Saturday, January 22, 2011

Aku Seorang Pengembara


Selama ini, telah aku mengembara ke merata tempat mencari-cari akan sesuatu yang aku rasa tiada dalam hidup ku.. Pengembaraan ku ini tiada titik hentinya kerna sesuatu yang aku cari selama ini, apakah akan aku jumpa ? Setiap pengembaraan ada kisahnya.. Dalam mengembara, ada kalanya aku berlari, dan ada kalanya aku berjalan sahaja untuk mencarinya.. Tidak akan aku kisah sekiranya pencarian ku ini akan memakan usia.. Kerna ianya amat penting bagi diri ku dalam kehidupan ku dalam mengetahui apa yang ingin aku ketahui.. Kalian mesti memikirkan bahawa aku menampakkan ini seperti tidak mencari namun akan tetapi sebenarnya aku belajar daripada apa yang aku pandang di sekeliling untuk mencarinya dalam pengembaraan ini..

Tetapi, tiada siapa yang mengetahui apa yang sebenarnya aku tercari dan diri aku sendiri jua tidak mengetahui jua apa sebenarnya aku mencari dalam aku mengembara.. Ada kalanya aku merasakan aku terasa seperti orang yang tmembuang masa kerna mencari perkara yang aku sendiri tidak mengetahui apakah sebenarnya perkara tersebut.. Tetapi bagi aku, perkara yang aku lakukan ini pasti ada nilainya dalam hidup ku cuma aku tidak mengetahui akan apakah yang aku cari sebenarnya..

Yang aku ketahui, akan aku meneruskan jua perjalanan pengembaraan ini selagi hayat ku dikandung badan.. Selagi nadi ku berfungsi, selagi itu akan aku carinya tidak kira di mana sahaja.. Bagi aku, pengambaraan aku penuh dengan cabaran dan dugaan yang harus aku tempuhi.. Tiada yang mudah jika hendak mendapatkan sesuatu yang amat bernilai.. Kerna itu, aku perlukan persiapan yang lengkap dalam menempuhinya untuk pengembaraan seterusnya..

Pada saat ini, pengambaraan aku tidakkah sejauh mana.. Tetapi akan aku terusankannya sehingga aku dewasa nanti.. Akan aku teruskannya jua walau ke mana sahaja kaki aku melangkah pergi untuk mencari akannya..

Harta, Pangkat, Tahkta, Kemewahan dan apa sahaja dengannya tidak aku perlukan dalam pencarian sewaktu mengembara kerna ianya bagi aku amat menyusahkan.. Dan ianya jua akan membuatkan aku lalai serta leka sewaktu pengembaraan ini..

Dalam pengembaraan aku ini, yang di perlukan hanyalah iman di sisi bukan semua tadi kerna itu semua di dunia sahaja.. Pengembaraan aku ini akan terhenti sekiranya roh aku dipisahkan daripada jasadnya.. Maka, tiada lagi pengembaraan yang akan aku lakukan sewaktu kehidupan ku.. Akan ku pasrah sekiranya tidak menjumpai akan apa yang aku cari selama ini.. Mungkin sesuatu yang aku cari itu tiada di dunia ini kerna Allah s.w.t sahaja mengetahui apa sebenarnya yang aku cari selama ini..

Akan aku ketemuinya jua dengan keizinan-Nya dan aku harus bersabar dalam apa jua keadaan.. Selain itu, dalam mengembara, aku belajar sesuatu yang bernilai dan ianya tiada dalam mana-mana buku.. Kerna, pengalaman dalam aku mengembara, hanya aku seorang sahaja merasai akannya.. Ketahuilah, pengalaman itu guru yang terbaik dalam hidup..

Sayangnya Keluarga ku ini


Sebagai anak yang pertama atau lebih di katakan sulung, aku perlu menggalas tanggung jawab dalam membantu keluarga aku ini.. Biar sesemak mana pun diri aku  berada kini, keluarga bagi aku tetap yang pertama aku utamakan..

