Cinta yang tergantung boleh menyebabkan seseorang itu menjadi tidak tentu arah.. Tidak tahu sama ada si dia masih lagi menyayangi akan dirinya atau tidak.. Hati bisa terusik bila teringat si dia.. Kerna memikirkan, apakah masih lagi wujud percintaan antara aku dan dia.. Akan wujud pelbagai persoalan di minda..
Perasaan untuk bercinta dengan orang lain tidak akan wujud kerna.. Cinta terhadap orang yang dinantikan masih lagi wujud di dalam lubuk hati.. Walaupun tidak di sedari olehnya, tetapi inilah namanya percintaan yang masih lagi wujud di dalam hati.. Sukar untuk menyintai orang lain pabila hati masih lagi teringatkan akan si dia.. Sekiranya dipaksa hati untuk bercinta dengan orang lain, pasti jua tidak akan wujud..
Dia tidak akan tahu
Betapa siksanya sebuah cinta yang tergantung.. Ianya umpama satu penantian yang tidak akan tahu, seberapa lama akan ditunggu bagi orang cintanya yang tergantung.. Walaupun tersiksa rasanya, namun.. Pasti tetap jua menunggu..
Dia tidak akan tahu
Bahawa kita sering kali menangis di dalam hati.. Menangis mengenangkan dirinya.. Walaupun tidak kelihatan jelas di raut wajah.. Namun di dalam, tidak siapa yang mengetahui akannya..
Kita lakukan kerna
Berharap agar dia kembali pulang di sisi.. Moga cinta ini terus bersemi hingga ke akhirnya.. Kerna, dirinya begitu istimewa bagi kita..
Kita lakukan kerna
Perasaan cinta terhadapnya tidak pernah putus dalam hari-hari yang mendatang.. Kerna telah di sematkan di dalam hati.. Dia adalah cinta matiku..
..Bila telah di sematkan.. Tidak dapat untuk dikatakan apa-apa.. Perasaan ini sukar untuk timbul, tetapi sekiranya timbul.. Maka, amatlah sukar untuk kita melupakan orang yang kita cintai..
Penantian satu penyiksaan, namun tetap jua kita nantikan.. Kerna hati kita tidak pernah lentur untuk menyintainya.. Biarpun sekarang, sekiranya dia dimiliki oleh seseorang, tetapi masih tidak lagi memberi kata putus apakah hubungan ini masih lagi di teruskan atau tidak.. Tetap jua kita nantikan kerna, kata putus dapat membuatkan hati kita lega..
Kata putus adalah yang sebaiknya.. Kerna dengan kata putus ini.. Membuatkan kita dapat menjadi diri kita semula.. Oleh itu, cinta yang tergantung amatlah menyiksakan kerna kita sudah tidak menjadi diri kita yang asal.. Sering hidup dalam penipuan terhadap hati sendiri..
*Note:
Inilah apa yang telah aku rasakan sekarang.. Aku ceritakan atas pengalaman yang sedang aku lalui sekarang.. Sekarang, hanyalah yang aku perlukan kata putus daripada dia.. Barulah hati aku ini tenang.. Aku nanti nantikan kata putus daripada hari itu hingga kini..
Hm , aku pun tengah lalui . Bila chat dia , dia selalu kata dia busy . Dia masih perlu kebebasan . Sebelum ni , masa dia usaha nakkan aku dia selalu chat call . Tapi skrg entahlah . Atas alasan dia busy meniaga . Aku faham tapi knp bila aku call dia masih ada masa untuk melepak sampai ke tengah malam ? Masa utk aku takde langsung . Aku tak sampai hati nak tinggalkan dia sbb ibu dia dah anggap aku mcm anak dia . Hm
ReplyDeleteHubungan saya dengan kekasih saya tergantung sebab saya tak tahu yg saya dengan dia masih atau tidak... Dia kerja jauh dri saya....
ReplyDelete