Wednesday, February 26, 2014

Aku Suka Dia Tapi Kerana Kisah Aku, Aku Takut

Ini hari, aku update sekali 2 kali.. Bukan kerana apa.. Sementara ayat-ayat itu masih ada dalam benak fikiran aku.. Lebih baik aku update, jika tidak.. Maka sia-sialah dan hilanglah ia dengan begitu sahaja..

Kali ini aku nak bercerita.. Aku ada kenal dengan seorang perempuan ini.. Aku kenal lama tapi baru semester ini aku tegur dia.. Itu pun sebulan sebelum ex aku menerima risikkan orang.. Ini jua semester kedua dia dalam kelas ini.. Kerana sebelum ini dia berada di dalam kelas yang lain.. Nama ? Penghujung cerita baru aku akan tuliskan.. Buat masa ini, cuba layankan apa yang akan aku tulis..

Dia bijak, comel dan pandai hal-hal dapur (masak dan mengemas).. Perempuan mestilah tahu semua inikan.. Malu lah jika tak tahu kerana umur sudah 21 tahunkan.. Aku ada sedikit perasaan pada dia.. Tipulah siapa pandang dia tidak terpikat.. Untuk sementara ini, aku dengan dia hanyalah sekadar kawan.. Jika aku sayang, aku dah tak nak buat "couple".. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku..Namun disini aku ingin mengatakan..

Aku dengan dia dah macam langit dan bumi.. Aku ini dah macam negetif dia.. Aku memang ada perasaan kat dia.. Cuma yang aku takutkan.. Jika dia tahu siapa aku sebelum ini.. Wallahu'alam apa akan jadi pada perhubungan kami sekarang.. Aku tak nak lah berharap sangat.. Kerana aku kena juga tengok diri sendiri.. Aku kena tengok cermin daripada atas ke bawah untuk ukur baju pada badan sendiri..

Dia dah macam 1000 langkah jauh daripada aku kehadapannya.. Sedangkan aku ini, masih lagi terkapai-kapai dibelakang.. Lemas dalam lautan dosa yang pernah aku lakukan dulu.. Bukan apa.. Jika dia tahu kisah silam aku.. Mahu dia akan terus pergi tak akan berkawan dengan aku..

Aku JAHAT.. Aku TERUK.. Aku NAJIS.. Bangkai yang berbau busuk tetapi disembur dengan minyak wangi untuk menghilangkan bau busuk bangkai itu

Aku tak tahulah jika ini yang akan dia fikirkan.. Kerana jika dia tahu.. Amatlah parah dan padah.. Tapi, aku ingin kembali berubah.. Aku tahu, buat masa ini dia tengok aku macam baik sahaja.. Alhamdulillah, aku jadi begini kerana aku ingin kembali semula ke pangkuan jalan.. Aku ingin keluar daripada dosa-dosa yang pernah aku lakukan.. Tapi aku tahu.. Kisah silam aku masih ada dan akan sentiasa ada di sisi aku tidak kira di mana aku pergi dan apa yang aku jadi sekarang..

Kisah silam akan sentiasa menyelubungi diri aku setiap masa.. Sebab itu buat masa ini, aku perbataskan pergaulan aku bersama dia.. Aku tak nak jadi insan yang mengharap.. Kena sedar siapa diri.. Jika aku benar-benar nak dia.. Aku akan bagi tahu dan dengan izinNya.. Akan bermula orang kata.. Rahsia-rahsia kisah silam aku akan dia tahu.. Sama ada daripada mulut aku, mahupun mulut orang.. Aku takut, takut dia akan membenci aku.. Buat masa ini, aku pendamkan sahajalah..

*******
Tahu kenapa aku ada suka dia.. Sebab dia anak selangor.. Aku sebenarnya cari anak selangor untuk jadi bakal isteri aku.. Kerana aku satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.. Jadi tanggungjawab aku amat besar.. Bukannya aku ini anak yang nak berkepit dengan keluarga.. Cuma nak balas budi sebagai seorang satu-satunya anak lelaki.. Haaaa.. Nama perempuan itu.. Nur Shahira Binti Shaharom.. Asal selangor dan tinggal pun selangor..

No comments:

Post a Comment