Tuesday, November 30, 2010

Dahulu & Kini

Dahulu

Aku sentiasa mencari makna kehidupan..
Setiap hari tanpa mengira saat dan setiap masa..
Aku mencarinya tanpa henti..
Selangkah demi selangkah..
Kaki ini berjalan, ke sana, ke sini..
Memasuki ke lorong-lorong..
Ke tempat-tempat yang menjijikan..
Berkenalan dengan pelbagai orang..
Tidak kira agama, bangsa, dan siapakah mereka sebenarnya..
Aku berkawan terus mengenali akan mereka..
Akan tetapi mengapa ! ! !
Kenapa aku masih lagi tidak dapat ! ! !
Tidak menjumpai apa yang ku cari selama ini..
Aku jahil kerna..
Tidak mengetahui apa-apa..
Jawapan yang aku cari..
Masih belum aku jumpai..
Betapa hancurnya aku..
Pada ketika itu..


Sekarang

Telah aku sedari akannya..
Walaupun jawapan itu masih belum semuanya aku temui..
Tetapi, Alhamdulillah aku dapat jua biarpun sedikit..
Biarpun sedikit, aku bersyukur kepada Allah s.w.t..
Banyak perubahan telah berlaku kepada aku ini...
Diri aku yang dahulunya..
Sudah tiada, hilang tidak muncul kembali..
Aku berharap dapat terus dengan usaha yang aku lakukan..
Aku ingin jadi sebagai seorang muslim yang sejati..
Terus berada di bawah naungan Allah s.w.t..
Moga dapat aku mantapkan lagi iman aku ini..
Yang mudah goyah ini..

Kenapa Rasanya Nyawa ku di Hujung-hujung.?

Kenapa diri aku rasakan seperti nyawa ku di hujung jalan ??? Seperti sudah tidak bernilai bagi diri aku lagi.. Hari-hari yang lalu telah aku hitung dengan mudahnya, yakni setiap apa perkara yang telah aku lakukan setiap masa, saat dan sebagainya, tidak sukar untuk menghitung.. Yang jahat atau pun sebaliknya.. Namun, sukar bagi aku untuk menghitung sesaat yang bakal mendatang dalam kehidupan ini.. Tidak akan aku tahu apa yang bakal terjadi kepada diri aku sesaat selepas ini, apakah diri aku masih lagi dapat meneruskan kehidupan di atas muka bumi Allah azza wa jalla atau akan pergi menghadap-Nya ???

Ketahuilah bahawa,
Allah itu Maha Kuasa, apa sahaja boleh terjadi dalam sesaat selepas ini dengan keinginan-Nya.. Anggota yang aku pinjam selama ini, akan di kembalikan kepada-Nya semula.. Kehidupan aku dan semua orang di atas muka bumi ini hanyalah sementara, tiada perkataan kehidupan kekal abadi di atas muka bumi ini.. Sampai masa, saat dan ketikanya, semua orang termasuklah akan diri aku ini juga akan pergi menghadap Allah azza wa jalla..

Aku bersyukur kepada Allah azza wa jalla kerana di beri nikmat dan terus berada di bawah naungan-Nya.. Bagi aku dan umat islam, kematian itu adalah benar akan terjadi.. Jadi, setiap saat aku telah berfikir apakah rasanya selepas mati itu ??? Dalam pada masa yang sama, aku jua berfikir.. Apakah amalan aku selama ini sudah mencukupi untuk menghadapi maut yang bakal menjelma ???

Kini, aku amat takut, aku gerun, aku sedih, dan jua tidak dapat apa lagi ingin aku perkatakan kerna sesungguhnya betapa sakit mati itu.. Aku masih teringat bahawa.. Rasulullah s.a.w pernah meminta kepada Allah s.w.t bahawa baginda akan menanggung kesakitan untuk umatnya, namun permintaan itu telah ditolak.. Kerna Allah s.w.t ingin setiap hamba-Nya merasai kesakitan ketika maut menjelma seperti mana kekasih-Nya jua merasai saat kematian datang kepada Rasulullah s.a.w..

Barulah aku tersedar, kematian itu amat menyakitkan sehingga Malaikat Jibrial dan para-para Malaikat yang lain tidak memandang saat Rasulullah s.a.w menghadapi kematian kerna mengetahui bahawa saat menghadapi itu sungguh pedih dan memeritkan..

Selain daripada itu, rumah yang aku duduki sementara ini sentiasa menghalau aku pergi, dan rumah aku yang seterusnya, sentiasa memanggil-manggil untuk aku pergi duduk tinggal di sana dan seterusnya aku akan balik ke kampung untuk selamanya..

Tuesday, November 23, 2010

Bodohnya Rasa Diri Ini

Alhamdulillah, paper hari ini aku dapat jawab dengan tenang serta sabar.. Tapi yang kelakarnya, pergi sekolah budak-budak macam biasa, tapi aku pergi sekolah siap pakai cermin mata gelap.. Sempat lagi tu aku menyanyi lagu Aisya Humairah dekat atas motor pula.. Hahaha...

Kes petang itu pula lagilah agak teruk.. Masuk dewan peperiksaan lambat 2 minit, tapi sedang tengah smart boleh pula aku terlupa nak tanggalkan cermin mata reben itu, haish.. Memang agak selamber jer lah aku dengan cermin mata.. Pakai songkok, tali leher sampai atas, baju masok dalam pastu ada pulak cermin mata reben.. Hahaha... Dah lawa, memang terasa malas pulak aku nak tanggal tapi nak buat macam mana, kena jualah aku tanggalkan cermin mata kesayangan ini..

Entah macam mana aku boleh lupa yang aku pakai cermin mata pun aku tak sedar, agak gampang jugalah aku hari pertama paper.. Hahaha... Tapi apa-apa pun, paper hari ini, Alhamdulillah aku dapat jawab dengan mudahnya kerna Allah telah membantu aku dalam mengingati pelajaran-pelajaran yang sudah aku pelajari selama ini..

Bahasa Melayu telah berjaya aku tawan, ada 7 lagi mata pelajaran yang mesti aku tempohi.. Yeah ! ! !

Jadual Waktu SpM

Selasa 23 november 2010 :
Bahasa Melayu Kertas 1 __ 08:00-10:15
Pend. Seni Visual - teori seni __ 11:00-12:15
Bahasa Melayu Kertas 2 __ 14:00-16:30

Rabu 24 november 2010 :
Bahasa Inggeris Kertas 1 __ 08:00-09:45
Bahasa Inggeris Kertas 2 __ 10:30 -12:45

Khamis 25 november 2010 :
Sejarah Kertas 1 __ 08:00-09:00
Sejarah Kertas 2 __ 10:00-12:30

Isnin 29 november 2010 :
Mathematics kertas 1 __ 08:00-09:15
Mathematics kertas 2 __ 10:00-122:30

Selase 30 november 2010 :
Pendidikan Islam Kertas 1 __ 08:00-10:00
Pendidikan Islam kertas 2 __ 11:15-12:55

Khamis 2 disember 2010 :
Science Kertas 1 __ 08:00-09:15
Science Kertas 2 __ 10:00-12:30

Isnin 13 disember 2010 :
Pend. Seni Visual - Seni Halus __ 14:00-17:00

Isnin 20 disember 2010 :
Landskap dan Nurseri __ 08:00-10:30

Sunday, November 21, 2010

Bosannya Keadaan Sekarang

Perh , gila bosan Aku sekarang... SPM memang arh dah nak dekat , tapi... Aduyai , naik gila , mereng , pecah pun ada kepala Aku sekarang ini .


Study , study, study... Dah study sampai boleh di katakan agak lebam mata Aku di buatnya . Nak tumbuk pintu tapi takkan lah nak tumbuk pintu kasi pecah lagi , dah arh Aku kene marah dengan walid , iyew arh dah Aku pergi pecahkan pintu dekat 2 kali . Aku nak pecahkan lagi pun Aku tak tau nak kena tak nak . Tapi perh , sekarang ni pula Aku gian nak tumbuk sesuatu kasi pecah . Tumbuk dinding sedap memang sedap , tapi penumpuk aku pula tambah sakit . Dah arh yang last aku tumbuk pun tak baik-baik lagi jari aku .


Haish , memang dah gila Aku sekarang . Cara pemikiran Aku sekarang ni sudah agak terlebih gila dan tak betol dah ni . Arghh ! ! ! ! Siapa terase nak makan penumbuk Aku ni , dah lama Aku tak tumbuk orang ni lepas Aku ada kekasih gelap ni . Asyik tumbuk pintu , dinding bosan la pula . Cepat siapa nak tampil kat depan Aku dan mari makan penumbuk Aku ni ! ! !


Hampeh gila Aku sekarang ! ! ! Apa yang Aku nak buat lagi pun Aku tak tau . Nak messag Dia ke tak nak pun Aku tak tau . Takut lah pula Aku kacau Dia . Misscall dan msg yang Dia dapat , perh memang tak banyak . Hahahahahahaahha... Arghh , bagilah sesuatu yang boleh Aku buat sekarang ni . Tension pelajaran , erm , memang tak , tapi sekarang ni Aku bosan dah tahap tak betul dah ni .


Memang Aku dah tak tau apa nak buat sekarang ni , kalau Aku study lagi pun dah sah-sah lah tak masuk cuz otak Aku pun dah naik gila tak tau nak buat apa pada saat waktu ketika ni . Haish , fyling kick from me yo... hahahahaha... Arghh ! ! ! Hampeh ... Apa Aku nak buat nie ! ! !

SPM

Peperangan yang akan aku hadapi tidak lama lagi akan tiba jua.. Sudah lama aku menanti akan peperangan ini.. Segala apa yang harus aku bawa, telah aku persiapkan..  Tidak sabar untuk menghadapi akannya.. Tiada apa yang boleh menghalang aku daripada menang dalam pertempuran pada minggu hadapan..

Kesemua tentera-tentera yang lain berehat bagi persiapan pertempuran lagi 2 hari ini.. Sejarah akan tercipta pabila aku akan menang dalam pertempuran yang boleh dikatakan amat terpenting di dunia yang sementara ini.. Pertempuran yang akan aku hadapi, tidak ada siapa yang akan mati tetapi yang akan tewas pasti akan ada kerna inilah namanya sebuah pertempuran yang diadakan setiap tahun di seluruh Malaysia.. Tidak akan ada pertumpahan darah tetapi pertumpahan air liur basi, InsyaAllah sentiasa ada pada setiap tahun dalam pertempuran ini..

Strategi pertempuran telah aku rancang dengan sebaik-baiknya.. Tetapi, tidak akan aku tahu bahwa aku akan selamat ketika dalam persiapan menuju ke medan pertempuran.. Kerna, aku hanya boleh menghitung hari yang lampau tetapi aku tidak boleh mengira hari yang akan datang.. Bukan sahaja hari, tetapi apakah aku boleh mengira sesaat yang akan datang dalam hidup aku ???

Ajal maut, hanya Allah sahaja yang mengetahui akannya, jadi, aku berserah kepada-Nya sekiranya ajal aku sampai ketika aku belum lagi berada dalam medan pertempuran.. Tetapi, segala usaha keras aku dalam melaksanakan strategi bagi berjaya dalam pertampuran ini, akan aku gunakan kesemuanya sehingga tiada apa yang tinggal lagi daripada diri aku ini..

17 tahun aku menghadap papan, 17 tahun aku menghadap buku, 17 tahun aku pergi balik markas, 17 tahun aku berlatih di dalam pertempuran, dan 17 tahun aku belajar strategi-strategi baru bagi berjaya dalam pertempuran ini.. InsyaAllah, dengan izin Allah azza wa jalla, aku akan berjaya dengan izin-Nya .

Telah aku berusaha keras, moga akan aku dapat hasilnya kelak.. Pertempuran ini, akan menentukan sama ada aku ini boleh berjaya ataupun tidak.. Sijil Pelajaran Malaysia, inilah dia pertempuran yang akan aku hadapi semasa di dalam medan peperangan..

Doakan aku berjaya, ya Allah, Engkaulah tuhan Yang Maha Mendengar akan segala rintihan hamba-hamba-Mu, Engkau jua tuhan Yang Maha Mengetahui akan segala apa yang berlaku di atas muka bumi ini, yang zahir mahupun yang batin, dan Engkaulah jua tuhan Yang Maha Melihat akan setiap perilaku hamba-hamba Mu di atas muka bumi ini..

Aku memohon taufik dan hidayah-Mu, bantulah akan hamba-Mu ini dalam menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.. Permudahkanlah hamba Mu ini dalam mengingati akan segala pelajaran yang telah hamba Mu pelajari selama ini..

Berikanlah hamba Mu ini ketenangan dan kesabaran dalam menjawab peperiksaan SPM pada tahun ini..
Sesungguhnya kepada Mu aku berserah dan kepada Mu jua aku memohon pertolongan kerna hanya Engkau sahaja yang boleh memberikan pertolongan..

Wednesday, November 10, 2010

Perjuangan ku

Wahai teman seperjuangan ku sekalian..
Masanya untuk kita menghadapi peperangan sebenar yang akan tiba tidak lama lagi.. Persiapkan diri anda sekalian untuk menghadapinya.. Janganlah kita tewas sebelum memulakan peperangan ini.. Gunakan segala strategi-strategi yang sudah kita pelajari selama ini.. Jangan mengalah ! ! !

Perjuangan ini perjuangan yang terpenting untuk kita semua yang lahir pada tahun 1993.. Pelbagai pertempuran sudah kita hadapi, dari kecil hinggalah pada saat dan ketika ini.. Ada yang separuhnya berjaya dalam pertempuran dan ada juga yang tidak.. Yang kalah pada pertempuran yang dahulu tidak semestinya akan kalah lagi.. Jangan jadikan pertempuran yang kalah dahulu sebagai alasan untuk kita tidak boleh menang pada pertempuran pada kali ini.. Yang menang, teruskan usaha kalian untuk meneruskan kemenangan dalam pertempuran kali ini..

Segala ilmu peperangan dan pertempuran telah kita pelajari selama ini adalah kerana pada tahun ini.. Pengorbanan yang kita lakukan ini, adalah untuk Diri Sendiri, bukan untuk orang lain.. Ayuh rakan seperjuangan ku, mari kita mara dan terus mara ke hadapan untuk mengalahkan pihak musuh dan seterusnya menang dalam pertempuran ini ! ! !

Sudah tiba masanya kita bangkit daripada tidur yang lena, bangkit daripada kekalahan yang lalu, bangkit daripada segala-galanya.. Ayuh bangkit rakan seperjuangan ku ! ! ! Tunjukkan kepada Negara mahupun dunia, siapakah Dia tentera-tentera yang di hasilkan oleh satu tempat yang sudah berani, tabah serta cekal dalam menghadapi peperangan yang akan berlaku pada tanggal 23 november 2010 masihi bersamaan dengan 16 zulhijjah 1431 hijrah.. 

Jangan dikatakan Kami, tentera-tentera daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor lemah, tiada daya saing pabila bertempur.. Kami datang dengan kekuatan, fizikal serta strategi yang baharu yang mungkin akan dapat menang dalam pertempuran ini.. Bak kata pepatah, biar putih tulang, jangan putih mata..

Selama 17 tahun Kami hidup, 17 tahun Kami belajar, 17 tahun jua Kami berkorban untuk merancang strategi-strategi yang baharu untuk saat, waktu dan ketika ini.. Kami tidak akan mensia-siakan segala usaha yang sudah Kami lakukan selama ini.. Segala titik peluh kami, merancang untuk menang dalam pertempuran ini, akan Kami gunakan kesemuanya sampailah Kami terkorban semasa dalam peperangan.. Kerne Kamilah yang akan meneruskan kehidupan ini..

Biarpun pertempuran ini tidak sehebat pertempuran yang sedang berlaku di dunia pada masa kini.. Tetapi, inilah pertempuran Kami semua yang lahir pada tahun 1993.. Pertempuran ini yang akan melonjakkan Kami pada masa yang akan datang.. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.. Pulanglah dengan kemenangan, jangan pulang dengan kekalahan..

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), itulah Dia musuh utama Kita selama ini.. Musuh ini, biarpun hanya sehelai kertas, ianya membawa suatu perkara yang amat besar dalam kehidupan Kita.. Ianya boleh merubah Kita pada masa yang akan datang.. Ingatlah, di mana Kita pergi, sehelai kertas itulah yang akan Kita bawa ke mana sahaja tempat yang Kita tujui.. Yakni kertas keputusan SPM Kita.. Jadi, berusahalah dengan seusaha-usahanya kerna Kita yang akan meneruskan kehidupan ini.. Akhir kata daripada saya , Muhammad Nur Zakwan Bin Saiful Zaman, “Sekiranya Saya ingin Berjaya semuanya terletak di atas diri SENDIRI bukan orang lain “berusahalah sampai ke akhirnya ! ! !

Monday, November 8, 2010

Keluar 3 Hari

Ya Allah ya tuhan ku.. Pelbagai rintangan yang Engkau berikan kepada hamba-Mu ini.. Engkaulah tuhan Yang Maha Mendengar ya Allah, mendengar segala rintihan hamba-hamba-Mu di pelosok seluruh dunia.. Engkaulah tuhan Yang Maha Melihat ya Allah, melihat akan segala perilaku hamba-hamba-Mu yang berada di atas muka bumi Mu ya Allah.. Engkaulah juga tuhan Yang Maha Mengetahui akan apa yang berada di atas muka bumi Mu ya Allah, yang zahir mahupun yang batin..

Aku bersyukur kepada-Mu ya Allah kerna dapat keluar di jalan Mu sekali lagi ya Allah.. Walaupun Engkau telah timpakan hamba-Mu ini dengan musibah semasa keluar di jalan-Mu, tetapi aku tetap hendak keluar.. Biarpun terpaksa menanggung kesengsaraan (sakit yang tiada ubatnya) tetapi aku tetap ingin keluar..

Kesengsaraan yang aku alami ini sememangnya tiada ubatnya.. Ubatnya hanya daripada Mu ya Allah.. Ubat yang hamba-Mu makan di muka bumi ini hanyalah untuk mencegah, yang memberi sihat hanya Mu ya Allah.. Telah Engkau timpakan hamba-Mu dengan sakit yang baru (selsema serta demam).. Biarpun syaitan laknatullah menghasut akan hamba-Mu yang sakit ini untuk balik, tetapi, tidak sesekali aku hendak balik kerna ingin keluar berdakwah di jalan-Mu ya Allah..

Selama 3 hari aku keluar, biarpun SPM tidak lama lagi, aku mendapat sesuatu yang baru.. Fikiran aku yang bercelaru sudah kembali tenang, serta aku dapat jua mendapat ilmu.. Selain aku belajar, aku jua mengajar, yakni memberi tashkir kepada sahabat-sahabat ku dari pukul 12 tengah malam sampai pukul 3 pagi, baru kami tidur..

Tidak ku sangka, bahwa tekun jua mereka mendengar.. Aku cuma menyampaikan apa yang aku belajar serta mengetahui.. Ya Allah, bayan asar terpaksa aku menolaknya kerna selsema aku menjadi semakin teruk.. InsyaAllah, jika hamba-Mu ini di beri peluang sekali lagi untuk keluar di jalan-Mu, InsyaAllah akan aku memberi bayan asar.. Memang teringin sekali berkongsi apa yang aku tahu.. Tetapi apakan daya, bayan asar pada hari ahad 07.11.2010 terpaksa aku lepaskan kepada orang lain.. InsyaAllah di beri peluang, akan aku beri..

Tiada apa lagi ingin aku katakan.. InsyaAllah, jika ada peluang, Aku hendak keluar lagi di jalan Allah...

Tuesday, November 2, 2010

Muhasabah Cinta - edCoustic


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu