Wednesday, May 14, 2014

Dugaan Diberi Bersebab

Assalamualaikum..
Hari ini admin ada satu cerita nak dikisahkan.. Harap kalian bacalah..

Dalam hidup ini, banyak dugaan yang telah kita hadapi, sedang kita hadapi dan bakal kita hadapi.. Kita tidak bisa lari daripada dugaan dugaan yang telah direncakan oleh Allah swt.. Betapa susah pun seorang insan itu cuba mengelakkan dirinya daripada dugaan, pasti jua akan diketemui dugaan itu.. Baik yang kehidupannya senang mahupun sebaliknya, pasti ada dugaan untuknya.. Dugaan ini bukan apa, ianya untuk kita mengingati Allah swt.. Untuk mengingati bahawasanya kita ini adalah hambaNya..

Dugaan dicipta bukan semata mata untuk menyusahkan seseorang itu.. Allah swt lakukannya bersebab.. Dan setiap dugaan Allah swt timpakan untuk hamba-hambaNya adalah berlainan dalam satu satu masa.. 

Dugaan yang Allah swt timpakan, terdapat dalam banyak faktor :


  • Kesenangan

Ada kalanya dugaan yang Allah timpakan untuk hambaNya daripada segi kesenangan.. Itu untuk melihat apakah ia terleka dengan kesenangan yang diberi Allah swt.. Siapa tidak suka kepada dengan kehidupan yang senang ? Namun, ada kalanya, manusia itu akan terlupa dengan kesenangan yang diberi oleh Allah swt..
Sebagai contoh :

Dulu ada keluarga yang taat kepada perintah Allah swt, kerana kehidupannya sungguh susah sekali.. Namun setelah bertahun tahun bersilih ganti.. Alhamdulillah, kehidupannya berubah.. Duitnya melimpah dapat bak durian runtuh.. Selepas itu kehidupannya senang lenang, sampaikan mereka lupa kepada Allah swt.. Mereka lupa siapa yang beri mereka rezeki yang melimpah ruah ini.. Mereka lupa untuk mengerjakan perintah Allah akibat terleka dengan kesenangan yang ada pada mereka..

Di sini selalu terjadi, kerana apa ? Kerana mereka lupa dan syaitan sudah berbisik kepada telingan mereka bahawa kesenangan memberi mereka segalanya dalam hidup.. MasyaAllah.. Syaitan amat suka dengan manusia manusia yang sebegini kerana terlalu leka dengan kemewahan yang sudah mereka kecapi..

Kalian, ketahuilah bahawasanya kesenangan yang sedang dikecapi itu, bukanlah untuk selamanya.. Maka dengan itu, jangalah lupa semasa kehidupan anda senang.. Nanti kelak, anda jua akan menyesal tidak kesudahan dengan apa yang telah anda lakukan diwaku senang.. APA GUNA SESALAN, HANYA AKAN MENEKAN JIWA ANDA JUA..

  • Kesusahan
Dugaan dalam bentuk kesusahan amat senang sekali kita lihat dalam kehidupan.. Hari demi hari, pasti kita akan lihat orang yang susah dalam hidup.. Susah ini, bukan adalah selamanya.. Itu namanya Allah nak uji, betapa kuatkah mereka itu untuk meneruskan hidup dalam kehidupan yang sebegini rupa.. Apakah mereka akan mengeluh dan lain lain lagi sewaktu dengannya..

Pasti anda pernah dengar,

Dalam hidup ini, bukan senang.. Sentiasa susah.. Haihhh, kenapalah aku ini hidup susah..

Pastikan ? Ini kerana Allah swt nak melihat hambaNya apakah hambaNya yakin dengan janji-janji Allah.. Apakah hambaNya terus menerus berdoa meminta padaNya ? Allah jua mahu melihat apakah hambaNya sudah berputus asa kerana hidup dalam keadaan susah.. Jangan risau, rezeki itu datangnya daripada Allah swt.. Mana tahu suatu hari nanti, dengan izin Allah, pasti akan berubah.. Lagi pun bak pepatah :

Janganlah anda berfikir derita hidup ini akan berpanjangan.. Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan, setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali

Mungkin Allah timpakan kesusahan ini bersebab.. Mungkin jua di akhirat kelak Allah swt memberi ganjaran di sana.. Kita tidak tahu.. Kerana ini semua, hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..

Ujian atau dugaan yang Allah timpakan kepada hambaNya adalah tarbiyah daripada Allah untuk hambaNya.. Ini untuk melihat, apakah kita ini sebagai manusia bersabar ataupun sebaliknya.. Maka dengan itu, admin berharap kalian tidak sesekali melupakan Allah swt dalam apa jua kalian sedang hadapi.. Janganlah risau di atas dugaan atau ujian diberi Allah swt.. Pasti ada hikmah disebaliknya..

Setiap yang berlaku pasti ada sesuatu.. Lagi pun Allah rencakan sesuatu itu pasti bersebab.. Kita sebagai hambaNya, janganlah lupa untuk meminta pertolongan ataupun bersyukur dengan apa yang berlaku kepada diri kita..

No comments:

Post a Comment