Pernah aku berjanji kepada diri sendiri bahwa akan aku menjaga keluarga ini dengan sebaik-baiknya.. Membantu keluarga dalam apa-apa yang patut aku lakukan sebagai peneraju dalam keluarga ini.. Selain itu jua, telah aku sematkan dalam lubuk hati ini dan ianya tidak akan pudar sampai bila-bila bahawa akan aku menjaga kedua orang tua ku apabila aku sudah besar nanti.. Inilah apa yang telah aku sematkan dalam hati ku sejak berumur 9 tahun kerna selalu walid berkata kepada aku ini;
"Bila Along sudah besar nanti, bawak kereta dan selepas itu nampak orang tua yang berjalan kaki dekat sebelah bahu jalan, Along langgar sahaja percikkan air sehingga basah orang tua itu dan orang tua itulah walid kerna tiada siapa di antara korang yang hendak menjaga walid kerna walid sudah tua dan nyanyok"
Perkataan ini walid sering kali menyebut ketika aku dan angah sewaktu kecil-kecil lagi dan ianya di ulang-ulang bagi mengingati kami siapa yang menjaga kami sewaktu kecil dahulu.. Setiap kali aku dengari akan ayat ini, sayu hati ku dan terus mengalirkan air mata mambasahi pipi, diam tidak berkata..

Kini, biarpun sekarang ayat ini sudah walid tidak sebutnya lagi namun telah aku simpankannya di dalam kotak ingatan ini.. Kerna ayat ini sering membuatkan aku menangis setiap kali dengarnya.. Hati siapa tidak sedih apabila Ayahnya sendiri mengatakan sedemikian itu.. Oleh kerna itu, telah aku berjanji kepada diri sendiri akan aku jaga orang tua aku apabila sudah besar nanti.. Tidak terdetik pun niat utnuk aku akan menghantar orang tua ku ke rumah-rumah orang tua.. Sejahat-jahat aku ini, tidak akan aku hantar kerna inilah niat aku, nazar aku kepada diri sendiri...  

Sebagai abang kepada adik-adik aku, aku jaga mereka dengan penuh perhatian walaupun bukan dengan mata kasar sebenarnya aku tidak pandai dalam menunjukkan bahwa aku sering mengambil berat tentang mereka.. Sering berkasar, tetapi di sebalik kekasaran itu sebenarnya terlindung sayang along terhadap kalian berdua kerna kalianlah adik yang along ada dalam dunia ini.. Along berbuat sedemikian kerna mahu kalian lebih memahami keadaan sebenarnya.. Along tidak kisah sekalipun, sekiranya along lambat belajar atau apa-apa asalkan kalian dapat belajar dengan sungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang baik.. Ini sebenarnya niat Along kepada kalian berdua biarpun kalian pandang Along ini jahatlah, kejamlah dan apa-apa lagi, Along tidak kisah asalkan kalian dapat belajar sesuatu dalan hidup ini..

Pada masa kini, memanglah itu yang kalian fikirkan tetapi suatu hari nanti kalian akan berfikir dengan secara matang kerna apa Along buat sedemikian rupa terhadap kalian pada masa lepas.. Kerna, inilah caranya Along hendak mengajar kalian akan sesuatu pada masa yang akan datang.. Tabah dan cekal dalam setiap liku-liku kehidupan dan fitnah dunia.. Along cuma lakukan tanggungjawab Along sebagai Along kepada kalian berdua adik-beradik..

Sayangnya aku kepada keluarga ini tidak akan pernah pudar walau apa pun terjadi kepada diri aku sekalipun.. Keluarga bagi hidup aku yang pertama untuk selamanya.. Walaupun sebenarnya aku memang tidak pandai dalam mengambil tahu dan mengambil berat secara terang-terang kerna tidak tahu apa yang harus aku lakukan.. Namun, sayang dan ambil tahu itu dalam.. Cuma cara aku menunjukkan itu agak sedikit berbeza.. Selain itu, sekejam, sejahat, dan apa lagi yang sama akannya terhadap aku, bagi aku keluarga adalah segala di dunia ini..

Tuesday, January 18, 2011

Perumpaan gila

Wahai langit yang terbentang luas,
engkaulah peneman diri ku ini
sering membantu akan diri ku
membuatkan aku teringat akan dirinya
tidak pernah lekang di fikiran minda ku
tanpa mengira masa dan dimana..

Wahai awam yang putih,
kepulan mu sering menayangkan wajahnya
dalam setiap kali ku memandang akan mu
senyuman dan tawanya engkau salini
menjadikan dirinya umpama di atas awangan
yang ingin menguatkan kisah ini..

Wahai bulan purnama,
engkau sering kali menjadi perumpamaan
dalam menjalinkan bibik-bibik percintaan
akan tetapi kenapa tidak pada kali ini
kerna engkau
sering menghilangkan diri waktu aku memerlukan mu
untuk menjadi saksi kisah antara kami berdua

Wahai matahari yang terik,
sering kali kau menghangatkan suasana
kisah yang panas engkau hangatkannya lagi
menjadikan kisah ini hangat bagi kami
senyum tawa marah mengangis
di sebabkan kehangatan dalam sebuah kisah..

Wahai angin penyejuk kalbu,
engkau suka membisik kepada diri ku
mengatakan apa yang dirinya lakukan
ada kalanya bisikan mu benar dan sebaliknya
tetapi engkau, yang menyejukkan di sebalik
kehangatan yang berlaku

Wahai lautan terbentang luas,
setenang engkau ada kalanya kami ikuti
tenang menghadapi cabaran yang menimpa
mengharungi dugaan suka duka bersama
ada pun lelah sewaktu menghadapinya
tetapi kami tenang seperti engkau

Si gunung gagah perkasa,
aku harapkan kami seteguh engkau
gagah perkasa biar pun taufan melanda
tetap utuh biar pun apa berlaku
diri ku harapkan
kisah kami jua sebegitu rupa

Apa yang Aku Idamkan

Ya Allah, Rabb ku
tuhan Yang Maha Mendengar akan rintihan hamba-hamba Nya
tidak mengira bangsa dan siapa pun dari seluruh pelosok dunia
aku memohon kepada Mu dan kepada Mu jualah aku berserah
kerna Engkau lah tuhan Yang Berkuasa atas segala apa yang ada

Wahai Rabb ku
aku ini adalah insan yang lemah
tidak mempunyai apa-apa dalam kehidupan
kosong seperti habuk yang bertebangan
bantulah hamba Mu dalam menggapai
apa yang di idamkan

Ya Rabb ku
aku jua insan yang tiada apa-apa
miskin dalam kesemua perkara
tiada apa yang ada dalam hidup ku
berikanlah apa yang ku perlukan
untuk ianya menjadi milik ku

Ya Allah tuhan ku
Engkau lah Allah
yang menguasai akan apa segala yang ada
merajai akan setiap apa yang ada
sering mengetahui apa yang berlaku
Engkau lah Yang Kekal dan Esa

Ya tuhan ku, Allah
Engkau boleh menambahkan
mahupun jua akan sebaliknya
Engkau boleh memberi dan mengambilnya
tanpanya, diri ku sukar untuk memahami diri sendiri

Ya Allah
sedang diri ku bercelaru
ianya semakin jauh pergi dalam hidup ku
meninggalkan aku tergapai berseorangan dibelakang
langkah ku terhenti sukar untuk bergerak

Ya Allah
sesungguhnya apa yang ku katakan
Engkau tahu akan apa yang tersurat dan tersirat
bukan benda atau makhluk yang ku inginkan
ianya umpama secebis mutiara
sukar untuk mendapatkannya
melainkan jika ku usaha akannya

Ya Allah
jangan lah Engkau merundumkan apa yang ku ada
tetapkan lah ia nya dalam hati ku ini
dan bantu lah hamba Mu dalam perolehinya lagi
agar tidak ku pergi dalam keadaan yang tiada iman di sisi...

Saturday, January 15, 2011

Subhanallah, hidayat itu milik Allah

Hidayat malam semalam.. Tak pernah aku tashkir budak lama-lama tapi semalam memang cukup lama.. Allah telah membantu aku agar dapat bercakap dengan begitu lancar dan lama.. Muka aku memang sudah tebal kalau hendak jumpa tapi selalu kalau aku jumpa aku bagi tashkir tidak akan lama, sekejap sahaja kerna aku ini memang seorang yang agak pemalas hendak cakap lebar-lebar dan Aku akan selalu berkata;
"hendak tahu lebih lanjut, insyaAllah datang ke surau kerna banyak pahala serta iman akan meningkat" dan "malaikat boleh kira titisan hujan yang jatuh daripada zaman nabi Adam A.S sampai akhir zaman tetapi malaikat tidak boleh kira barang siapa yang berada di jalan Allah biarpun untuk seketika, terus failed mathematics malaikat"...

Selalu memang inilah dia akan aku cakap apabila malas sangat hendak tashkir panjang-panjang.. Akan tetapi malam semalam memang terus hidayat rasanya, panjang aku tashkir budak itu.. Nasib baik dia nak dengar teliti kalau tidak, hurm entah apa lah aku hendak katakan..

Mula-mula, Zariq ganggu budak itu tengah makan, kesian kawan tengah sedap-sedap makan kami menaganggu selera dia.. Selepas itu, kami pun berlalu pergi kerna tidak mahu mengganggu dia sedang makan..

Tidak sampai suku jalan dekat jalan belakang pergi surau fasa 4, dia datang kepada kami..  Apa lagi, dengan izin Allah aku terus mulakan bercakap sebagai mutaqalim dan tashkir budak ini.. Ini pun Ustaz Nizam yang "sore" kan kami pergi jumpa budak ini untuk tashkir dia.. Kalau tak niat kami hendak jalan-jalan sahaja.. hahaha...

Sanggup jugalah dia datang cari kami hendak tahu kenapa kami datang hendak jumpa dia.. Hidayat itu memang milik Allah dan hanya Allah sahaja mengetahui akan hidayat tersebut.. Subhanallah, betapa hebat dan agungnya kebesaran Allah s.w.t.. Apa-apa pun, Allah yang bantu aku semasa bertutur.. Alhamdulillah...

Monday, January 10, 2011

Sungguh Tidak Percaya

Agak tidak aku percaya bahwa pada saat dan ketika ini umur aku sudah 18 tahun.. Sebenarnya baru sahaja 17 tahun 7 bulan 26 hari, tapi siapa yang hendak kira akannya ? Sebenarnya aku malas nak mengira tetapi apakan daya sudah terkira.. Maka dengan itu, inilah umur aku yang sebenarnya kerna tarikh masihi aku di lahirkan pada dunia yang sementara ini 15 mei 1993.. Kena tunggulah lagi 4 bulan 4 hari, tapi secara jujurnya, siapa nak kira, buat penat sahajakan.. Lagipun sebenarnya aku sudah kira lagi, kiranya itulah lagi berapa bulan aku nak masok 18 tahun yang tepat setepatnya..

Sudah tamat juga aku bersekolah dalam berapa tahun ini, pelbagai cabaran, dugaan dan liku-liku dalam menghadapi sebegai seorang pelajar yang sudah aku tempuhi daripada TADIKA hingga SEKOLAH MENENGAH.. Agak sukar untuk aku melupakan setiap apa yang pernah aku lakukan di sekolah selama aku bersekolah ini.. Yang baik tak nampaklah aku buat, tapi yang Jahat sememangnya terlebih nampaklah.. Hahahahaa..

Kini, aku terasa ganjil pula pabila sudah tidak akan pakai lagi memakai baju, seluar, kasut dan beg sekolah..  Namun bagaimanapun, terima sahajalah bahawasanya aku tidak akan lagi pergi ke sekolah yang bernama sekolah lagi untuk selepas ini.. Kesemua ini dah berlalu dalam hidup aku untuk selamanya dan tidak akan kembali lagi bagi aku untuk tempuhi kali kedua dan selamanya.. Aku akan jadikan ianya sebagai kenangan yang akan aku cuba ingat..

Biarpun umur aku belum lagi cukup haul lagi untuk mencapai 18 tahun, biarpun jika di ikutkan sekiranya masuk tahun baru umur memang akan terus pergi ke 18 tahun.. Namun aku merasakan bahawa, perangai aku memang tak macam 18 tahun, macam budak-budak yang masih lagi dalam alam persekolahan, rasanya..

Walaupun ada sesetengah orang mengatakan umur aku 23 tahun dan sambung belajar universiti.. Perh, muka aku nampak agak dewasa daripada umur tetapi perangai agak muda daripada umur.. Hahaha... Macam-macamlah dunia ini akan cerita dan tanpa henti.. Sebenarnya aku tak rasa sekarang bahawa aku ini sudah berumur 18 tahun tetapi 15 atau 16 tahun adalah sebenarnya.. Ini sekadar apa yang aku rasakan tapi muka aku nampaklah akan kedewasaannya pula, haish.. Nak buat macam mana, kalau diorang tanya aku kerja dekat mana, InsyaAllah Aku akan cakap aku tengah tunggu keputusan SPM.. Hahaha...

Apa-apa pun inilah diri aku yang sekarang, biarpun tahun baru sudah 10 hari masok tetapi, aku tetap dengan diri aku.. Apakah aku berubah ? Wallahu'alam kerna aku sendiri pun tak tahu sekiranya aku berubah ke tidak sebenarnya.. Setiap orang mempunyai mata dan bisa mengenal orang itu lain-lain caranya, sesetengah akan ada bercakap perubahan dan sesetengah lagi adalah sebaliknya..

