Friday, September 13, 2013

Mencari Cinta Yang Sempurna ?

Dalam mencari satu suratan kehidupan pasti kita akan temui detik kekecewaan akan sesuatu perkara.. Hal cinta amat menyedihkan pabila apa yang diimpikan tidak tercapai oleh kita.. Kadang sering saja cint yang hadir musnah di separuh jalan.. Dan kadang juga, sering dipermainkan dan diperisakan..

Dan dalam menghadapi hari mendatang seolah tiada lagi nilai yang terbina.. Di kala itu, hati kita asyik menyalahkan orang lain atas kesakitan yang melanda.. Menyalahkan masa yang lalu.. Menyalahkan sesuatu yang tiada puncanya..

Dan selalu jua kita akan menjadi takut sehingga tiada rasa percaya lagi kepda cinta baru yang hadir.. Terasa takut yang amat sangat.. Takut dikecewakan.. Takut dipermainkan.. Dan takut segalanya..

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan.. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.. Kepada yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan lagi kepercayaan..

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa.. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih aa setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran..

Cinta cuma satu bentuk perasaan yang hadir dalam diri seorang insan.. Bagiku cinta yang tidak sempurna bukanlah cerita dalam mencari sesuatu dalam hidup kita.. Kita yang hanya akan mencorakkannya..

Wednesday, August 14, 2013

Pengharapan ? Harapan ? Mengharap ?

Pengharapan ? Harapan ? Mengharap ?
Tiga benda ini sama sahaja.. Yang akan berbunyi dalam satu kata kata.. "Kita mengharap agar pengharapan kita menjadi nyata, itu adalah harapan kita.." Nampak tak, boleh di bunyikan dalam satu kata kata yang bisa di ungkap dengan mudah.. Namun, apakah ianya dikaitkan dengan C.I.N.T.A ? Adakah ianya menjadi senang bila dilaksanakan ?

Dalam percintaan, setiap insan pasti ada mengharapkan sesuatu itu menjadi kenyataan setelah apa yang di harapkannya.. Ianya bisa dilakukan, apabila seseorang itu melaksanakan apa yang telah di harapkan.. Lagi lagi, untuk orang yang di sayang.. Pasti ia akan lakukan walau sesukar mana setelah di tanam agar harapan itu menjadi kenyataan.. Selalunya kita perdengarkan sepasang kekasih akan mengharapkan cinta mereka sampai ke akad nikah.. Inilah pengharapan yang sering di harapkan oleh sepasang kekasih dalam percintaan..

Namun, lain pula ceritanya bagi insan yang sudah berputus cinta.. Yang masih lagi bertaut pada cinta lamanya walau sudah tidak bersama lagi.. Mereka pula akan mengharapkan cintanya kembali berputik semula seperti dahulu.. Insan insan seperti ini, selalunya pengharapan mereka setinggi gunung.. Mengharapkan sesuatu yang belum tentu pasti akan kembali seperti dahulu..

Dalam entry kali ini, saya akan menceritakan pengharapan bagi insan yang sudah putus cinta mengharapkan kekasihnya kembali di sisi mereka.. Kita sering perlihatkan, terdapat segelintir orang di sekeliling kita mengharapkan cinta lama mereka berputik kembali seperti mana telah terjalin dahulu.. Apakah mereka tidak merasa harapan itu akan musnah ? Sedihkan melihat seorang insan yang mengharapkan cintanya kembali semula.. Bagai tiada lagi wanita yang ada di dunia ini..

Tapi inilah apa yang sedang terjadi dalam hidup aku.. Aku perkatakan semua ini, mesti kalian fikir aku tidak merasa apa yang aku cakapkan tadi, kan ? Namun, inilah hakikatnya.. Aku mengharapkan cinta ku yang sudah berlalu 2 tahun lepas berputik kembali.. Orang sekeliling pasti akan katakan pada aku minta aku lupakan harapan aku itu.. Tetapi apakan daya, biarpun cinta ku telah pergi 2 tahun yang lepas.. Aku harapkan ianya kembali setelah pergi terlalu lama..

Aku tidak mengharap sekadar cinta ku datang seperti mana 2 tahun lepas.. Namun, aku ingin memperbaharui cinta ku padanya di atas lafaz, Saya terima nikahnya.. Pasti kalian fikir aku ini macam budak budak fikir benda kalut malut ini.. Namun, aku bukan sekadar nak membuktikan cinta aku hanya pada berpasangan tetapi tidak tahu di mana akan kami tujui selepas itu.. Aku serius dalam membuktikan cinta aku padanya di hubungan halal, suami & isteri..

Cuba kalian fikirkan, buat apa mengharap cinta itu berputik kembali tapi tidak tahu apa yang akan dilakukan selepas itu.. Tak akan sekadar berpasangan sahaja sampai bila bila tanpa mengikat hubungan yang sah ? Jika mengharapkan cinta lama berputik kembali, jangan sekadar jalinkan hubungan.. Kita sudah cukup besar, bukan lagi di alam zaman persekolahan..

Tetapi buat ketika ini, aku akan mengharapkan agar cinta aku kembali semula.. Aku akan terus menanti, menanti agar cinta ku terima aku bukan sekadar pasangan hidup semata mata.. Tetapi sebagai imam yang bakal memimpi makmum ku menuju ke Jannatul Firdausi.. InsyaAllah, pengharapan selalunya mesti di selangi dengan doa & usaha.. Makanya aku tidak akan berhenti dalam menanti dalam pengharapan ku ini..


Kau belum pasti milikku, namun dengan izin-Nya.. Serta di selagi aku bertekad untuk kau kembali ke pangkuan ku.. Selagi itu aku berharap.. Namun, bukan sekadar "couple".. InsyaAllah dengan izin-Nya.. Kau aku jadikan isteri dalam hidupku, makmum dalam solat ku..

Nur Elysza Umirah

Wednesday, July 31, 2013

Masih Lagi Mencintai Mu

Setahun setengah sudah berlalu kisah diantara aku dan kamu.. Namun rasa cinta itu masih ada dalam sanubari ku ini.. Tidak pernah sedetik pun aku melupakanmu.. Ketahuilah, di mana sahaja kaki aku ini melangkah pergi, wajahmu seringkali akan muncul dalam fikiran ku ini.. Ketahuilah jua, aku masih lagi mencintai diri mu..

Walaupun cinta antara kita itu sudah lama pergi, namun bagi ku cinta aku sama kamu tidak pernah lupus ditelan waktu.. Biarpun jarak memisahkan kita, aku tetap di sini menunggumu kembali di sisi ku.. Aku mengharapkan kamu kembali menyinari tiap tiap hari ku yang kini suram ditelan masa.. Namun, pernah aku katakan dahulu..

Aku mencintaimu sepenuh hati ku, tidak akan muncul sedetik pun untuk melupakan semua kenangan yang telah kita bersama.. Walaupun ianya hanya sekadar seketika, namun.. Itu sudah memadai untuk aku mengingati mu dalam tiap tiap malam ku..

Kini, aku hanya seseorang yang hidup dalam banyangku sendiri.. Mengharapkan kamu kembali di sisi.. Walaupun ianya sukar untuk terjadi, aku tetap jua akan menunggu mu.. Walaupun cara dan pengangan ku, seringkali diperkotak katikkan oleh orang di sekeliling ku.. Namun aku ambil itu semua sebagai satu semangat untuk terus mencintai mu..

Bara api cintaku, tidak akan pernah padam,
Biarpun di sirami air hujan,
Tidak akan menjadi debu yang berterbangan..

Aku tetap menunggu kamu, biarpun untuk masa akan datang lagi.. Penantian ku, tidak akan pernah berakhir.. Aku mencintai mu, sepenuh hati ku.. Kata kata ku ini, lahirnya daripada hati yang tulus mencintai mu.. Kerna, kamu akan aku jadikan insan yang.. Halal bagi ku.. Hanya kamu seorang.. Hanya kamu seorang.. Dulu, kini dan selamanya..

"Elysza, ketahuilailah bahawa setiap kata dalam gurauan ku itu kamu dengar ianya hanya sekadar gurauan.. Namun di sebaliknya.. Ianya kata kata yang ikhlas lahir dalam hati ku.. Yang aku masih lagi mencintai mu.."

*****
Bagi aku, tiada istilah pergi tak akan kembali dalam perhubungan.. Istilah ini bagiku hanya, bila maut memisahkan kita..

Mana Jauh Aku Pergi, Kamu Tetap Kesayanganku

Dalam bingkisan suratan, mencari erti kehidupan masih ada yang terlupa di mana sedang berpijak.. Masih dalam angan yang tak sudah sudah.. Dikaulah kehidupanku.. Sakit kamu, sakit aku.. Mana pergi aku, kamu di sisi.. Namun siapa masih ada..

Dan kadang kita selalu terleka dengan buaian nafsu yang menggoda.. Mencari suatu rasa yang kita rasakan itulah cinta.. Dan sering kita tertipu dengan bisikan manja yang datang.. Seolah kita punya rasa.. Seolah itulah cinta.. Tapikita silap dalam menilai.. Itulah bahana.. Kerana mencintai suatu yang bukan milik kita.. Mecari bukan hak kita.. Sedang halal bagimu, tiada langsung tatap akan rasa..

Aku melihatmu sebagai cahaya yang dapat menyuluh akan suramnya.. Akan gelapnya jalan jalan berliku di dalam hidupku.. Agar jalanku ada.. Agar jalan ku terang.. Membuka ruang untuk terus melangkah..

Benrkah itu cinta pabila ada satu rasa.. Atau kita yang dipedaya oleh rajuk dan rayu sang pencerita.. Kehinaan di hias hingga mempersonakan.. Memberi kata seolah tiada lagi indahnya cinta.. Kesementaraan dinampakkan kekal hingga segala yang busuk terbau harum.. Segala yang keji nampak indah..

"Jika masih ada suara suara.. Percayalah dengan kata kata.. Itu adalah satu nokhtah akan cerita kita"

Aku merindui pada getaran warna sinar matamu,
Aku dambakan bauan jatuhnya debu debu dari suaramu,
Melihat akan bahasa tubuhmu, aku menyayangimu..
Sungguh sekarang, engkau mengajar aku erti derita merinduimu

Dan berpisah kita cuma mati.. Itulah keramat janjiku..

Thursday, February 28, 2013

New Entry

Apa khabar kepada anda semua.. Maafkan saya kerna sudah lama tidak 'update' blog ini.. Rasanya hampir 6 bulan blog ini mati tanpa entry yag baru.. Kali ini, insyaAllah, saya akan cuba luangkan masa untuk mencari idea dalam entry terbaru untuk entry-entry yang akan datang.. Yang paling utama, saya masih lagi tidak melupakan blog ini kera banyak cerita yang sudah terjadi dalam hidup saya tulis tetapi ianya jua pernah jadi dalam hidup kalian semua jua.. Semua cerita-cerita lepas adalah cerita tentang kehidupan setiap insan yang pernah terjadi, sedang terjadi malah yang akan terjadi.. 

Pada kali ini, akan banyak lagi cerita-cerita baru tentag kehidupan saya yang telah berlaku selama saya tidak 'update' akan saya tuliskan dalam entry akan datang.. Nantikan tetapi.. Sekejap lagi saya akn update tentang kehidupan saya di sini (uitm)