Saturday, December 31, 2011

Jangan Di Ragui Mana Janji

Jika dengar akan aku, dengarlah dengan hati.. Jangan di cari siapa aku tapi temuilah apa yang telah hilang pada bagimu..

Jika esok tiada lagi rentakku, sisipkan saja panduan jika menjadi sempadanmu.. Kerana mungkin aku sudah letih.. Kerana mungkin rajukku ada.. Semakin lama semakin panjang..

Jangan di pandang siapa aku, kerana aku bukan siapa siapa bagimu.. Kerana adanya aku di sini bukan kerana kamu.. Jangan di cari cari kemana aku, kerana kamu juga bukan siapa siapa bagiku.. Kerana aku dan kamu jauh yang amat berbeza.. Kerana walau rambut kita hitam namun nilai hati menjadi ukuran..

Jangan di sanjung, jangan di angkat, aku jua ada salahnya.. Aku jua lemah.. Sama kita adalah kita adalah hambaNya.. Dalam mencari apa ertinya bahagia..

Pada satu wajah itu, sungguh jarak memisahkan kita.. Namun tahukah kamu, ingatanku ada padamu.. Berpisah kita cuma mati.. Jangan di ragui mana janji..

Aku doakan pada mata yang memandang.. Akan punyai satu bahagia yang di cari.. Aku harapkan kamu yang hilang, pilih dan nilailah dengan hati.. Tiada sesiapa yang memahami dirimu, selain dirimu sendiri..

Wednesday, December 14, 2011

Cinta? Apa Ertinya

...Cinta adalah santapan jiwa.. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong.. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali..

Cita-cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling menggembirakan.. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di miliki lain.. Tetapi tak usahlah kecewa, walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa.. Jadi bercintalah sepenuh hati.. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi..

Andai kata cinta itu pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki?

Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta..

Gerak-geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi.. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada..

Cinta bukan paksaan.. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengerti..

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat..

Cinta datang kadang kita tidak merasakan kehadirannya hinggakan pada suatu masa bila kita menyedari cinta itu ada pada kita, semuanya sudah terlambat.. Cinta kadang datang tidak kita minta tanpa ada alasan memberi sinar pada kita yang selalu menidakkan cinta itu ada dalam hati kita..

Kadang kala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya.. Dan kadang kala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya..

Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati.. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati..

Kita sering salah, menganggap diri lemah pabila meratap dan menangisi perpisahan yang terjadi.. Sebenarnya kita manusia biasa yang masih mempunyai rasa pilu dan kasih.. Usah hiraukan mata memandang akan kita, seolah kita hina dan lemah bila cinta itu pergi, kita masih lagi terus bersedih..

Langkah saja kaki kita tanpa rasa kecewa dan harapan yang sudah tidak pasti.. Biarlah sejarah itu tetap menjadi sejarah untuk di kenang-kenang dan bukan untuk di ulang-ulang..

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali.. Cinta itu seperti sinar matahari, tiada memilih siapa yang ia sinar.. Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati..

Saturday, December 3, 2011

Rindu Itu Masih Ada

Biar tenang jiwaku.. Biar sejuk hati sedingin angin lalu.. Biar aku begini.. Aku bukan siapa-siapa bagi kamu.. Merindui kamu satu semestinya tapi biarlah ku simpan.. Menyayangi dirimu telah terlanjur namun biarlah menjadi satu rahsia.. Kerana kamu dan aku tak mungkin lagi bersatu.. Biarlah aku begini menanti berubahnya wahai detik hati..

Rindu itu kemanisan jiwa yang kadang kala merasakan pahitnya berbekas di dalam hati.. Walau sekuat mana cuba melarikan rasa yang hadir, pasti akan menjelma dan datang tika keseorangan..

Pernahkan merasakan sunyi dan sepi tika malam berlabuh dalam mengorak mimpi seolah merasakan diri amat hilang akan dunia.. Merasakan ada himpitan kuat di dalam dakap dada hingga membuatkan air mata berkaca.. Seolah menyesali sesebuah hubungan yang telah berakhir..

Merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa..

Kita insan biasa yang kadang juga masih ada rasa yang bersisa pada seseorang.. Yang dulunya pernah melalui masa-masa yang bersama.. Kadang pernah silap memberi satu rasa akan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu rahsia di masa depan..

Rindu pasa satu tatap wajah yang dulu selalu bersama.. Kita manusia yang tidak lari dari perasaan rindu.. Dan kadang rindu itu memberi kita semakin bersemangat demi mencari satu identiti yang baru..

Rindu ada satu bentuk perasaan pada satu kisah atau pada satu kenangan lalu bersama dengan seseorang.. Dan kenangan itu selalu saja bermain di minda dan fikiran.. Ingin sekali kembali ke dunia lalu namun apalah daya takkan sama..

Kadang rindu pada seseorang membuatkan kita semakin sebak memikirkannya.. Semakin rasa pedih di dalam hati kerana masih ada menyimpan sisa rasa sayang atau cinta.. Dan kadang juga mengalir air mata bila rindu yang amat panjang..

Selalunya rindu berkait rapat dengan hubungan seseorang yang penuh bermakna, pernah memberi satu rasa yang asyik..

Pernahkah kamu merasakan pedih yang dalam bila masih terkenang satu tatap wajah.. Yang dulunya pernah membuatkan air mata itu mengalir dalam kesedihan.. Dan masihkah ada sisa kemaafan jika peluang itu masih ada? Sungguh aku dalam diam amat merindui kamu..

Dan rindulah aku pada seseorang yang benar-benar menghargai aku.. Kerana tidak mahu aku bazirkan rasa hatiku merindui pada yang mengkhianati aku.. Sungguh aku rindukan kamu.. Tapi kamu yang dulu..

Monday, November 28, 2011

Cinta Tergantung

Cinta mudah datang.. Cinta juga mudah pergi dengan semudahnya.. Sekiranya cinta itu berlabuh tirai.. Terima ia dengan seadanya.. Kerna, ianya mengenai soal hati dan jua perasaan.. Tetapi, bagaimana pula dengan cinta yang tergantung? Cinta yang tidak diketahui sama ada, perhubungan ini masih lagi diteruskan ataupun sebaliknya..

Cinta yang tergantung boleh menyebabkan seseorang itu menjadi tidak tentu arah.. Tidak tahu sama ada si dia masih lagi menyayangi akan dirinya atau tidak.. Hati bisa terusik bila teringat si dia.. Kerna memikirkan, apakah masih lagi wujud percintaan antara aku dan dia.. Akan wujud pelbagai persoalan di minda..

Perasaan untuk bercinta dengan orang lain tidak akan wujud kerna.. Cinta terhadap orang yang dinantikan masih lagi wujud di dalam lubuk hati.. Walaupun tidak di sedari olehnya, tetapi inilah namanya percintaan yang masih lagi wujud di dalam hati.. Sukar untuk menyintai orang lain pabila hati masih lagi teringatkan akan si dia.. Sekiranya dipaksa hati untuk bercinta dengan orang lain, pasti jua tidak akan wujud..

Dia tidak akan tahu
Betapa siksanya sebuah cinta yang tergantung.. Ianya umpama satu penantian yang tidak akan tahu, seberapa lama akan ditunggu bagi orang cintanya yang tergantung.. Walaupun tersiksa rasanya, namun.. Pasti tetap jua menunggu..

Dia tidak akan tahu
Bahawa kita sering kali menangis di dalam hati.. Menangis mengenangkan dirinya.. Walaupun tidak kelihatan jelas di raut wajah.. Namun di dalam, tidak siapa yang mengetahui akannya..

Kita lakukan kerna
Berharap agar dia kembali pulang di sisi.. Moga cinta ini terus bersemi hingga ke akhirnya.. Kerna, dirinya begitu istimewa bagi kita..

Kita lakukan kerna
Perasaan cinta terhadapnya tidak pernah putus dalam hari-hari yang mendatang.. Kerna telah di sematkan di dalam hati.. Dia adalah cinta matiku..

..Bila telah di sematkan.. Tidak dapat untuk dikatakan apa-apa.. Perasaan ini sukar untuk timbul, tetapi sekiranya timbul.. Maka, amatlah sukar untuk kita melupakan orang yang kita cintai..

Penantian satu penyiksaan, namun tetap jua kita nantikan.. Kerna hati kita tidak pernah lentur untuk menyintainya.. Biarpun sekarang, sekiranya dia dimiliki oleh seseorang, tetapi masih tidak lagi memberi kata putus apakah hubungan ini masih lagi di teruskan atau tidak.. Tetap jua kita nantikan kerna, kata putus dapat membuatkan hati kita lega..

Kata putus adalah yang sebaiknya.. Kerna dengan kata putus ini.. Membuatkan kita dapat menjadi diri kita semula.. Oleh itu, cinta yang tergantung amatlah menyiksakan kerna kita sudah tidak menjadi diri kita yang asal.. Sering hidup dalam penipuan terhadap hati sendiri..

*Note:
Inilah apa yang telah aku rasakan sekarang.. Aku ceritakan atas pengalaman yang sedang aku lalui sekarang.. Sekarang, hanyalah yang aku perlukan kata putus daripada dia.. Barulah hati aku ini tenang.. Aku nanti nantikan kata putus daripada hari itu hingga kini..

Thursday, November 24, 2011

Kadang Melepaskan Cinta, Mempunyai Erti Bahagia

...Kecewa bercinta bukan bermakna matlamat dunia kita sudah pun berakhir.. Jangan kerana ditinggalkan oleh mereka, kita duduk termenung bertemankan air mata.. Sedangkan mereka sedang berbahagia dengan kekasih mereka yang baru...

Bahagia itu hadir di dalam hatikita walau kadang orang memandang kita tidak bahagia.. Kerana bahagia itu tidak semestinya bersama dengan orang yang kita sayangi.. Kadang bahagia itu terselah melepaskan dan merelakan dengan ikhlas melihat orang yang kita cintai hidup bahagia walau bukan dengan kita..

Kadang kita merasakan bila kita dapat bersama sama dengan insa yang kita merasakan ada cinta antara dua hati adalah satu kebahagiaan yang kita cari selama ini.. Sedang kita sendiri masih kabur di dalam mencari sesuatu yang di panggil bahagia.. Adakah kita pasti dan yakin, bahagia itu ada bersama kita bila kita memiliki orang yang menyintai kita dan kita jua menyintai dia.. Itu lah kita, amat pasti pada suatu suratan yang kadang jua mempunyai kegagalan pada akhir cerita..

Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusk jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang.. Kenangan sering kali dikaitkan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Kenangan akan terus mekar untuk diingati dan amat susah untuk di lupa..

Buat seseorang yang kamu masih mencintai dan menaruh harapan, kamu pasti akan selalu mengingati setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan di saat itu, mata kamu pasti berkaca.. Kerana saat bersama dia itu tidak bisa berulang selalu.. Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga..

Kita akan selalu leka akan perkara yang selalu asyik di buai dengan perasaan sedangkan berada kita di sini bukanlah menyesali perkara yang lepas.. Namun sekuat mana kita untuk melupakan, kuat lagi kenangan itu datang mengusik di sanubari..

Dan bahagia kita juga bukanlah satu kepastian yang kekal selamanya.. Pasti ada dugaan dan ujian yang datang menimpa menduga sejauh mana kekuatan di dalam diri kita mengatasinya.. Dan di situlah kita tahu adakah kita mampu untuk melawan arus sesuatu permasalah yang timbul pada satu kesusahan..

Merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa

Dan bila kita di uji, seharusnya kita sebagai hamba Allah bersabar dan melakukan yang terbaik supaya sesuatu perhubungan yang terjalin dapat dipertahankan.. Di dalam mengatasinya kita harus ada usaha, kemudian berdoa dan bertawakal pada Allah..

Hidup kita bukan memperjuangkan cinta sesama insan.. Walau itu menjadi lumrah di dalam kehidupan kita, tapi letakkan yang utama di dalam hati kita cintakan Allah, seterusnya Rasul.. Cubalah untuk memperbaiki sikap kita yang semakin hari semakin jauh dalam mencari hakikat.. Menangislah tika iman kita semakin hilang dan tabahlah hati bila cinta sesama manusia tidak kesampaian

Wednesday, November 9, 2011

Air Mata Seorang Lelaki

Kita tidak dapat ulang masa silam untuk memungkin bahagia masa depan, kita belajar dari kesusahan untuk menapak mencapai bahagia

Walau sekeras mana pun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untukmu itu.. Dan jika lelaki itu tidak mampu membuat kamu bahagia, segeralah kamu melepaskan dia berlalu pergi..

Apabila seseorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat di lihat dengan jelas.. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selembut kapas.. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya

Pada wanita yang pernah membuat lelaki ini menangis kerananya.. Sedarlah hati lelaki takkan lembut dan menjadi seolah kebudak-budakkan jika cintanya tidak sepenuh hati.. Hargailah lelaki itu yang pernah menangis disebabkan kamu.. Kadang dalam riak matanya memberi satu jawapan untuk seribu soalan pada kamu.. Cubalah memahami walau sejenak

Dan bila terjadinya satu saat genting perpisahan, jangan sangkakan tiada kepedihan dalam lubuk jiwa lelaki itu.. Sedangkan lelaki jua bisa menangis dari dalam hati.. Bukan kerana ego mahupun sombong akan diri.. Tapi inilah lelaki yang dunia kami amat berbeza.. Kesedihan hanya mampu dipendam saja seolah membiarkan angin lalu menyapa

Air mata lelaki amat sukar untuk mengalir.. Amat tinggi nilai jatuhnya setitis air itu yang menjadi punca mengalir pabila kecewa dalam sesalan.. Kadang kesedihan yang teramat menusuk kalbu pun belum pasti lelaki ini menangis.. Dan kerana seorang wanita yang pernah membuat dunia cintanya musnah, pasti ada yang pernah mengalir air mata

*Note:
Aku pernah mengalami akan semua ini sewaktu di dalam alam percintaan.. Kekasih ku tidak pernah
mengetahui bahawa aku pernah mengalirkan air mata kerananya.. Telah banyak kali aku menitiskan air mata sewaktu di UiTM.. Tanpa di sedari oleh siapa-siapa..

Friday, November 4, 2011

Result Pre-Commerce

Alhamdulillah.. Setelah sekian lamanya penantian yang di hadapi, maka dengan ini semuanya akan terjawab pada tarikh 04-11-2011.. Jam 09:00 ini, keputusan FINAL EXAM UiTM akan dikeluarkan.. Sudah tiba masanya untuk semua warga UiTM Alor Gajah untuk mengetahui POINTER CGPA..

Segala usaha yang telah di lalui selama 6bulan ini, harapan agar ianya membuahkan hasil.. Kerna 6bulan ini, sudah banyak perkara yang di lalui dengan penuh pancarobanya.. Hasil kerja keras untuk terus menyambung pelajaran demi mengejar cita-cita agar masa hadapan cerah di kemudian hari..

Dalam mengejar sebuah cita-cita, terlalu banyak rintangan dan cabaran yang bakal datang melanda diri.. Adakalanya ia sukar untuk di terima oleh akal seseorang.. Ianya nampak mudah, tetapi sebenarnya adalah sebaliknya.. Maka, jangan terlalu ambil mudah terhadap sesuatu perkara yang datang melanda..
Itulah dia namanya perjalanan dalam mengejar sebuah cita-cita yang tidak pasti dapat di miliki mahupun sebaliknya..

Dunia ini adalah percaturan hidup.. Siapa yang berani dan cekal untuk menghadapi cabaran yang sedia mendatang kepada dirinya.. Maka, InsyaAllah seseorang itu akan berjaya.. Dengan segala apa yang telah seseorang itu lalui.. Penat lelahnya mengharungi segala yang datang, akan ada lah hasil untuk seseorang itu.. Namun, tidaklah boleh bagi sesiapa melawan takdir yang sudah tertulis untuknya..

"Sekarang yang tinggal untuk saya dan rakan-rakan, hanyalah berserah pada Illahi.. Moga dapatlah kami semua meneruskan perjuangan yang akan mendatang.. Segala usaha dan pengorbanan yang telah di lalui akan membuahkan hasilnya.."

Perkara yang sudah berlalu, tidak dapat di kembalikan semula.. Apa yang sudah berlaku, sudah pun terjadi pada masa lepas.. Inilah takdir dalam sebuah kehidupan.. Terima apa saja yang bakal melanda pada diri sendiri..

"Harapan saya, moga kita dapat meneruskan pembelajaran semester kedua.. Biarpun kali ini kita semua tidak lagi dalam 1course, pembelajaran tetap akan di teruskan.. Semua ini untuk diri sendiri, bukannya untuk orang lain.."

" Untuk rakan-rakan PD 002 1F.. Aku harapkan kita semua berjaya dalam menggapai sebuah impian yang tidak pasti akan menjadi milik kita.. Namun sekiranya kita berusaha untuk menggapainya.. InsyaAllah, suatu hari nanti ianya bakal menjadi milik kita.."

" Rakan-rakan UiTM pula, pun sama, sama seperti rakan sekelas aku.. Biarpun tidak sekelas, tapi inilah pengharapan aku untuk kalian semua.."

Semua orang mempunyai impian.. Impian tidak akan tercapai sekiranya tiada usaha untuk menggapainya.. Berusahalah dalam menggapai impian tersebut.. Jangan biarkan impian tersebut terkubur.. Kerna, suatu hari nanti, anda akan menyesal kerna tidak menggapai impian yang patut anda kecapi..

Tapi ini semua kuasa Allah.. Sekiranya berusaha tidak jua gapai.. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.. Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..

Thursday, November 3, 2011

Pesan Pada Hati

Perkara yang amat menyakitkan dan sering terjadi pada kita pabila menyintai seseorang namun orang yang kita amat dambakan kasihnya menyintai orang lain.. Terasa pedih dan hilang satu semangat baru untuk bangun

Menyintai seseorang kadang tidak memerlukan sebab yang terlalu terperinci.. Kadang tanpa kekuatan di dalam diri, hilang satu nada yang berirama.. Jika berani untuk bercinta, berani jua untuk meluahkan..

Pesan pada hati
Agar selalu kuat dalam mencari diri.. Usah di rindu pada yang telah pergi.. Moga tiada kekangan yang membawa pedihnya hati..

Pesan pada hati
Biar saja rindu itu berlabuh.. Jangan terlalu asyik di dalam angan-angan.. Biar saja menjadi kenang-kenang agar hati ini selalu saja kuat.. Kuat di dalam mencari diri, suatu tika dulu akulah insan bertuah.. Tapi kini, aku lemah tanpa ada kamu..

Hati merintih, hati terluka
Bukan hati ini tidak tahu mana sakitnya.. Cuma hati ini degil.. Hati ini asyik teringat pada satu tatap wajah.. Hati ini amat rindu.. Hati ini amat dambakan.. Kita yang dulu.. Menyintai seseorang bererti bukan memilikinya..

"Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki"
Melepaskan sesuatu tidak bermakna kita akan terus di dalam kalah yang berpanjangan.. Kadang ada sebab tertentu, kita terpaksakan lepaskan orang yang kita sayang

Walau cinta dikhianati, maafkanlah.. Walau sesukar mana.. Maafkanlah.. Cuma hati ini tak mungkin akan melupakan penipuan tersebut


Jika Dia Memang Pelabuhan Hati Terakhirku

Sungguh cinta tak ada yang salah,
Ia wujud sebagai anugerah dari Allah SWT menjadi penyejuk jiwa kita yang lemah,
dan kadang-kadang memberi warna dunia kian indah..

Dalam hening yang sepi
kita luahkan hasrat hati bersama doa..
kita berharap Allah SWT mahu menerima.. Mahu mendengar..
kerana di atas kehendak DIA lah semua ini ada..
Cinta yang nyata hadir di dalam jiwa kita..

Ya ALLAH..
Jika dia memang untukku..
jagalah kami dengan kasih dan sayang-Mu,
jika memang dia pelabuhan hati terakhirku..
naungi kami dengan rahmat serta redha-Mu Ya Allah..
amin..

"Seolah cinta itu mematikan hatinya membutakan cahaya yang ada"

Monday, October 31, 2011

Kamu Yang Cukup Sempurna, Istimewa dan Terbaik Buatku


Meninggalkan dirimu tanpa satu alasan yang cukup kuat bukanlah bererti tiada lagi cinta di dalam.. Tapi kerana aku amat menyintai dirimu, kerana itulah aku melangkah pergi.. Kerana kamu cukup sempurna di mataku.. Kerana aku bukan seorang yang terbaik menjadi yang teristimewa buatmu..

Aku telah cuba sebaiknya menjaga hatiku agar tidak berpaling dari terus menyintaimu.. Dan menyayangimu sepenuhnya di dalam erti kehidupan ini.. Aku telah memberi kepercayaan yang kuat dan penuh di dalam kisah cinta kita yang tiada bertepi ini.. Namun, segala-galanya tidak lagi mengikut apa yang kita rancangkan..

Jika kamu mengerti mengenali kamu, merasakan cinta antara kita.. Dan menyayangi kamu, mencintai kamu adalah antara hal yang terindah pernah aku lalui di dalam hidupku.. Terima kasih kerna pernah menjadi sebahagian dari jiwaku di dalam hidup ini..

Bagiku..
Engkau terlalu istimewa di dalam penghayatanku.. Tiada langsung akan cacat celanya perbuatanmu hingga aku selalu saja membiarkan kamu penat memikirkan tentang diriku.. Sungguh aku tiada langsung akan bahagia andai diriku masih lagi begini membiarkan engkau menerimaku di dalam tidak kesempurnaan di mata perempuan..

Bagiku..
Engkau terlalu baik hinggakan tiada langsung akan celanya di mataku.. Hinggakan tiada memori pahit tentang dirimu.. Engkau menjaga diriku seumpama menjaga dirimu sendiri.. Engkau menjaga hatiku seakan menjaga hatimu agar tiada akan kecewa..

Bagiku..
Engkau terlalu sempurna di mataku, hingga tiada lagi ciri-ciri yang aku inginkan dari seorang perempuan selain dari engkau.. Engkau punyai jati diri yang kuat dalam dakap dada.. Cukup memiliki apa yang aku cari..

Bagiku.. Mencintaimu adalah seikhlasnya.. Menyayangimu dengan sepenuhnya.. Menerima siapa pun kamu adanya..


Akan tetapi.. Adalah amat tidak adil pada kamu..
Aku punyai ruang-ruang kosong di dalam jiwa ini sedangkan aku tahu bukan kamu adalah isian yang tepat.. Ruang kosong di dalam jiwa ini semakin lama semakin merebak lagi besar hinggakan tiada lagi akan sempitnya cinta kita dulu..

Aku menjadi takut kerana aku tahu siapa diri aku.. Siapa aku hanya seorang yang amat kerdil dan hina jika hendak di bandingkan dengan engkau sang puteri.. Kerana aku bukannya yang sebaiknya untuk kamu seorang yang amat sempurna di mataku..

Kamu berhak mendapat seseorang di sisimu yang lebih baik dariku.. Mungkin lagi terbaik dari aku..

Bukan tiada lagi cinta..
Kita, antara aku dan kamu.. Mohon agar lepaskan sahaja diriku ini.. Mohon agar cepat-cepat lupakan saja aku ini.. Kerna aku bukanlah yang terbaik buatmu.. Kerna aku adalah seorang yang kian menjauh pada satu kisah cinta kita.. Bukan kerna tiada cinta kita antara aku dan kamu..

Tapi kamu cukup istimewa.. Cukup sempurna.. Dan teramat baik berbanding dengan aku..

Andai kamu tahu..
Amat aku menyayangimu.. Tiada akan masa aku tidak merinduimu.. Amat tebal di dalam jiwa ini kasih yang telah bersemi..

Andai kamu tahu..
Telah aku tanamkan azam untuk menjadi pemimpin yang akan memimpinmu.. Memasang angan-angan tika malam menjelma.. Seolah memohon mimpi indah sahaja tentang kita..

Andai kamu tahu..
Telah aku bayangkan betapa indahnya kehidupan kita berdua setelah aku menjadi halal bagimu.. Kesana sini aku terbawa wajahmu..

Tapi kamu cukup istimewa.. Cukup sempurna.. Dan teramat baik berbanding dengan aku..
Duhai kasih.. Moga baik-baik saja permintaanku.. Kerana aku bukan pilihan yang terbaik buat kamu.. Kerana aku amat serba kekurangan berbanding kamu.. Diriku amat jauh jika di ibaratkan dengan kamu..

Duhai kasih.. Aku percaya berpisah kita ini punyai hikmah.. Punyai sandaran hati akan suatu cerita.. Bukan kerana tiada lagi cinta

Dan di saat apa yang kita hajati itu semakin hampir akan sesuatu yang kita tertunggu-tunggu.. Di dalam meniti perjalanan yang kita sendiri mahukan.. Semakin hari semakin kita melihat bertapa pasti akan meriahnya kehidupan hidup berdua.. Kerana berdua itu setelah menjadi halal adalah yang kita tunggu-tunggu..


Agar lepaskan saja diriku..

Thursday, October 13, 2011

Cinta Elysa ?

Hari selasa yang lalu,
Setelah aku pulang dalam keadaan kepenatan selepas bermain takraw, aku merehatkan diri ini.. Terasa jua akan penat aku bermain hari ini.. Hush.. Aku harap, lama-lama sedap sikitlah badan aku ini, bukan nk tough tapi sedap mata melihat, hehehe.. Terbaik.. Sebenarnya bukan ini yang aku nak cerita.. Jom kita cepatkan sikit jalan penceritaan dia.. Zesst zesst zesst.. Okay, kali ini kita sudah sampai kepada penceritaan yang sebenarnya .

