Wednesday, February 26, 2014

17 Jan 2014

Tahniah dan maaf lambat mengucapkan ianya di dalam blog saya.. Perkenalan 3 tahun kita, kini tinggal kenangan.. Mungkin saya lambat untuk menerima takdir bahawa awak kini sudah menjadi tunangan orang.. Sedangkan saya di sini menunggu awak selama 3 tahun untuk menjadikan awak yang Halal Bagi saya.. Namun itulah namanya lumrah kehidupan..

Saya terpaksa menerima semuanya.. Walaupun sukar bagi saya untuk melupakan awak.. Awak, saya masih lagi berpengang dengan janji saya pada awak selama ini.. Selama 3 tahun saya pegang janji saya.. Tidak pernah terlintas di benak fikiran saya untuk sesekali melupakan janji saya kepada awak..

Awak, tarikh 17 Januari 2014.. Tarikh itu di mana saya tidak akan lupakan.. Walaupun perit nak menerima ujian yang telah diberi.. Namun saya tahu.. Allah swt sudah merencanakan apa yang terbaik dalam hidup saya.. Saya terpaksa melalui hidup saya tanpa awak di sisi saya lagi..

Awak, saya terpaksa pergi dalam hidup awak.. Saya tak nak jadi perosak kepada sebuah masjid yang akan dibina.. Andai awak benar sebahagian yang saya cari selama ini.. Saya akan berdoa.. Tapi untuk seketika ini.. Saya nak terus menerus mendekatkan diri saya kepada Allah swt.. Saya mahu teguhkan agama saya.. Agar suatu hari nanti.. Andai saya sudah menjumpai sebahagian agama saya untuk melengkapkan agama saya.. Saya dapat menjadi Imam dalam setiap solatnya..

Terima kasih awak kerana pernah hadir dalam hidup saya selama 3 tahun ini.. Awak jangan risau, saya bukannya insan yang sangat jahil tentang agama nak buat sesuatu yang akan bertentangan dengan agama untuk mendapatkan awak.. Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..

Nur Elysza Umira Binti Mat Diyan.. Andai engkau bidadariku.. Kita akan bersama dengan izin Allah.. Jika bukan.. Ya Allah, engkau buanglah semua perasaan sayang yang pernah wujud dalam hidupku untuk dia.. Agar suatu hari nanti andai aku sudah menjumpai sebahagian agama ku.. Aku tidak akan menimbulkan syak wasangka dan keraguan kepada bakal makmum ku..

1 comment: