8, 2010

Insan Yang Banyak Mengajar Aku

Dulu aku ini sememangnya jahat orangnya.. Suka menyusahkan orang sekeliling ku..

Hinggalarh suatu hari, aku mengenali dengan seorang insan.. Dia kelihatan sungguh baik, susah hendak mencari insan yang kelihatan seperti dirinya di dunia ini.. Insan inilah yang telah banyak mengajar aku erti kesabaran dalam kehidupan..

Hari demi hari dia banyak menolong aku.. Kini aku banyak berubah kerna si dia.. Insan inilah telah banyak mempengaruhi aku kini.. Kehidupan ku yang murung selama ini kini kian berubah telah menjadi ceria..

"Aku banyak berubah kerna dikau.. Aku tidak akan lupakan jasa baik dikau selama ini.. Kerna dikau lah aku sudah banyak berubah.. Semuanya kerna dikau.. Aku tidak akan melupakan dikau sampai bila-bila.. Banyak perubahan yang dikau buat pada diri ku ini.. Tetapi, itu hanyalah sekadar luaran.. Dalaman aku still tidak mengerti makna kehidupan yang sebenar.."

Tapi, sekurangnya aku dapat jua merasai kehidupan aku ini.. Engkau adalah segala-galanya bagi aku.. Kak Fatin, engkau memang tidak akan ku lupai sampai bila-bila. Orang yang sehina aku, engkau ambil sebagai adik angkat.. Memang aku tidak akan lupakan engkau..

Semoga kak fatin sihat sejahtera dan mendapat seorang suami yang baik sepertinya.. Perubahan yang engkau lakukan sudah mendapat hasilnya, Kak Fatin.. Inilah insan yang banyak mengajar aku erti kesabaran dalam kehidupan..

Wednesday, May 5, 2010

Layakkah Aku Ini.?


Apakah aku layak untuk hidup di atas dunia ini.???

Orang yang sehina aku ini sepatutnya tidak patut hidup di atas dunia ini.. Sudah sememangnya tidak layak.. Munculnya aku di dunia ini hanyalah tahu akan menyusahkan orang-orang di sekeliling ku..

Aku merasakan yang dunia semacam tidak mahu menerima kewujudan aku di atasnya.. Jadi, kenapa aku di hidupkan.??? Itu yang menjadi tanda tanya kepada diri ini.. Memang sungguh hina diriku ini..

Kubur, kubur dan kubur.. Itulah yang aku fikirkan..

Orang ramai pun macam tidak mahu menerima kewujudan aku di atas dunia ini apatah lagi orang yang ku sayangi.. Apakah aku patut mati sahaja agar aku tidak lagi menyusahkan sesiapa.? Sebenarnya, aku memang nak pergi dari sini agar orang akan tahu yang selama ini, aku wujud dan ada di samping mereka..

Aku ketahui bahwa aku ini manusia yang lemah dan hina.. Jadi, ku mengharapkan tolonglah terima kewujudan aku.. Itu sahaja yang aku harapkan selama ini.. Aku tidak tahu berapa lama lagi aku akan hidup..

Aku dapat merasakan yang ajal sedang menunggu aku.. Aku memikirkan yang, sekiranya aku pergi.. Adakah akan ada orang yang akan sedih di atas pemergian ku.??? Layakkah aku ini ??? ARH...!!!

Monday, May 3, 2010

Masih Lagi Menjadi Tanda Tanya

Apakah amalan yang aku buat selama ini sudah cukup ? Kerana sudah semestinya bahwa ajal ku akan tiba jua pada suatu hari nanti , tidak kira tempat mahupown masa . Setiap detik aku mengira bilakah ajal ku akan tibe...

Aku menunggu saat-saat untuk ku pergi daripada dunia yang sementara aku tinggal ini.. Oleh kerana itu, aku sentiasa menunggu bilakah malaikat maut datang mengetuk pintu rumah ku untuk menjemput aku pergi dari dunia yang semakin tua ini..

Semakin lama aku hidup, semakin banyak amalan-amalan tidak baik aku tonton.. Semakin hari aku menyaksikan manusia sudah lupa akan sebabnya mereka di hidupkan di atas dunia yang semetara ini..

Aku dan mereka semua same sahaja, lupa akan janji kepada-Nya.. Dan nampaknya aku jua sudah lupa apa akan sebabnya aku tinggal di dunia ini.. Dapat ku merasakan bahwa dosa ku semakin lama semakin bertambah manakala amalan pahala ku semakin berkurangan.. Adakah aku sudah bersiap sedia untuk pergi dari dunia ini.?

Berjuta soalan bermain di fikiran ini.. Adakah aku layak untuk tinggal di syurga.? Manusia yang hina macam aku ini yang banyak dosa yang berguni-guni ini, adakah layak.??? Layakkah aku untuk berhadapan dengan YANG MAHA ESA.? Layakkah aku.. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..

Manusia yang hina dan seteruk macam aku ini memang tidak diperlukan untuk hidup di atas muka bumi ini.. Beranikah aku untuk melawan takdir.??? Beranikah aku.. Walau bagaimanapun aku tetap akan pergi jua suatu hari nanti tetapi tidak tahu bila.???

Ajal sentiasa menunggu kita.. Itu sudah pasti akan berlaku.. Cuma, bila , dimana dan bagaimana ianya menjemput, kita tidak mengetahui akannya.. Hidup ini tidak ada yang abadi, asalkan sampai, pergilah aku dari sini.. Meninggalkan orang-orang yang ku sayangi selama ini dan kembali kepada-Nya..

MA ROP BUKA.. Soalan yang akan di tanya pada ku suatu hari..

Sunday, May 2, 2010

Rasanya, Siapakah Lagi Comel.?




Bersiar-siar Ke Sekolah Lama

Memang terase penat pada hari ini.. Pagi, pergi sekolah agama aku yang berada di kuala kubu bharu.. Sekolah ini betol-betol berada di hadapan JPJ..

Aku pergi ke sane bersama seorang sahabat yang di gelar 'boy', nama sebenarnya Azziad.. Hari ini ada hari kecemerlangan pelajar di sana.. Aku saja terasa hendak datang melawat sekolah lama ku ini.. Terasa rindu hati ku dengan sekolah yang aku tinggalkan selama 2 tahun ini, kerna terlalu banyak kenangan-kenangan yang ku tinggalkan di sana.. Memang terlalu banyak dan sukar untuk aku lupakannya..

Sekolah lama ku kelihatan sama seperti duhulu tetapi ada berubahan sedikit padanya.. Memang seronok jua pergi sana, kerna sudah banyak jua yang berubah.. Aku ingatkan budak-budak di sana sudah melupakan akan diri ku ini, tetapi sangkaan ku salah kerna mereke masih ingat lagi akan diri ku yang mempunyai jiwa yang kosong ini..

Tidak ku sangka jua bahawa mereka masih ingat akan diri ku ini lagi.. Gosip-gosip lama ku jua mereka masih ingat lagi dan gosip ini pernah menjadi gosip paling 'hot' di sana selama 3 tahun.. Sudah semestinya tidak akan ku lupakan sekolah yang pernah mengajar ku erti kehidupan dan cabang-cabang kehidupan.. Walaupun, hinggakan ke hari ini aku masih tidak fahami erti kehidupan..

Siapakah Aku Sebenarnya.?

Hari demi hari, aku mencari apa makna kehidupan ku di dunia ini.. Semakin aku mencarinya, semakin itu jua  runsing aku dibuat akannya.. Aku dapat merasakan bahwa kehidupan aku ini macam tiada makna lagi.. Tapi apakan daya, aku ini insan hanyalah biasa yang banyak cacat cela..
Aarh ! ! ! Kenapa dengan aku ini ! ! ! Apakah sebabnya aku di hidupkan di atas dunia ini ? ? ?

Tiada satu pun petunjuk yang aku dapati setakat ini.. Apakah jasad yang ada bersama aku ini, adakah jasad ataupun hanya sebuat patung boneka.? Kerna, aku merasakan bahwa aku umpama makhluk yang mempunyai jasad yang bergerak di atas bumi ini dengan membawa jiwa yang kosong..

Aku merasakan, aku tiada makna untuk terus hidup di atas bumi ini.. Biarlah aku pergi dari dunia ini.. Aku tiada sebab untuk terus hidup di atas dunia ini.. Hidupku ini memang tiada makna lagi bagi ku..

Ini hakikat kehidupan ku yang menjalani kehidupan di atas dunia ini.. Hidup dengan jiwa yang kosong.. Diri ku ini ibarat boneka yang berjalan di atas bumi yang berputar ini.. Aku ini hanyalah boneka.. Yang di hidupkan di atas bumi ini tetapi tidak ada makna dan arah tuju kehidupan ku in... Inilah diri ku..

Masih Tidak Mengerti


I enter in this world alone so i will leave this world alone too because no one will die with me.. That are the reality of life .

Aku sudah menjalani kehidupan yang sudah agak lama didunia ini.. Kehidupan yang agak lama inilah menyebabkan aku hampir tidak kenal lagi siapa sebenarnya aku ini.. Because of that, aku mencari identiti diri aku yang sebenar serta kewujudan aku di dunia ini.. Banyak persoalan yang bermain di fikiran aku serta kenapa.?

Bertahun-tahun aku mencari hinggakan jiwa aku ini kosong tiada apa-apa didalamnya dan sampai sekarang aku masih tidak menemui jawapannya lagi.. Diri ku ini diibaratkan boneka yang tidak bernyawa yang menjalani kehidupan di atas muka bumi ini.. Oleh kerana itu aku cuba berusaha mencari jawapannya sampailah ajal menjemput aku pergi.. Kenangan-kenangan yang pernah aku alami selama ini akan aku jadikan kenangan yang wujud bersama ku..

Walaupun aku tidak mengerti siapa sebenarnya diri aku ini.. Sekiranya ajal aku datang dulu, aku ingin meminta-maaf kepada orang-orang yang pernah aku lukainya sepanjang hayat aku ini kerana aku ingin mencari sebab kewujudan aku ini selama ini..

Adakah aku akan menjumpai jawapannya ??? Inilah persoalan sebenarnya.. Tetapi, itulah hakikat kehidupan aku yang tidak mengenali sesuatu di dalam kehidupan yang aku jalani selama ini.. Apakah makna kehidupan aku selama ini.. Aku pun tidak mengetahui.. InsyaAllah dengan izin Allah s.w.t, aku akab mendapatkannya suatu hari nanti..

Tentang Diriku

Assalamualaikum dan apa kabar
  • Nama ku diberi MUHAMMAD NUR ZAKWAN BIN SAIFUL ZAMAN..

  • Seorang insan yang berdarah minang (kampung padang dekat indon yer) dan jua banjar..

  • Walid ku orang minang manakala Ummi orang banjar..

  • Tiada langsung darah melayu asli yang mengalir di dalam saluran darah ku ini..

  • Aku dilahirkan tepat pada tarikh 15 mei 93, maka itulah tarikh masihi aku dilahirkan di dunia yang sementara ini..

  • Anak pertama daripada tiga orang adik-beradik dan aku jua adalah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini..

  • Keluarga ku memang happy "go lucky"..

  • Menetap di hulu selangor serta bersekolah disini..

  • Pernah bersekolah di SEKOLAH SELAYANG BARU 2 dan SEKOLAH RENDAH AGAMA SELAYANG INDAH selama 4 tahun, dari tahun 2000 hingga ke tahun 2003..

  • Selepas itu, sambung belajar di SEKOLAH KEBANGSAAN ULU YAM BHARU dan SEKOLAH RENDAH AGAMA ULU YAM BHARU dari tahun 2004 hingge 2005..

  • Tamat persekolahan rendah, aku melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU dari tahun 2006 hingge ke 2008, dapat bertahan selama 3 tahun 5 bulan sahaja..

  • Sambung belajar semula di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED MASHOR BATANG KALI dari tahun 2009 hingga 2010..

  • Selepas tamat alam persekolahan, kini aku menyambung pelajaran di peringat lebih tinggi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau dalam bahasa lainnya, Business Study..

  • Personaliti? Kawan-kawan pernah berkata bahwa personaliti ku ini gila-gila, cool, agak sikit sporting, sempoi, cepat bosan tentang sesuatu benda, relex person.. Rasanyalah, tapi tak terasa pun..

  • I love a place that peacefull and harmony..

  • Warna-warna yang menjadi pilihan diri ku seperti hitam, putih, merah, biru, hijau dan kuning serta kelabu dan warna-warna yang gelap..

Saturday, May 1, 2010

Kata-kata Permulaan

This is the first time I create blog.. Mulanya, terasa agak sikit "blur" aku ini dibuat.. Nasib baiklah ada kawan yang membantu aku macam mana nak "update".. Kalau tidak, habislah aku.. Rasanya jika tiada dia, akan memakan masa jualah aku untuk memahami blog ini.. Apa-apa pun, sekarang, inilah blog aku..