Monday, December 13, 2010

Pengembaraan Yang Terlalu Jauh

Sudah terlalu jauh aku mengembara untuk mencari makna erti kehidupan ku di dunia yang sementara ini.. Ke sana sini tanpa hala tujuan, aku terus mengembara tanpa aku menyedari bahawa sudah terlalu jauh kaki ini melangkah pergi daripada kampung halaman.. Erti kehidupan aku tiada maknanya kerana telah aku salah erti akan erti makna kehidupan aku yang sebenar.. Subhanallah..

Aku berjalan dari setiap pelosok tempat, yang aku tidak tahu apakah tempat itu sebenarnya.. Dalam aku mengembara, aku melihat pelbagai gelagat manusia yang aku jumpai sewaktu aku mengembara.. Ada yang gembira hinggakan terlupa akan sesuatu dan ada pula yang berduka tetapi gembira..

Kini, aku merasakan lelah sewaktu menempuh onak duri dalam mengembara, sehinggakan aku sesat dan sukar bagi aku untuk mencari jalan untuk kembali.. Aku telah turutkan hati aku yang buta dan pasrah pada-Mu tuhan atas setiap perkara yang telah aku lalui sewaktu aku mengembara.. Kerana Engkau lah menentukan segala apa yang berlaku setiap perkara yang berlaku, aku hanya hamba-Mu yang tidak mengerti akan apa-apa yang berlaku di sekeliling ini..

Engkau menciptakan dunia ini penuh dengan pancaroba, penuh dengan tipu muslihat dan dugaan.. Sudah tidak terdaya rasanya bagi aku untuk melangkah bagi meneruskan pengembaraan aku bagi mencari erti kehidupan.. Pimpinlah langkah hamba-Mu yang kedil dan hina ini agar tidak aku kesesatan dari jalan syurga-Mu yang hamba-Mu idam-idamkan selama ini.. Kerana tidak aku terdaya pula aku untuk menahan seksa neraka-Mu..  Selain itu, tidak pula layak ku ke syurga kerana terlalu banyak dosa yang telah hamba-Mu ini lakukan.. Dosa yang setinggi gunung, dosa yang sebanyak buih di lautan.. Kerna aku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan.. Sering ku terlupa, sering juga daku terleka dengan nikmat-Mu yang melimpah ruah di depan mata..

No comments:

Post a Comment