Malamnya itu, selepas aku balik daripada menunaikan apa yang wajib.. Aku memasuki rumah untuk berehat sebelum buat kerja apa yang patut.. Tetapi, malam itu, aku dengan tidak sengajanya terdetik di hati nak menonton TV.. Entah kenapa hari ini aku nak tengok TV pun, aku sendiri tatau lah . Perh, apa yang membuatkan aku terasa nak tulis blog ni, kerana ini lah dia.. Dia pergi tulis tajuk jalan cerita dekat TV 3 tu, CINTA ELYSA.. Dengan perasaan sayup dan pilunya telah muncul tak kala aku menonton certita itu..

Ya Allah, kenapa tajuk cerita itu ada sangkut paut dengan nama EX yang aku sayang.? Bila terkenang kembali, betapa sedihnya aku kerna ditinggalkan Elysza.. Tak kala aku tengok cerita tu, terimbau kembali kenangan aku bersama Elysza.. Ya Allah, sungguh banyak dugaan yang menimpa diri ini.. Hurm.. Tetapi bila lihat semula tajuk cerita itu, ada kelainan pada namanya.. Cuma yang membezakannya adalah tak ada huruf "Z" jer lepas huruf "S".. Yakni, Elysza..

Disaat itu, hati ini berkata;
Aku amat merindui Mu, Elysza ! ! !
Cinta Elysza, cinta ku..
Sabar jer la dengan tajuk cerita Cinta Elysa .

Namun, walaupun cerita itu akan membuat hati ini sedih dan pilu.. Akan aku tetap melayan cerita ini selama mana aku bercuti. Bila di fikirkan balik, terbaik juga cerita ni.. Cuma, kalau diorang buat Heroin cerita perempuan dalam cerita ini rendah sikit.. Sungguh molek.. Molek aku katakan.. Sudah sama dengan kisah aku . Heeeee

Tuesday, October 11, 2011

Gembiranya hati

Ya Allah..
Aku bertuah kerna menjadi hamba-Mu.. Engkau telah memberikan hamba-Mu ini kegembiraan yang tidak dapat di ungkapkan dengan kata-kata.. Hanya hati sahaja yang mengetahui betapa gembiranya hati ku ini serta Engkau jua tahu betapa gembiranya hamba-Mu ini, ya Allah..

Petang ini adalah antara petang yang menyegarkan.. Petang ini jua adalah petang yang mengembirakan hati ku kerna.. Tak aku sangka, aku mendapat sesuatu yang bermakna dalam hidup ku.. Mungkin kepada kalian-kalian semua ini hanya perkara biasa.. Tetapi untuk ku, tidak.. Aku terasa, apakah ini peluangnya untuk merebutkannya kembali setelah sekian lama menghilang dalam hidup ku..

Petang ini, satu kiriman telah sampai di talian phone.. Kiriman yang sudah lama tidak muncul dalam inbox phone aku.. Kiriman yang aku tunggu-tunggukan selama ini.. Akhirnya, ianya muncul jua.. Hinggakan ianya munculkan perasaan sedih dan suka.. Sedih kerna, terharu rasanya kerna dia akhirnya mesej.. Suka pula kerna dia tidak lagi melupakan diri aku ini..

Tetapi sekarang, pelbagai-bagai soalan pula muncul di dalam kotak fikiran ku ini.. Memikirkan, apakah Elysza masih lagi mempunyai perasaan terhadap ku ? Apakah Elysza merindui ku ? Mengapakah secara tiba-tiba Elysza mesej aku ? Dan, kenapa soalan-soalan ini muncul sesudah Elysza mesej aku ? Arghh ! ! !

Aku sering merindui Elysza, tak pernah sedetik pun dalam hati ini untuk melupakan dia.. Setiap hari sering aku menunggu-nunggu untuk mendapat kiriman khabar daripadanya.. Itu yang pasti.. Aku sering memikirkan bahwa aku ingin buka buku baru bersamanya.. Kerna, Elysza adalah cinta matiku..

Aku akan terus bersabar untuk menanti-nantikan jawapan daripada Elysza.. Aku akan menunggu saat-saat aku dan dia bersama dahulu.. Cuma kali ini, aku ingin buka buku baru..

Tuesday, October 4, 2011

Pedihnya

Ya Allah ya tuhan ku..
Betapa pilunya hati ku pada saat ini . Saat orang bergembira takkala cuti semester , Aku merasakan sebaliknya . Biarpun apa yang Aku cuba lakukan untuk menyenangkan hati , semuanya tidak akan menjadi . Apakah ini disebabkan , Aku masih lagi merindui akan Dia ? Hurm...


Kenapa sukar bagi Aku untuk melupakan Dia ? Sedangkan Dia begitu mudah untuk melupakan diri Aku ini.. Kenapa ? Kenapa ? dan Kenapa ! ? Ya Allah , tabahkanlah hati hamba-Mu ini dalam mengharungi musibah yang sedang melanda .


Aku cuba untuk melupakan Dia , namun tiap kali Aku mencuba.. Seringkali wajahnya akan muncul dalam ingatan ku ini . Apakah ini kerna Aku telah menanam perasaan cinta mati ku terhadapnya sewaktu Aku dan Dia berkasih sayang dahulu ?