Aku tak kisah apa yang orang akan cakap pasal diri aku ini, yang pentingnya aku taat akan perintah Allah azza wa jalla, menghidupkan sunnah Rasullullah s.a.w serta dengar cakap orang yang tua atau hormati mereka dan kasihi yang muda daripada diri aku.. Aku tak nak lari atau terpesong daripada ajaran Allah azza wa jalla kerna ajaran atau agama ini adalah yang suci dan benar di sisi Allah azza wa jalla...

Baiklah, panjang-panjang nanti entah apa pula akan aku melalut.. Sampai disini kisah aku, nantikan yang akan datang... hahaha

Wednesday, January 5, 2011

Kenapa Dengan Aku Ini

Kenapa secara tiba-tiba air mata ku mengalir pada malam ini ?
Apakah sebabnya air mata ku mengalir secara tiba-tiba ?
Mengalir dengan banyaknya hingga membasahi muka dan tubuh ku..

Apakah aku sedang menangis tanpa aku sedari ?
Kenapa aku menangis sedangkan aku benci menangis dalam hidop..
Biarpun aku selalu bersedih tetapi aku memang benar tidak suka untuk menangis..

Tetiba aku rasa lain setelah membaca blog dia pada kali ini..
Apakah aku yang selalu yang membuatkan dia bersedih tidak keruan ?
Apakah aku melihat satu perkataan di sebelah perkataan Allah ?

Ya Allah, telah banyak kesalahan yang aku buat kepada dia..
Telah banyak perkara yang tidak menyenangkan aku buat kepada dirinya..
Aku sepatutnya tidak egois dalam menjalinkan perhubungan..

Maafkan aku sekiranya aku ada membuat awak bersedih..
Tidak ku sedar selama ini..
Kerna aku tersejerumus dalam perasaan yang membuta tuli..

Aku seperti mengawal setiap perilaku seharian mu..
Betapa bodohnya aku kerna tidak pernah salami hatinya..
Selama ini yang aku fikir aku yang cuba selami dia, tetapi tidak..

Sebenarnya dia yang sudah selami siapa sebenarnya aku..
Mungkin aku tidak tahu apa itu satu kisah dalam satu perhubungan..
Aku hanya mengikut hawa nafsu sendiri dan tidak pernah memikirkan kamu..

Baru sekarang aku sedar bahwa betapa banyaknya kesalahan yang aku buat kepada dia..
Berapa tinggi, berapa banyak dan berapa lamanya aku buat kepada dirinya..
Apakah setinggi gunung yang paling tinggi? Apakah seluas air di lautan? Apakah sebanyak buih di lautan?

Arrgghhhhh ! ! ! ! !
Kenapa aku tidak pernah hendak memahami orang di sekeliling aku terutama pada orang yang sangat aku sayangi ! ! !
Aku ingin selalu melihat agar dirinya bahagia tetapi aku yang merosakkan kebahagian yang ada padanya..

Akulah virus yang muncul dalam hidupnya,
Akulah pemusnah yang memusnahkan hidopnya,
Akulah penyebab dia jadi sebegini..

Lamanya Tidak Update

Agak sudah lama tidak aku update blog ini.. Berapa lama pun, serius malas pula untuk aku nak mengiranya.. Tapi inilah aku, seorang insan yang sudah meningkat umurnya..

Lagi pelbagai cerita akan muncul pada tahun yang baharu ini.. Akan ada semasa demi semasa dan akan terus ada bagi aku seorang insan yang selalu dalam kemurungan..

Hendak dibuat macam mana, inilah diri aku yang sebenarnya.. Suka buat-buat gembira tetapi hakikat selalu bersedih di dalam.. Ada kalanya, aku selalu malas hendak merasakan kehidupan ini namun hendak di buat macam mana, kehidupan ini mesti diteruskan selagi seruan nama aku tidak dipanggil-panggil lagi.. Tunggu sahajalah pada saat ketika ini nama aku di seru pergi..

Tapi... tapi... tapi... Ada satu lagi.. Tahun baru ini, entah lah apa yang aku hendak lakukankan.. Kini aku sudah tidak bersekolah lagi tetapi kekasih aku still in school.. When i thinks, kind the best when I not school anymore but sometime kind bored when dont go to school anymore.. Serius aku tak tahu apa hendak buat lepas tamat persekolahan ini tetapi insyaAllah aku akan cuba buat sesuatu yang berguna untuk aku..

Yang penting sekarang bagi aku,
No more homework,
No more to see teacher like usually,
No more HOMEWORK ! ! !
hahahahahaha...
That all la rasanya...