Saturday, January 15, 2011

Subhanallah, hidayat itu milik Allah

Hidayat malam semalam.. Tak pernah aku tashkir budak lama-lama tapi semalam memang cukup lama.. Allah telah membantu aku agar dapat bercakap dengan begitu lancar dan lama.. Muka aku memang sudah tebal kalau hendak jumpa tapi selalu kalau aku jumpa aku bagi tashkir tidak akan lama, sekejap sahaja kerna aku ini memang seorang yang agak pemalas hendak cakap lebar-lebar dan Aku akan selalu berkata;
"hendak tahu lebih lanjut, insyaAllah datang ke surau kerna banyak pahala serta iman akan meningkat" dan "malaikat boleh kira titisan hujan yang jatuh daripada zaman nabi Adam A.S sampai akhir zaman tetapi malaikat tidak boleh kira barang siapa yang berada di jalan Allah biarpun untuk seketika, terus failed mathematics malaikat"...

Selalu memang inilah dia akan aku cakap apabila malas sangat hendak tashkir panjang-panjang.. Akan tetapi malam semalam memang terus hidayat rasanya, panjang aku tashkir budak itu.. Nasib baik dia nak dengar teliti kalau tidak, hurm entah apa lah aku hendak katakan..

Mula-mula, Zariq ganggu budak itu tengah makan, kesian kawan tengah sedap-sedap makan kami menaganggu selera dia.. Selepas itu, kami pun berlalu pergi kerna tidak mahu mengganggu dia sedang makan..

Tidak sampai suku jalan dekat jalan belakang pergi surau fasa 4, dia datang kepada kami..  Apa lagi, dengan izin Allah aku terus mulakan bercakap sebagai mutaqalim dan tashkir budak ini.. Ini pun Ustaz Nizam yang "sore" kan kami pergi jumpa budak ini untuk tashkir dia.. Kalau tak niat kami hendak jalan-jalan sahaja.. hahaha...

Sanggup jugalah dia datang cari kami hendak tahu kenapa kami datang hendak jumpa dia.. Hidayat itu memang milik Allah dan hanya Allah sahaja mengetahui akan hidayat tersebut.. Subhanallah, betapa hebat dan agungnya kebesaran Allah s.w.t.. Apa-apa pun, Allah yang bantu aku semasa bertutur.. Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment