
Selama ini, telah aku mengembara ke merata tempat mencari-cari akan sesuatu yang aku rasa tiada dalam hidup ku.. Pengembaraan ku ini tiada titik hentinya kerna sesuatu yang aku cari selama ini, apakah akan aku jumpa ? Setiap pengembaraan ada kisahnya.. Dalam mengembara, ada kalanya aku berlari, dan ada kalanya aku berjalan sahaja untuk mencarinya.. Tidak akan aku kisah sekiranya pencarian ku ini akan memakan usia.. Kerna ianya amat penting bagi diri ku dalam kehidupan ku dalam mengetahui apa yang ingin aku ketahui.. Kalian mesti memikirkan bahawa aku menampakkan ini seperti tidak mencari namun akan tetapi sebenarnya aku belajar daripada apa yang aku pandang di sekeliling untuk mencarinya dalam pengembaraan ini..
Tetapi, tiada siapa yang mengetahui apa yang sebenarnya aku tercari dan diri aku sendiri jua tidak mengetahui jua apa sebenarnya aku mencari dalam aku mengembara.. Ada kalanya aku merasakan aku terasa seperti orang yang tmembuang masa kerna mencari perkara yang aku sendiri tidak mengetahui apakah sebenarnya perkara tersebut.. Tetapi bagi aku, perkara yang aku lakukan ini pasti ada nilainya dalam hidup ku cuma aku tidak mengetahui akan apakah yang aku cari sebenarnya..
Yang aku ketahui, akan aku meneruskan jua perjalanan pengembaraan ini selagi hayat ku dikandung badan.. Selagi nadi ku berfungsi, selagi itu akan aku carinya tidak kira di mana sahaja.. Bagi aku, pengambaraan aku penuh dengan cabaran dan dugaan yang harus aku tempuhi.. Tiada yang mudah jika hendak mendapatkan sesuatu yang amat bernilai.. Kerna itu, aku perlukan persiapan yang lengkap dalam menempuhinya untuk pengembaraan seterusnya..
Pada saat ini, pengambaraan aku tidakkah sejauh mana.. Tetapi akan aku terusankannya sehingga aku dewasa nanti.. Akan aku teruskannya jua walau ke mana sahaja kaki aku melangkah pergi untuk mencari akannya..
Harta, Pangkat, Tahkta, Kemewahan dan apa sahaja dengannya tidak aku perlukan dalam pencarian sewaktu mengembara kerna ianya bagi aku amat menyusahkan.. Dan ianya jua akan membuatkan aku lalai serta leka sewaktu pengembaraan ini..
Harta, Pangkat, Tahkta, Kemewahan dan apa sahaja dengannya tidak aku perlukan dalam pencarian sewaktu mengembara kerna ianya bagi aku amat menyusahkan.. Dan ianya jua akan membuatkan aku lalai serta leka sewaktu pengembaraan ini..
Dalam pengembaraan aku ini, yang di perlukan hanyalah iman di sisi bukan semua tadi kerna itu semua di dunia sahaja.. Pengembaraan aku ini akan terhenti sekiranya roh aku dipisahkan daripada jasadnya.. Maka, tiada lagi pengembaraan yang akan aku lakukan sewaktu kehidupan ku.. Akan ku pasrah sekiranya tidak menjumpai akan apa yang aku cari selama ini.. Mungkin sesuatu yang aku cari itu tiada di dunia ini kerna Allah s.w.t sahaja mengetahui apa sebenarnya yang aku cari selama ini..
Akan aku ketemuinya jua dengan keizinan-Nya dan aku harus bersabar dalam apa jua keadaan.. Selain itu, dalam mengembara, aku belajar sesuatu yang bernilai dan ianya tiada dalam mana-mana buku.. Kerna, pengalaman dalam aku mengembara, hanya aku seorang sahaja merasai akannya.. Ketahuilah, pengalaman itu guru yang terbaik dalam hidup..
No comments:
Post a Comment