Apa yang sudah terjadi kepada sahabat aku berdua ini.??? Banyak perubahan sudah berlaku.. Pelbagai cerita yang aku sudah dengari memasuki dua telinga ku ini.. Apakah kamu berdua hanya ingat duniawi sahaja.. Kejar dunia.. Di manakah akhirat kamu berdua.???
Aku bukannya apa.. Aku ini bukanlah seorang insan yang sempurna, ada banyak jua kekurangan dalam diri ini.. Tetapi kenapa kamu berdua boleh menjadi sedemikian.??? Apakah kamu berdua sudah lupa.??? Bahwa kita hidup di dunia ini sementara.. Sampai masanya kita akan pergi meninggalkan semua yang kita ada di dunia ini..
Aku harap agar kamu berdua dapat berubah.. Kerna aku tak nak hanya aku seorang sahaja yang berubah ke jalan yang benar.. Aku hendak kamu berdua dapat ikut aku sekali.. Seseorang mengatakan aku ini dan seorang lagi ini.. Entah lah.. MasyaAllah..
Apa yang sudah kalian lakukan.??? Aku mintak agar kamu berdua dapat kembali ke jalan yang benar.. InsyaAllah, dengan kembalinya kamu berdua ke jalan yang benar.. Apa sahaja masalah yang menghantui diri kamu berdua akan terjawab sedikit demi sedikit..
Aku dah tak anggap kamu berdua sebagai MEMBE tetapi aku menganggap kamu berdua sebagai SAHABAT.. Sahabat yang akan berkekalan selamanya.. Aku akan sedih jikalau kamu berdua tidak berubah..
Jikalau kamu berdua hendak mencari aku, aku tidak kemana.. Aku sentiasa ada di sini.. Tetapi akan aku tidak tahu jikalau semasa kamu berdua ingin berjumpa dengan aku, aku sudah tiada lagi.. Esok siapa yang mengetahuinya.. Apakah kita akan hidup atau pergi buat selamanya.. Setiap detik itu amat berharga..
InsyaAllah, jika dapat aku bantu kamu berdua.. Akan aku bantu.. Kerna kamu berdua adalah sahabat aku bukan membe aku....
No comments:
Post a Comment