Wednesday, February 26, 2014

Taubat Seorang Hamba

Semenjak orang yang pernah aku sayang selama 3 tahun ini dirisik orang dan dia menerima jua risikan itu..  Memang benar hidup aku agak sedikit terumbang ambing.. Namun, setelah beberapa lama.. Aku kembali mengukuhkan (kembali mencari diri aku yang hilang) diri aku semula.. Walaupun agak mengambil masa, namun Alhamdulillah.. Ianya tetap dapat kembali ke jalan yang aku cari..

Sebenarnya bukan itu aku nak cerita.. Sebenarnya selama 2 tahun setengah ini.. Banyak perkara jahat yang telah aku lakukan.. Banyak dosa yang telah aku dapati.. Memang patut cinta aku selama 3 tahun ini pergi begitu sahaja.. Telah banyak kejahatan aku lakukan tanpa pengetahuan dia.. Sekarang, aku sedar jika dia bukan untuk aku.. Kerana, aku bukan lelaki yang baik dan sesuai untuk membimbing dia.. Sedangkan aku selama 2 tahun setengah ini banyak melakukan dosa..

Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik.. Aku memang bukan yang terbaik untuk kau.. Aku takut buat masa ini dan selamanya, aku tidak bisa nak menjadi Imam yang akan membawa kau ke jalan yang sepatutnya..

Aku rasa bersalah, malu dan berdosa dengan apa yang aku lakukan.. Aku kembali kepada diri aku sewaktu bersama rakan-rakan yang sering mengingati aku tentang dosa pahala.. Yang akan membimbing aku.. Dan yang bersama langkah dengan aku untuk kembali ke jalan yang lurus.. Aku mahukan sahabat yang menyokong aku daripada belakang, kembali ke pangkuan jalan..

Bukan dengan memerli aku.. Mengatakan semula kisah silam yang pernah aku buat.. Membuatkan aku terus berasa dalam keadaan berdosa dan bersalah sepanjang hidup ku..

Aku tahu, ada rakan aku yang kurang senang dengan aku sekarang.. Kerana kalian bukan kawan aku daripada kampung halaman aku yang pernah sama-sama mengajak orang mendirikan solat.. Kalian kenal aku dalam keadaan aku berada di zaman Jahiliah..

Memang, selama 2 tahun ini banyak perkara jahat dan berdosa yang telah aku lakukan yang sahabat-sahabat kampung aku tak tahu dan kalian kawan-kawan aku di IPTA tahu.. Ini kerana selama aku di sini aku tinggalkan majlis ilmu yang pernah aku aku dengari.. Aku banyak tinggalkan semua perkara yang aku lakukan.. Aku terus berubah menjadi orang yang berlainan.. Terus jadi jahil agama sedangkan aku tahu hukum hakam tentang agama kerana latar belakang aku daripada orang yang mementingkan agama..

Kini, aku ingin kembali berubah.. Menjadi insan yang tahu agama dan kembali mengamalkannya.. Aku tidak dapat menutup mulut orang.. Itu adalah mereka.. Dan aku jua tidak akan salahkan mereka.. Kerana, mereka tahu setiap apa yang sudah aku lakukan..

Kini jua, setelah aku kehilangan Nur Elysza Umira Binti Mat Diyan.. Aku sedar, aku harus kembali.. Kembali menjadi insan yang sebelum aku mengenal dia.. Aku jua sedar, langit tidak selalunya cerah.. Jika Allah nak tarik nikmat hambaNya, bebila masa sahaja.. Tidak kira tempat mahupun masa.. Kerana, kita ini hidup di bumi ciptaanNya..

Aku ini insan yang terhina.. Ya Allah, Engkau tuhan yang Maha Pengampun dan menerima taubat setiap hambaMu yang ingin kembali bertaubat.. Aku bermohon, agar terus berada di bawah lindunganMu.. Menjadi hamba yang sering mengingatiMu setiap masa ku.. Ya Allah ya Rabbku.. Aku bermohon.. Agar diketemukan jodoh yang bersesuaian dengan hambaMu ini.. Kerana setelah apa yang telah hambaMu ini lakukan, hanya Engkau sahaja tahu siapa yang sesuai dan layak untuk hambaMu ini.. Amin..

No comments:

Post a Comment