Friday, May 9, 2014

Result UiTM

Assalamualaikum kepada sesiapa yang membaca blog aku..
Hari ini, saya nak bercerita mengenai keputusan result uitm..

Hari ini, result uitm dah keluar.. Pasti rakan rakan uitm semua berdebar debar untuk tahu keputusan anda semua kan.. Maka hari hari yang dinantikan sudah tiba.. Result sudah keluar, apalagi pergi lah tengok.. Bagi yang melihat di email, sudah semestinya sudah keluar tapi bagi yang melihat di "student portal" pula, anda akan mendapat tahu keputusannya pada pagi ini.. Jangan risau dan jangan gusar.. Keputusan sudah pun keluar, maka itulah hasilnya selama satu semester anda belajar.. Sama ada anda bersungguh sungguh ataupun sebaliknya.. Itulah dia hasil daripada pembelajaran anda semua.. 

Jangan menyesal sudahlah, siapa suruh tidak berusaha selama satu semester ini.. UiTM bagi kita 6 bulan, maka manfaatkannya untuk belajar bersungguh sungguh agar mendapat keputusan yang cemerlang..

Bagi untuk saya pula, pelajar Diploma Business Studies yang masih lagi belajar di uitm.. Masih lagi tidak melihat keputusan lagi.. Biarpun aku boleh sahaja melihatnya sekarang di email, namun aku tidak mahu lagi untuk melihat keputusan semasa aku selama satu semester ini.. Bukannya takut ataupun gementar.. Ini kerana cerita tanya menanya mengenai keputusan kita berapa.. Memang daripada zaman peperiksaan awam sekolah rendah dulu aku tidak suka hebohkan keputusan aku..

Aku tahu, untuk seminggu ini.. Orang akan sibuk menanyakan.. Maka nanti, aku akan jawabnya dengan sejujurnya dan seikhlasnya yang aku masih lagi tidak melihat keputusan aku.. Aku mahu ia berlalu pergi dan menjadi senyap.. Ketika itulah baru aku akan melihat keputusan aku.. Dan pada hari itu jua aku akan update post baru mengenai keputusan aku.. Sama ada aku mendapat 4flat, 3pointer above atau sekadar 2pointer above..

Aku harap, keputusan aku cemerlang sudahlah.. Nak 4flat tu, entahlah, rasanya tidak tercapai lagi untuk semester kali ini.. Tapi untuk mendapat 3pointer above, in shaa Allah.. Aku berdoa agar dapatlah keputusan yang sebegitu.. Bukan apa, aku cuma nak melihat ummi walid aku lega sudah dengan keputusan yang aku dapat..

Aku ini bukannya pandai.. Rajin ? Lagilah jauh tersasar untuk aku merajinkan diri.. Tapi, aku sudah usaha sehabis mungkin.. Aku yakin dengan apa yang aku lakukan selama satu semester ini, akan membuahkan hasil yang bagus.. Sudah 5 bulan aku bercucuk tanam, inilah masanya untuk aku mendapat hasilnya..

Untuk kawan kawan aku yang masih ada lagi di uitm, aku berharap kalian akan mendapat keputusan yang baik.. Sama jua yang mengenali aku, begitu jua yang aku harapkan.. Kita sama sama berjuang untuk meneruskan pembelajaran bagi semester akan datang.. Bagi yang akan "graduate" bulan ini.. Aku berharap keputusan kalian jua, baik baik.. Kerana, kalian sudah tamat belajar.. Tak tahulah jika kalian sayangkan uitm, nak sambung semester lagi.. Heeeee

Oh.. Untuk yang ingin tahu keputusan aku.. Nantikan sahaja post aku akan datang.. In shaa Allah, aku akan menulisnya di sini.. Sekian sahaja daripada aku.. Dan terima kasih sesiapa yang sudi membaca..

No comments:

Post a Comment