Friday, June 6, 2014

Dosa Itu Milik Semua

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, umur aku sudah mencapai 21 tahun pada tahun ini.. Hari kelahiran aku sudah lepas.. Tapi bukan mengenai kelahiran yang ingin aku ceritakan..

Dalam hidup ini, kita tidak pernah lari daripada melakukan dosa.. Mahupun yang besar dan jua sekecil zarah.. Memang tidak akan terlepas.. Baik yang kanak2 sehingga ke tua.. Pasti akan kita lakukannya dalam tiap tiap hari dalam seumur hidup tanpa kita sedar atau kita menyedariya.. Namun, itulah ia lumrah kehidupan bagi kita sebagai manusia..

Setiap kali kita membuat dosa, pasti jiwa kita akan rasa bersalah.. Itulah sebabnya, kita akan memohon keampunan daripada Allah swt.. 

Umur aku sudah pun mencapai 21 tahun pada beberapa minggu lepas.. Dan jua, dosa aku jua semakin hari semakin bertambah.. Aku tidak pernah sesekali memikirkan pahala ku yang bertambah kerana dalam setiap hari aku, pasti ada dosa yang aku lakukan.. Lumrah kehidupan aku sebagai manusia, pasti aku akan terbuat dosa secara tidak sengaja..

Namun, semakin aku meningkat dewasa, ada masanya aku lalai dalam melakukan tanggungjawab aku sebagai hambaNya.. Aku semakin terleka dengan "syurga dunia" yang sementara ini.. Bahkan "syurga" sebenar yang kekal abadi itu sepatutnya aku kejar..

Selama 3 tahun ini.. Aku semakin lalai dalam mengejar nikmat akhirat.. Ramai rakan seguru aku semasa melakukan dakwah bersama kata aku banyak berubah.. Ya Allah, malunya aku sewaktu bertemu mereka.. Sedangkan dahulu kami sama sama berdakwah dan mendalami ilmu agama bersama.. Mengingati antara satu sama lain.. Dan mereka jua yang telah memperingatkan aku bahawa akulah penyebab mereka terus berada di dunia dakwah.. Namun apa yang sudah jadi pada aku? Berubah.. Malunya aku sama mereka, ya Allah..

Namun, mereka tidak pinggirkan aku.. Akan tetapi menolong aku semula kembali seperti aku yang dahulu.. Alhamdulillah, selama aku bercuti ini, aku pergi mempelajari semula ilmu agama yang pernah ada bersama ku dahulu dan aku mula mendalaminya kembali.. Kerana, sudah tiba masanya untuk aku kembali ke jalan yang diredhai Allah..

Ramai rakan rakan ku yang belajar di ipt bersama ku tidak berapa tahu aku ini bagaimana orangnya di zaman persekolahan.. Almaklumlah, sewaktu aku di ipt, perwatakkan ku tidak sama semenjak aku disana.. Tapi kali ini aku ingin kembali berubah..

Biarlah orang nak mengata aku ini hipokrit, kerana aku ingin semula menghidupkan sunnah sunnah Rasulullah saw.. Mulut orang, aku ta bisa menutupnya.. Lama kelamaan, in shaa Allah, pasti akan tertutup jua..

Lebih baik mengejar nikmat akhirat daripada nikmat dunia yang sementara ini.. Aku bukan ingin menunjuk perubahan ku, tetapi ingin menanamnya semula di dalam jiwa bahawa aku hidup di dunia ini hanya sementara.. Walaupun dalam masa yang sama, aku tetap jua akan terlakukan dosa, namun in shaa Allah, dengan sebegini, aku bisa mencegah daripada melakukan dosa..

Sudahlah aku dengan dosa dosa lampauku.. Sekurangnya aku tau bagaimana rasanya orang yang pernah lakukan dosa.. Mana tau, suatu hari nanti aku bisa menolong mereka sewaktu mereka jua ingin berubah.. Sama samalah kita berubah..

Wednesday, May 14, 2014

Dugaan Diberi Bersebab

Assalamualaikum..
Hari ini admin ada satu cerita nak dikisahkan.. Harap kalian bacalah..

Dalam hidup ini, banyak dugaan yang telah kita hadapi, sedang kita hadapi dan bakal kita hadapi.. Kita tidak bisa lari daripada dugaan dugaan yang telah direncakan oleh Allah swt.. Betapa susah pun seorang insan itu cuba mengelakkan dirinya daripada dugaan, pasti jua akan diketemui dugaan itu.. Baik yang kehidupannya senang mahupun sebaliknya, pasti ada dugaan untuknya.. Dugaan ini bukan apa, ianya untuk kita mengingati Allah swt.. Untuk mengingati bahawasanya kita ini adalah hambaNya..

