Alhamdulillah.. Perkara yang ingin aku lakukan telah di laksanakan dengan sempurnanya..
Sesudahnya solat Jumaat, terus aku bersiaplan diri untuk pergi ke FELDA SOHAERTO.. Pergi balik ke kampung halaman sebelah Ummi aku.. Hampir 75 km jualah dari rumah ke kampung, rasanya tapi terasa macam jauh lagi.. Perginya aku hanya berseorangan dengan menaiki kenderaan aku sendiri..
Sesudah sampainya sana, aku terus menziarahi kubur arwah atok ku.. Aku membersihkan kubur sebelum masuknya bulan puasa.. Sambil itu., membaca yasin untuk arwah atok ku.. Sesudah itu, aku pergi melawat rumah di kampung.. Nampak masih lagi sama kerna tiada siapa yang tinggal rumah itu.. Balik pun hanya sebulan sekali..
Aku terlupa untuk mintak pintu rumah kampung dekat nenek.. Sekarang nenek tinggal bersama anak ketiganya.. Aku terpaksalah jenguk daripada luar je.. Sesudah itu, aku terus pergi singgah ke rumah sahabat lama aku di kalumpang. Sahabat lama aku dari sekolah agama..
Terasa seronok apabila dapat berjumpa semula dengan dia.. Pelbagai cerita kami cerita.. Tup tup, borak punya borak sudah dekat pukul 6.00.. Aku terpaksa berlari bersama kuda aku untuk balik ke rumah.. Pelbagai dugaan yang aku tempuh pada hari ini..
Alhamdulillah syukur nikmat.. Segala perancangan aku dapat di laksanakan.. Kubur sudah bersih.. Terasa penat sungguh hari ini...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesungguh terharu ku mndngar wahai sahabat karibku..ku juge bersyukur pada yang 1 kerana memberi seorang sahabat seperti mu..yang tidak mudah alpa serta lupe walaupun kite tidak lagi berada di 1 tempat yang sama..terima kasih ku ucapkan kerana mengingati ku sebagai seorang yang di gelar sahabat...semoga allah memberkati hidupmu di dunia dan di akhirat wahai saudare ku:)
ReplyDelete