Monday, January 10, 2011

Sungguh Tidak Percaya

Agak tidak aku percaya bahwa pada saat dan ketika ini umur aku sudah 18 tahun.. Sebenarnya baru sahaja 17 tahun 7 bulan 26 hari, tapi siapa yang hendak kira akannya ? Sebenarnya aku malas nak mengira tetapi apakan daya sudah terkira.. Maka dengan itu, inilah umur aku yang sebenarnya kerna tarikh masihi aku di lahirkan pada dunia yang sementara ini 15 mei 1993.. Kena tunggulah lagi 4 bulan 4 hari, tapi secara jujurnya, siapa nak kira, buat penat sahajakan.. Lagipun sebenarnya aku sudah kira lagi, kiranya itulah lagi berapa bulan aku nak masok 18 tahun yang tepat setepatnya..

Sudah tamat juga aku bersekolah dalam berapa tahun ini, pelbagai cabaran, dugaan dan liku-liku dalam menghadapi sebegai seorang pelajar yang sudah aku tempuhi daripada TADIKA hingga SEKOLAH MENENGAH.. Agak sukar untuk aku melupakan setiap apa yang pernah aku lakukan di sekolah selama aku bersekolah ini.. Yang baik tak nampaklah aku buat, tapi yang Jahat sememangnya terlebih nampaklah.. Hahahahaa..

Kini, aku terasa ganjil pula pabila sudah tidak akan pakai lagi memakai baju, seluar, kasut dan beg sekolah..  Namun bagaimanapun, terima sahajalah bahawasanya aku tidak akan lagi pergi ke sekolah yang bernama sekolah lagi untuk selepas ini.. Kesemua ini dah berlalu dalam hidup aku untuk selamanya dan tidak akan kembali lagi bagi aku untuk tempuhi kali kedua dan selamanya.. Aku akan jadikan ianya sebagai kenangan yang akan aku cuba ingat..

Biarpun umur aku belum lagi cukup haul lagi untuk mencapai 18 tahun, biarpun jika di ikutkan sekiranya masuk tahun baru umur memang akan terus pergi ke 18 tahun.. Namun aku merasakan bahawa, perangai aku memang tak macam 18 tahun, macam budak-budak yang masih lagi dalam alam persekolahan, rasanya..

Walaupun ada sesetengah orang mengatakan umur aku 23 tahun dan sambung belajar universiti.. Perh, muka aku nampak agak dewasa daripada umur tetapi perangai agak muda daripada umur.. Hahaha... Macam-macamlah dunia ini akan cerita dan tanpa henti.. Sebenarnya aku tak rasa sekarang bahawa aku ini sudah berumur 18 tahun tetapi 15 atau 16 tahun adalah sebenarnya.. Ini sekadar apa yang aku rasakan tapi muka aku nampaklah akan kedewasaannya pula, haish.. Nak buat macam mana, kalau diorang tanya aku kerja dekat mana, InsyaAllah Aku akan cakap aku tengah tunggu keputusan SPM.. Hahaha...

Apa-apa pun inilah diri aku yang sekarang, biarpun tahun baru sudah 10 hari masok tetapi, aku tetap dengan diri aku.. Apakah aku berubah ? Wallahu'alam kerna aku sendiri pun tak tahu sekiranya aku berubah ke tidak sebenarnya.. Setiap orang mempunyai mata dan bisa mengenal orang itu lain-lain caranya, sesetengah akan ada bercakap perubahan dan sesetengah lagi adalah sebaliknya..

Aku tak kisah apa yang orang akan cakap pasal diri aku ini, yang pentingnya aku taat akan perintah Allah azza wa jalla, menghidupkan sunnah Rasullullah s.a.w serta dengar cakap orang yang tua atau hormati mereka dan kasihi yang muda daripada diri aku.. Aku tak nak lari atau terpesong daripada ajaran Allah azza wa jalla kerna ajaran atau agama ini adalah yang suci dan benar di sisi Allah azza wa jalla...

Baiklah, panjang-panjang nanti entah apa pula akan aku melalut.. Sampai disini kisah aku, nantikan yang akan datang... hahaha

No comments:

Post a Comment