Saturday, April 26, 2014

Menerima Hakikat

Assalamualaikum semua..
Ingat lagi tak mengenai aku suka SYAHIRA tu.. Kay ini kesinambungan cerita mengenai gadis yang bernama itu.. Setelah satu semester.. Walaupun tidak seberapa rapat dan cukup dalam mengenali beliau.. Aku kira, Cukuplah sekadar aku suka sahaja.. Untuk melanjutkan ke destinasi seterusnya.. Biarlah aku mengundurkan diri ini..

Aku mengundurkan diri, bukan kerana aku mengalah.. Akan tetapi, sedar diri.. Bukan semua yang kita mahukan, kita akan dapat.. Ada masanya kita kena lepaskan ianya juga.. Adalah baik juga untuk aku melupakan hasrat untuk memiliki beliau.. Mungkin ada hikmah disebalik ini.. Kita tidak tahu apa kebarangkalian untuk hikmah itu adalah baik untuk kita.. Semua ini rencana daripada Allah swt..

Satu lagi, cinta ini tidak boleh dipaksa-paksa.. Siapa kita untuk memaksa orang untuk menyintai kita.. Sedangkan hati beliau, mungkin ada untuk orang lain.. Jika dipaksa cinta itu, bukanlah ianya dinamakan cinta.. Itu namanya bercinta dengan cinta.. Bukan dengan orang yang kita cinta yang ingin dicintai oleh beliau.. Cinta itu indah jika aku sama beliau bercinta kerana Allah dan bertemu jua kerana Allah, malahan membina sebuah masjid jua kerana Allah.. Tapi sekiranya tidak, lebih eloklah untuk aku mengundurkan kaki ini..

Lagi pun keadaan sukar untuk memihak kepada aku.. Tidak mengapalah.. Lagipun, Allah sudah menentukan siapa dia zaujah ku.. Sudah tertulis beribu tahun lamanya sebelum aku dilahirkan..

Kini hati ku sudah mati untuk menerima seseorang.. Cukuplah dengan apa yang sudah terjadi.. Lebih baik aku utamakan cinta ku kepada Allah swt.. Sekarang ini, alhamdulillah, aku sedikit demi sedikit kembali ke dunia dakwah yang pernah aku lakukan dahulu.. Dulu aku pernah bersama tabligh dalam menyebarkan dakwah.. Tetapi semenjak aku di universiti, lamanya aku tinggalkan.. Kini, setelah sekian lamanya, terbuka hati aku untuk kembali berdakwah..

Bukan niat hendak menunjuk-nunjuk.. Tetapi sudah tiba masanya untuk aku kembali seperti dahulu.. Terima kasih jua kepada seorang brother ini, telah mengajak aku semula bertabligh seperti waktu-waktu aku dahulu..

Jadi maka nya, cik Syahira.. Aku sedikit pun tidak ingin mempermainkan cinta dan tidak sesekali jua terlintas untuk mempermainkan cinta.. Tapi kini, aku sudah siap untuk menerima awak sebagai sahabat sahaja.. Mungkin ada insan diluar sana yang lebih layak untuk mendapatkan kasih cinta daripada awak atas kerana Allah swt..

1 comment: