Wednesday, November 10, 2010

Perjuangan ku

Wahai teman seperjuangan ku sekalian..
Masanya untuk kita menghadapi peperangan sebenar yang akan tiba tidak lama lagi.. Persiapkan diri anda sekalian untuk menghadapinya.. Janganlah kita tewas sebelum memulakan peperangan ini.. Gunakan segala strategi-strategi yang sudah kita pelajari selama ini.. Jangan mengalah ! ! !

Perjuangan ini perjuangan yang terpenting untuk kita semua yang lahir pada tahun 1993.. Pelbagai pertempuran sudah kita hadapi, dari kecil hinggalah pada saat dan ketika ini.. Ada yang separuhnya berjaya dalam pertempuran dan ada juga yang tidak.. Yang kalah pada pertempuran yang dahulu tidak semestinya akan kalah lagi.. Jangan jadikan pertempuran yang kalah dahulu sebagai alasan untuk kita tidak boleh menang pada pertempuran pada kali ini.. Yang menang, teruskan usaha kalian untuk meneruskan kemenangan dalam pertempuran kali ini..

Segala ilmu peperangan dan pertempuran telah kita pelajari selama ini adalah kerana pada tahun ini.. Pengorbanan yang kita lakukan ini, adalah untuk Diri Sendiri, bukan untuk orang lain.. Ayuh rakan seperjuangan ku, mari kita mara dan terus mara ke hadapan untuk mengalahkan pihak musuh dan seterusnya menang dalam pertempuran ini ! ! !

Sudah tiba masanya kita bangkit daripada tidur yang lena, bangkit daripada kekalahan yang lalu, bangkit daripada segala-galanya.. Ayuh bangkit rakan seperjuangan ku ! ! ! Tunjukkan kepada Negara mahupun dunia, siapakah Dia tentera-tentera yang di hasilkan oleh satu tempat yang sudah berani, tabah serta cekal dalam menghadapi peperangan yang akan berlaku pada tanggal 23 november 2010 masihi bersamaan dengan 16 zulhijjah 1431 hijrah.. 

Jangan dikatakan Kami, tentera-tentera daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor lemah, tiada daya saing pabila bertempur.. Kami datang dengan kekuatan, fizikal serta strategi yang baharu yang mungkin akan dapat menang dalam pertempuran ini.. Bak kata pepatah, biar putih tulang, jangan putih mata..

Selama 17 tahun Kami hidup, 17 tahun Kami belajar, 17 tahun jua Kami berkorban untuk merancang strategi-strategi yang baharu untuk saat, waktu dan ketika ini.. Kami tidak akan mensia-siakan segala usaha yang sudah Kami lakukan selama ini.. Segala titik peluh kami, merancang untuk menang dalam pertempuran ini, akan Kami gunakan kesemuanya sampailah Kami terkorban semasa dalam peperangan.. Kerne Kamilah yang akan meneruskan kehidupan ini..

Biarpun pertempuran ini tidak sehebat pertempuran yang sedang berlaku di dunia pada masa kini.. Tetapi, inilah pertempuran Kami semua yang lahir pada tahun 1993.. Pertempuran ini yang akan melonjakkan Kami pada masa yang akan datang.. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.. Pulanglah dengan kemenangan, jangan pulang dengan kekalahan..

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), itulah Dia musuh utama Kita selama ini.. Musuh ini, biarpun hanya sehelai kertas, ianya membawa suatu perkara yang amat besar dalam kehidupan Kita.. Ianya boleh merubah Kita pada masa yang akan datang.. Ingatlah, di mana Kita pergi, sehelai kertas itulah yang akan Kita bawa ke mana sahaja tempat yang Kita tujui.. Yakni kertas keputusan SPM Kita.. Jadi, berusahalah dengan seusaha-usahanya kerna Kita yang akan meneruskan kehidupan ini.. Akhir kata daripada saya , Muhammad Nur Zakwan Bin Saiful Zaman, “Sekiranya Saya ingin Berjaya semuanya terletak di atas diri SENDIRI bukan orang lain “berusahalah sampai ke akhirnya ! ! !

No comments:

Post a Comment