Dugaan dicipta bukan semata mata untuk menyusahkan seseorang itu.. Allah swt lakukannya bersebab.. Dan setiap dugaan Allah swt timpakan untuk hamba-hambaNya adalah berlainan dalam satu satu masa.. 

Dugaan yang Allah swt timpakan, terdapat dalam banyak faktor :


  • Kesenangan

Ada kalanya dugaan yang Allah timpakan untuk hambaNya daripada segi kesenangan.. Itu untuk melihat apakah ia terleka dengan kesenangan yang diberi Allah swt.. Siapa tidak suka kepada dengan kehidupan yang senang ? Namun, ada kalanya, manusia itu akan terlupa dengan kesenangan yang diberi oleh Allah swt..
Sebagai contoh :

Dulu ada keluarga yang taat kepada perintah Allah swt, kerana kehidupannya sungguh susah sekali.. Namun setelah bertahun tahun bersilih ganti.. Alhamdulillah, kehidupannya berubah.. Duitnya melimpah dapat bak durian runtuh.. Selepas itu kehidupannya senang lenang, sampaikan mereka lupa kepada Allah swt.. Mereka lupa siapa yang beri mereka rezeki yang melimpah ruah ini.. Mereka lupa untuk mengerjakan perintah Allah akibat terleka dengan kesenangan yang ada pada mereka..

Di sini selalu terjadi, kerana apa ? Kerana mereka lupa dan syaitan sudah berbisik kepada telingan mereka bahawa kesenangan memberi mereka segalanya dalam hidup.. MasyaAllah.. Syaitan amat suka dengan manusia manusia yang sebegini kerana terlalu leka dengan kemewahan yang sudah mereka kecapi..

Kalian, ketahuilah bahawasanya kesenangan yang sedang dikecapi itu, bukanlah untuk selamanya.. Maka dengan itu, jangalah lupa semasa kehidupan anda senang.. Nanti kelak, anda jua akan menyesal tidak kesudahan dengan apa yang telah anda lakukan diwaku senang.. APA GUNA SESALAN, HANYA AKAN MENEKAN JIWA ANDA JUA..

  • Kesusahan
Dugaan dalam bentuk kesusahan amat senang sekali kita lihat dalam kehidupan.. Hari demi hari, pasti kita akan lihat orang yang susah dalam hidup.. Susah ini, bukan adalah selamanya.. Itu namanya Allah nak uji, betapa kuatkah mereka itu untuk meneruskan hidup dalam kehidupan yang sebegini rupa.. Apakah mereka akan mengeluh dan lain lain lagi sewaktu dengannya..

Pasti anda pernah dengar,

Dalam hidup ini, bukan senang.. Sentiasa susah.. Haihhh, kenapalah aku ini hidup susah..

Pastikan ? Ini kerana Allah swt nak melihat hambaNya apakah hambaNya yakin dengan janji-janji Allah.. Apakah hambaNya terus menerus berdoa meminta padaNya ? Allah jua mahu melihat apakah hambaNya sudah berputus asa kerana hidup dalam keadaan susah.. Jangan risau, rezeki itu datangnya daripada Allah swt.. Mana tahu suatu hari nanti, dengan izin Allah, pasti akan berubah.. Lagi pun bak pepatah :

Janganlah anda berfikir derita hidup ini akan berpanjangan.. Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan, setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali

Mungkin Allah timpakan kesusahan ini bersebab.. Mungkin jua di akhirat kelak Allah swt memberi ganjaran di sana.. Kita tidak tahu.. Kerana ini semua, hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..

Ujian atau dugaan yang Allah timpakan kepada hambaNya adalah tarbiyah daripada Allah untuk hambaNya.. Ini untuk melihat, apakah kita ini sebagai manusia bersabar ataupun sebaliknya.. Maka dengan itu, admin berharap kalian tidak sesekali melupakan Allah swt dalam apa jua kalian sedang hadapi.. Janganlah risau di atas dugaan atau ujian diberi Allah swt.. Pasti ada hikmah disebaliknya..

Setiap yang berlaku pasti ada sesuatu.. Lagi pun Allah rencakan sesuatu itu pasti bersebab.. Kita sebagai hambaNya, janganlah lupa untuk meminta pertolongan ataupun bersyukur dengan apa yang berlaku kepada diri kita..

