Kesemua tentera-tentera yang lain berehat bagi persiapan pertempuran lagi 2 hari ini.. Sejarah akan tercipta pabila aku akan menang dalam pertempuran yang boleh dikatakan amat terpenting di dunia yang sementara ini.. Pertempuran yang akan aku hadapi, tidak ada siapa yang akan mati tetapi yang akan tewas pasti akan ada kerna inilah namanya sebuah pertempuran yang diadakan setiap tahun di seluruh Malaysia.. Tidak akan ada pertumpahan darah tetapi pertumpahan air liur basi, InsyaAllah sentiasa ada pada setiap tahun dalam pertempuran ini..
Strategi pertempuran telah aku rancang dengan sebaik-baiknya.. Tetapi, tidak akan aku tahu bahwa aku akan selamat ketika dalam persiapan menuju ke medan pertempuran.. Kerna, aku hanya boleh menghitung hari yang lampau tetapi aku tidak boleh mengira hari yang akan datang.. Bukan sahaja hari, tetapi apakah aku boleh mengira sesaat yang akan datang dalam hidup aku ???
Ajal maut, hanya Allah sahaja yang mengetahui akannya, jadi, aku berserah kepada-Nya sekiranya ajal aku sampai ketika aku belum lagi berada dalam medan pertempuran.. Tetapi, segala usaha keras aku dalam melaksanakan strategi bagi berjaya dalam pertampuran ini, akan aku gunakan kesemuanya sehingga tiada apa yang tinggal lagi daripada diri aku ini..
17 tahun aku menghadap papan, 17 tahun aku menghadap buku, 17 tahun aku pergi balik markas, 17 tahun aku berlatih di dalam pertempuran, dan 17 tahun aku belajar strategi-strategi baru bagi berjaya dalam pertempuran ini.. InsyaAllah, dengan izin Allah azza wa jalla, aku akan berjaya dengan izin-Nya .
Telah aku berusaha keras, moga akan aku dapat hasilnya kelak.. Pertempuran ini, akan menentukan sama ada aku ini boleh berjaya ataupun tidak.. Sijil Pelajaran Malaysia, inilah dia pertempuran yang akan aku hadapi semasa di dalam medan peperangan..
Doakan aku berjaya, ya Allah, Engkaulah tuhan Yang Maha Mendengar akan segala rintihan hamba-hamba-Mu, Engkau jua tuhan Yang Maha Mengetahui akan segala apa yang berlaku di atas muka bumi ini, yang zahir mahupun yang batin, dan Engkaulah jua tuhan Yang Maha Melihat akan setiap perilaku hamba-hamba Mu di atas muka bumi ini..
Aku memohon taufik dan hidayah-Mu, bantulah akan hamba-Mu ini dalam menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.. Permudahkanlah hamba Mu ini dalam mengingati akan segala pelajaran yang telah hamba Mu pelajari selama ini..
Berikanlah hamba Mu ini ketenangan dan kesabaran dalam menjawab peperiksaan SPM pada tahun ini..
Sesungguhnya kepada Mu aku berserah dan kepada Mu jua aku memohon pertolongan kerna hanya Engkau sahaja yang boleh memberikan pertolongan..
No comments:
Post a Comment