Friday, May 9, 2014

Result UiTM

Assalamualaikum kepada sesiapa yang membaca blog aku..
Hari ini, saya nak bercerita mengenai keputusan result uitm..

Hari ini, result uitm dah keluar.. Pasti rakan rakan uitm semua berdebar debar untuk tahu keputusan anda semua kan.. Maka hari hari yang dinantikan sudah tiba.. Result sudah keluar, apalagi pergi lah tengok.. Bagi yang melihat di email, sudah semestinya sudah keluar tapi bagi yang melihat di "student portal" pula, anda akan mendapat tahu keputusannya pada pagi ini.. Jangan risau dan jangan gusar.. Keputusan sudah pun keluar, maka itulah hasilnya selama satu semester anda belajar.. Sama ada anda bersungguh sungguh ataupun sebaliknya.. Itulah dia hasil daripada pembelajaran anda semua.. 

Jangan menyesal sudahlah, siapa suruh tidak berusaha selama satu semester ini.. UiTM bagi kita 6 bulan, maka manfaatkannya untuk belajar bersungguh sungguh agar mendapat keputusan yang cemerlang..

Bagi untuk saya pula, pelajar Diploma Business Studies yang masih lagi belajar di uitm.. Masih lagi tidak melihat keputusan lagi.. Biarpun aku boleh sahaja melihatnya sekarang di email, namun aku tidak mahu lagi untuk melihat keputusan semasa aku selama satu semester ini.. Bukannya takut ataupun gementar.. Ini kerana cerita tanya menanya mengenai keputusan kita berapa.. Memang daripada zaman peperiksaan awam sekolah rendah dulu aku tidak suka hebohkan keputusan aku..

Aku tahu, untuk seminggu ini.. Orang akan sibuk menanyakan.. Maka nanti, aku akan jawabnya dengan sejujurnya dan seikhlasnya yang aku masih lagi tidak melihat keputusan aku.. Aku mahu ia berlalu pergi dan menjadi senyap.. Ketika itulah baru aku akan melihat keputusan aku.. Dan pada hari itu jua aku akan update post baru mengenai keputusan aku.. Sama ada aku mendapat 4flat, 3pointer above atau sekadar 2pointer above..

Aku harap, keputusan aku cemerlang sudahlah.. Nak 4flat tu, entahlah, rasanya tidak tercapai lagi untuk semester kali ini.. Tapi untuk mendapat 3pointer above, in shaa Allah.. Aku berdoa agar dapatlah keputusan yang sebegitu.. Bukan apa, aku cuma nak melihat ummi walid aku lega sudah dengan keputusan yang aku dapat..

Aku ini bukannya pandai.. Rajin ? Lagilah jauh tersasar untuk aku merajinkan diri.. Tapi, aku sudah usaha sehabis mungkin.. Aku yakin dengan apa yang aku lakukan selama satu semester ini, akan membuahkan hasil yang bagus.. Sudah 5 bulan aku bercucuk tanam, inilah masanya untuk aku mendapat hasilnya..

Untuk kawan kawan aku yang masih ada lagi di uitm, aku berharap kalian akan mendapat keputusan yang baik.. Sama jua yang mengenali aku, begitu jua yang aku harapkan.. Kita sama sama berjuang untuk meneruskan pembelajaran bagi semester akan datang.. Bagi yang akan "graduate" bulan ini.. Aku berharap keputusan kalian jua, baik baik.. Kerana, kalian sudah tamat belajar.. Tak tahulah jika kalian sayangkan uitm, nak sambung semester lagi.. Heeeee

Oh.. Untuk yang ingin tahu keputusan aku.. Nantikan sahaja post aku akan datang.. In shaa Allah, aku akan menulisnya di sini.. Sekian sahaja daripada aku.. Dan terima kasih sesiapa yang sudi membaca..

Saturday, April 26, 2014

Menerima Hakikat

Assalamualaikum semua..
Ingat lagi tak mengenai aku suka SYAHIRA tu.. Kay ini kesinambungan cerita mengenai gadis yang bernama itu.. Setelah satu semester.. Walaupun tidak seberapa rapat dan cukup dalam mengenali beliau.. Aku kira, Cukuplah sekadar aku suka sahaja.. Untuk melanjutkan ke destinasi seterusnya.. Biarlah aku mengundurkan diri ini..

Aku mengundurkan diri, bukan kerana aku mengalah.. Akan tetapi, sedar diri.. Bukan semua yang kita mahukan, kita akan dapat.. Ada masanya kita kena lepaskan ianya juga.. Adalah baik juga untuk aku melupakan hasrat untuk memiliki beliau.. Mungkin ada hikmah disebalik ini.. Kita tidak tahu apa kebarangkalian untuk hikmah itu adalah baik untuk kita.. Semua ini rencana daripada Allah swt..

Satu lagi, cinta ini tidak boleh dipaksa-paksa.. Siapa kita untuk memaksa orang untuk menyintai kita.. Sedangkan hati beliau, mungkin ada untuk orang lain.. Jika dipaksa cinta itu, bukanlah ianya dinamakan cinta.. Itu namanya bercinta dengan cinta.. Bukan dengan orang yang kita cinta yang ingin dicintai oleh beliau.. Cinta itu indah jika aku sama beliau bercinta kerana Allah dan bertemu jua kerana Allah, malahan membina sebuah masjid jua kerana Allah.. Tapi sekiranya tidak, lebih eloklah untuk aku mengundurkan kaki ini..

Lagi pun keadaan sukar untuk memihak kepada aku.. Tidak mengapalah.. Lagipun, Allah sudah menentukan siapa dia zaujah ku.. Sudah tertulis beribu tahun lamanya sebelum aku dilahirkan..

Kini hati ku sudah mati untuk menerima seseorang.. Cukuplah dengan apa yang sudah terjadi.. Lebih baik aku utamakan cinta ku kepada Allah swt.. Sekarang ini, alhamdulillah, aku sedikit demi sedikit kembali ke dunia dakwah yang pernah aku lakukan dahulu.. Dulu aku pernah bersama tabligh dalam menyebarkan dakwah.. Tetapi semenjak aku di universiti, lamanya aku tinggalkan.. Kini, setelah sekian lamanya, terbuka hati aku untuk kembali berdakwah..

Bukan niat hendak menunjuk-nunjuk.. Tetapi sudah tiba masanya untuk aku kembali seperti dahulu.. Terima kasih jua kepada seorang brother ini, telah mengajak aku semula bertabligh seperti waktu-waktu aku dahulu..

Jadi maka nya, cik Syahira.. Aku sedikit pun tidak ingin mempermainkan cinta dan tidak sesekali jua terlintas untuk mempermainkan cinta.. Tapi kini, aku sudah siap untuk menerima awak sebagai sahabat sahaja.. Mungkin ada insan diluar sana yang lebih layak untuk mendapatkan kasih cinta daripada awak atas kerana Allah swt..

Wednesday, February 26, 2014

Aku Suka Dia Tapi Kerana Kisah Aku, Aku Takut

Ini hari, aku update sekali 2 kali.. Bukan kerana apa.. Sementara ayat-ayat itu masih ada dalam benak fikiran aku.. Lebih baik aku update, jika tidak.. Maka sia-sialah dan hilanglah ia dengan begitu sahaja..

Kali ini aku nak bercerita.. Aku ada kenal dengan seorang perempuan ini.. Aku kenal lama tapi baru semester ini aku tegur dia.. Itu pun sebulan sebelum ex aku menerima risikkan orang.. Ini jua semester kedua dia dalam kelas ini.. Kerana sebelum ini dia berada di dalam kelas yang lain.. Nama ? Penghujung cerita baru aku akan tuliskan.. Buat masa ini, cuba layankan apa yang akan aku tulis..

Dia bijak, comel dan pandai hal-hal dapur (masak dan mengemas).. Perempuan mestilah tahu semua inikan.. Malu lah jika tak tahu kerana umur sudah 21 tahunkan.. Aku ada sedikit perasaan pada dia.. Tipulah siapa pandang dia tidak terpikat.. Untuk sementara ini, aku dengan dia hanyalah sekadar kawan.. Jika aku sayang, aku dah tak nak buat "couple".. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku..Namun disini aku ingin mengatakan..

Aku dengan dia dah macam langit dan bumi.. Aku ini dah macam negetif dia.. Aku memang ada perasaan kat dia.. Cuma yang aku takutkan.. Jika dia tahu siapa aku sebelum ini.. Wallahu'alam apa akan jadi pada perhubungan kami sekarang.. Aku tak nak lah berharap sangat.. Kerana aku kena juga tengok diri sendiri.. Aku kena tengok cermin daripada atas ke bawah untuk ukur baju pada badan sendiri..

Dia dah macam 1000 langkah jauh daripada aku kehadapannya.. Sedangkan aku ini, masih lagi terkapai-kapai dibelakang.. Lemas dalam lautan dosa yang pernah aku lakukan dulu.. Bukan apa.. Jika dia tahu kisah silam aku.. Mahu dia akan terus pergi tak akan berkawan dengan aku..

Aku JAHAT.. Aku TERUK.. Aku NAJIS.. Bangkai yang berbau busuk tetapi disembur dengan minyak wangi untuk menghilangkan bau busuk bangkai itu

Aku tak tahulah jika ini yang akan dia fikirkan.. Kerana jika dia tahu.. Amatlah parah dan padah.. Tapi, aku ingin kembali berubah.. Aku tahu, buat masa ini dia tengok aku macam baik sahaja.. Alhamdulillah, aku jadi begini kerana aku ingin kembali semula ke pangkuan jalan.. Aku ingin keluar daripada dosa-dosa yang pernah aku lakukan.. Tapi aku tahu.. Kisah silam aku masih ada dan akan sentiasa ada di sisi aku tidak kira di mana aku pergi dan apa yang aku jadi sekarang..

Kisah silam akan sentiasa menyelubungi diri aku setiap masa.. Sebab itu buat masa ini, aku perbataskan pergaulan aku bersama dia.. Aku tak nak jadi insan yang mengharap.. Kena sedar siapa diri.. Jika aku benar-benar nak dia.. Aku akan bagi tahu dan dengan izinNya.. Akan bermula orang kata.. Rahsia-rahsia kisah silam aku akan dia tahu.. Sama ada daripada mulut aku, mahupun mulut orang.. Aku takut, takut dia akan membenci aku.. Buat masa ini, aku pendamkan sahajalah..

*******
Tahu kenapa aku ada suka dia.. Sebab dia anak selangor.. Aku sebenarnya cari anak selangor untuk jadi bakal isteri aku.. Kerana aku satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.. Jadi tanggungjawab aku amat besar.. Bukannya aku ini anak yang nak berkepit dengan keluarga.. Cuma nak balas budi sebagai seorang satu-satunya anak lelaki.. Haaaa.. Nama perempuan itu.. Nur Shahira Binti Shaharom.. Asal selangor dan tinggal pun selangor..

Taubat Seorang Hamba

Semenjak orang yang pernah aku sayang selama 3 tahun ini dirisik orang dan dia menerima jua risikan itu..  Memang benar hidup aku agak sedikit terumbang ambing.. Namun, setelah beberapa lama.. Aku kembali mengukuhkan (kembali mencari diri aku yang hilang) diri aku semula.. Walaupun agak mengambil masa, namun Alhamdulillah.. Ianya tetap dapat kembali ke jalan yang aku cari..

Sebenarnya bukan itu aku nak cerita.. Sebenarnya selama 2 tahun setengah ini.. Banyak perkara jahat yang telah aku lakukan.. Banyak dosa yang telah aku dapati.. Memang patut cinta aku selama 3 tahun ini pergi begitu sahaja.. Telah banyak kejahatan aku lakukan tanpa pengetahuan dia.. Sekarang, aku sedar jika dia bukan untuk aku.. Kerana, aku bukan lelaki yang baik dan sesuai untuk membimbing dia.. Sedangkan aku selama 2 tahun setengah ini banyak melakukan dosa..

Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik.. Aku memang bukan yang terbaik untuk kau.. Aku takut buat masa ini dan selamanya, aku tidak bisa nak menjadi Imam yang akan membawa kau ke jalan yang sepatutnya..

Aku rasa bersalah, malu dan berdosa dengan apa yang aku lakukan.. Aku kembali kepada diri aku sewaktu bersama rakan-rakan yang sering mengingati aku tentang dosa pahala.. Yang akan membimbing aku.. Dan yang bersama langkah dengan aku untuk kembali ke jalan yang lurus.. Aku mahukan sahabat yang menyokong aku daripada belakang, kembali ke pangkuan jalan..

Bukan dengan memerli aku.. Mengatakan semula kisah silam yang pernah aku buat.. Membuatkan aku terus berasa dalam keadaan berdosa dan bersalah sepanjang hidup ku..

Aku tahu, ada rakan aku yang kurang senang dengan aku sekarang.. Kerana kalian bukan kawan aku daripada kampung halaman aku yang pernah sama-sama mengajak orang mendirikan solat.. Kalian kenal aku dalam keadaan aku berada di zaman Jahiliah..

Memang, selama 2 tahun ini banyak perkara jahat dan berdosa yang telah aku lakukan yang sahabat-sahabat kampung aku tak tahu dan kalian kawan-kawan aku di IPTA tahu.. Ini kerana selama aku di sini aku tinggalkan majlis ilmu yang pernah aku aku dengari.. Aku banyak tinggalkan semua perkara yang aku lakukan.. Aku terus berubah menjadi orang yang berlainan.. Terus jadi jahil agama sedangkan aku tahu hukum hakam tentang agama kerana latar belakang aku daripada orang yang mementingkan agama..

Kini, aku ingin kembali berubah.. Menjadi insan yang tahu agama dan kembali mengamalkannya.. Aku tidak dapat menutup mulut orang.. Itu adalah mereka.. Dan aku jua tidak akan salahkan mereka.. Kerana, mereka tahu setiap apa yang sudah aku lakukan..

Kini jua, setelah aku kehilangan Nur Elysza Umira Binti Mat Diyan.. Aku sedar, aku harus kembali.. Kembali menjadi insan yang sebelum aku mengenal dia.. Aku jua sedar, langit tidak selalunya cerah.. Jika Allah nak tarik nikmat hambaNya, bebila masa sahaja.. Tidak kira tempat mahupun masa.. Kerana, kita ini hidup di bumi ciptaanNya..

Aku ini insan yang terhina.. Ya Allah, Engkau tuhan yang Maha Pengampun dan menerima taubat setiap hambaMu yang ingin kembali bertaubat.. Aku bermohon, agar terus berada di bawah lindunganMu.. Menjadi hamba yang sering mengingatiMu setiap masa ku.. Ya Allah ya Rabbku.. Aku bermohon.. Agar diketemukan jodoh yang bersesuaian dengan hambaMu ini.. Kerana setelah apa yang telah hambaMu ini lakukan, hanya Engkau sahaja tahu siapa yang sesuai dan layak untuk hambaMu ini.. Amin..

17 Jan 2014

Tahniah dan maaf lambat mengucapkan ianya di dalam blog saya.. Perkenalan 3 tahun kita, kini tinggal kenangan.. Mungkin saya lambat untuk menerima takdir bahawa awak kini sudah menjadi tunangan orang.. Sedangkan saya di sini menunggu awak selama 3 tahun untuk menjadikan awak yang Halal Bagi saya.. Namun itulah namanya lumrah kehidupan..

Saya terpaksa menerima semuanya.. Walaupun sukar bagi saya untuk melupakan awak.. Awak, saya masih lagi berpengang dengan janji saya pada awak selama ini.. Selama 3 tahun saya pegang janji saya.. Tidak pernah terlintas di benak fikiran saya untuk sesekali melupakan janji saya kepada awak..

Awak, tarikh 17 Januari 2014.. Tarikh itu di mana saya tidak akan lupakan.. Walaupun perit nak menerima ujian yang telah diberi.. Namun saya tahu.. Allah swt sudah merencanakan apa yang terbaik dalam hidup saya.. Saya terpaksa melalui hidup saya tanpa awak di sisi saya lagi..

Awak, saya terpaksa pergi dalam hidup awak.. Saya tak nak jadi perosak kepada sebuah masjid yang akan dibina.. Andai awak benar sebahagian yang saya cari selama ini.. Saya akan berdoa.. Tapi untuk seketika ini.. Saya nak terus menerus mendekatkan diri saya kepada Allah swt.. Saya mahu teguhkan agama saya.. Agar suatu hari nanti.. Andai saya sudah menjumpai sebahagian agama saya untuk melengkapkan agama saya.. Saya dapat menjadi Imam dalam setiap solatnya..

Terima kasih awak kerana pernah hadir dalam hidup saya selama 3 tahun ini.. Awak jangan risau, saya bukannya insan yang sangat jahil tentang agama nak buat sesuatu yang akan bertentangan dengan agama untuk mendapatkan awak.. Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..

Nur Elysza Umira Binti Mat Diyan.. Andai engkau bidadariku.. Kita akan bersama dengan izin Allah.. Jika bukan.. Ya Allah, engkau buanglah semua perasaan sayang yang pernah wujud dalam hidupku untuk dia.. Agar suatu hari nanti andai aku sudah menjumpai sebahagian agama ku.. Aku tidak akan menimbulkan syak wasangka dan keraguan kepada bakal makmum ku..