Aku sekarang seperti lelaki yang sudah hilang arah tujuan kerna menunggu jawapan daripada seorang perempuan yang Aku cintai . Hari demi hari , Aku menunggu sehingga kata-kata azimat keluar daripada mulutnya . Namun , apakah Aku boleh menunggu akannya dengan begitu lama ? Aku cuba.. Aku cuba untuk menanti-nantikan jawapan daripada Dia .


Positif mahupun negetif jawapannya , Aku redho . Kerna Aku perlukan jawapannya sekarang tetapi sudah semestinya Aku mahukan jawapan yang positif daripada Dia.. Aku amat mencintai akan dirinya namun Aku masih lagi waras untuk batas-batas pergaulan . Yang pasti , Aku sering mengharapkan agar Dia kembali pulang semula ke pangkuan Aku..

Tuesday, September 20, 2011

Cinta Pertama UiTM

Teringat sewaktu aku bersamanya.. Walaupun tidak lama, namun tetap aku ingat kerna dialah cinta pertama aku di UiTM.. Hampir 3 bulan setengah aku tiada sesiapa punya, dia muncul.. Munculnya dia menyerikan hidup aku yang hampir separuh kebosanan.. Malangnya, cinta aku di sini juga tidak lama.. Dia pergi tanpa meninggalkan pesan untuk diri aku ini..

Terimbas kembali sewaktu saling cinta-menyintai.. Ketika itu, semuanya indah dalam hidup ku ini.. Apa yang ada di sekeliling ku, semuanya cantik-cantik belaka.. Teringat sewaktu aku dengan-Nya keluar hanya berdua.. Manis sungguh rasanya ketika itu.. Tiada siapa yang menganggu semasa kita bersama berjalan-jalan.. Namun kini, semuanya hanya tinggal kenangan di dalam minda ku sahaja..

Sedarkah kau bahawa ;
Aku cukup menyayangi akan engkau, namun kenapa engkau tidak pernah hendak mengerti akan semua ini.? Tahukah betapa pilunya hati ini sejak engkau pergi meninggalkan aku.. Hari-hari ku yang selama ini indah, kini hanyalah kabur.. Aku telah mengaburi setiap mata yang memandang ku agar tidak siapa mengerti bahwa aku sedang kesedihan kini.. Aku sedang hidup dalam kepura-puraan sendiri.. Biarpun aku sebegini rupa namun aku mahu setiap orang yang melihat aku gembira agar mereka tidak merasa kesedihan yang aku rasakan.. Biarkan aku sahaja yang merasai akan kesedihan ini..

Acap kali aku merindui akan engkau, aku akan membaca semula mesej yang pernah engkau mesej aku sewaktu kita bersama dahulu.. Daripada mula kita berkenalan hinggalah jadi sedemikian rupa.. Semua mesej-mesej yang telah engkau kirimkan padaku, tidak pernah aku membuangnya dalam Phone.. Kerna, pabila aku teringat akan engkau, mesej itulah akan jadi penawar untuk hatiku yang duka ini..

Biarpun perhubungan kita tak lama, namun, aku tetap menyayangi engkau hingga ke saat ini.. Sedarkah engkau bahawa kenapa sampai sekarang aku masih lagi tiada sesiapa yang punya.? Kerna aku masih lagi mengharap agar engkau kembali pulang ke sisi aku.. Tapi engkau tidak sedar semua ini kerna aku sahaja tidak menampakkannya lagi seperti waktu-waktu dahulu.. Aku hanya mahu engkau faham sahaja, dan aku harap engkau akan faham..

Engkau bernama Nur Elysza Umirah Binti Mat Diyan, terima kasih kerna menerima cintaku dahulu.. Walaupun sekarang engkau sudah membuang jauh akan cintaku, cintaku ini akan tetap menunggumu sampai engkau mengambilnya semula..

Aku akan sentiasa menunggu hingga ke saat itu.. Jua, aku berharap engkaulah cintaku.. Tapi semua ini ketentuan Ilahi, aku hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.. Sekiranya benar engkau tercipta untukku, aku berharap agar Allah titipkan rasa sayang antara engkau dan aku tapi tidak melebihi cinta engkau kepada Allah dan Rasul-Nya.. Sekiranya tidak, aku berharap engkau akan sentiasa menjadi kawanku di dunia ini..



Aku harap agar engkau akan ingat diriku ini.. Walaupun cinta kita tidak lama, namun kenanglah aku dalam kenanganmu..

Monday, September 19, 2011

Perjumpaan Terakhir

Terkenang kembali kali terakhir sewaktu perjumpaan dengan rakan sekelas PD 002 1F.. Hari yang bertarikh 13-09-2011, itulah kali terakhirnya aku berjumpa semua rakan sekelas.. Walaupun tidak semuanya yang hadir, tetapi, aku tetap gembira.. Kepada yang hadir, aku ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kerana memberikan kerjasama..

Perjumpaan ini sepatutnya berada di Dewan Laksama akan tetapi disebabkan penuh, kami terpaksa menjalankan perjumpaan ini di Dewan Temenggung.. Perjumpaan ini dilakukan secara tidak sengaja kerna inilah kali terakhirnya kami akan berkumpul secara beramai-ramai satu kelas.. Perancangan ini dirancang oleh aku dan Safiq Hazeeq kerna kami membuat video untuk kelas yang sepatutnya kami tayangkan pada akhir kelas akan tetapi kelas itu batal.. Maka terpaksalah aku dan Hazeeq membuat satu perjumpaan bagi memberi lihat kepada rakan-rakan kelas akan kenangan selama berapa bulan di UiTM..

Walaupun tidak ramai yang hadir akan tetapi perjumpaan ini berjalan dengan lancarnya.. Gelak ketawa, sedih dan bermacam-macam lagi yang berlaku.. Bercerita tentang kenangan manis, pahit, masam dan pelbagai lagi.. Bercerita tentang siapa orang pertama yang kami jumpa sebagai budak kelas, orang pertama yang dia suka.. Hahaha, aku pun naik tergelak bila mereka bercerita..

Secara tidak sengaja, aku membuka satu slot, iaitu LUAHAN HATI.. Apakah yang ingin kami luahan pada kali terakhir ini kerna inilah kali terakhirnya kita berkumpul sebagai budak kelas PD 002 1F.. Ini pun secara tidak sengaja aku buat.. Entah kenapa aku buat pun tak tahu tapi, Alhamdulillah mendapat sambutan dengan baik.. Setiap seorang daripada kami bagi tahu dengan lancarnya.. Dalam pada masa yang sama, ada yang menangis sewaktu memberikan luahan hatinya kepada kelas.. Aku faham semua itu, aku faham..

Inilah kenangan kita, kenangan yang tidak akan aku lupa kerna kita adalah pelajar Group PD 002 1F.. Harapan aku kepada kalian semua agar terus mengejar cita-cita.. Ingatlah, dan jangan lupakan kenangan ini sampai bila-bila.. Terasa hendak menangis pun ada sekarang, kerna.. Aku tidak tahu bilakah agaknya kita akan berkumpul semuanya lagi sekali ???

Semoga kita berjaya mengejar cita-cita masing-masing.. Wassalam daripada aku dan aku ingin meminta maaf segala apa yang telah aku lakukan semasa kita sekelas selama berapa bulan ini..

***
Yang hadir; Siti Hajar, Fahizah, Nani, Iryanie, Zawanie, Maya, Yana (Bulat), Farah Hani, Ain, Izwan, Harmadi (3D), Hazeeq (Kulat) dan semestinya Aku

Tiada; Elysza, Nana, Saidatul, Intan, Yatt, Erin, Syuhadah, Nina, Wawa, Murnie, Ummi, Ayu, Daim (Bulus), Fitri (Ahcong), Fikry (Petak), Fizie (Baku), Ammerul (Kechik)

Friday, September 16, 2011

Gunung Ledang ?

Semalam, hari yang bertarikh 15.09.2011 aku bersiar-siar ke suatu tempat penuh dengan "legenda" dan "misterinya".. Aku pergi ke sana bersama 8 orang termasuklah aku.. Akan tetapi mereka ini semua berada dalam satu kelas kecuali aku seorang, kelas lain.. Insan-insan yang pergi bersama aku adalah Tengku Fadhli, Reza, Izzaty, Anis, Liyanna, Eyra dan Mira.. Kami bersiar-siar selama satu hari, tak reti nak balik... haha

Perginya kami ke sana selama 1 hari tapi bukanlah bermalam di sana.. Kami bertolak pagi, dalam kira-kira pukul 9 barulah kami bertolak sepenuhnya daripada UiTM Alor Gajah ke GUNUNG LEDANG.. Kami pergi ke sana dengan 2 buah kereta, tapi kereta sewa sahajalah.. Kereta sendiri, kene tunggu satu semester lagi hendak bawa kereta masuk ke UiTM..

Kami sampai ke sana dalam pukul 11 ataupun 12 tengah hari.. Tetapi mula-mula, kami terlajak, sepatutnya pusing kanan tapi kami terus meneruskan perjanan secara lurus.. Apa pun tak boleh.. Salahkan orang yang membawa kereta, kerna dia, kami terlajak jalan.. Hahahaha.. Sesampainya kami di sana, kami berehat sebentar kerna kepenatan berada di dalam kereta..

Pada mulanya, kami ingin mandi di tingkat atas kerna ternampak perkataan "KFC", siapa tak terkejut melihat perkataan itu, kerna kami ingatkan ada KENTUKY FRIED CHICKEN dekat kawasan hutan lipur GUNUNG LEDANG ini.. Sewaktu dalam perjalanan ke atas, semua sudah letih dan ingin berpatah balik ke bawah dan mandi di situ..

Seudahnya kami sampai ke kawasan yang ingin kami mandi, terlihatlah kami satu pasangan couple india sedang melakukan projek baik punya.. Terasa macam kami menganggu projek yang sedang pasangan itu lakukan di dalam air belakang batu, dan selepas itu pasangan itu beralih ke atas dan menyambungnya semula.. Tapi, sumpah aku tak dengar suara perempuan itu meraung kesedapan.. Mesti tak best laki itu buatkan.. Hahahahaha..

Pelbagai lagat lucu semasa kami bermandi-manda di sana, aku dengan perangai tak betulnya hinggakan tarian 3D aku lakukan di dalam air.. Apa pun tak boleh.. Kami berada di situ agak lama, 3 jam kami berada di sungai.. Sejuk pula mandi dekat situ hinggakan Kecik susah hendak masuk ke dalam air kerna kekejangan di suatu tempat.. Hahahaha, apalah.. Reza.. Sudah semestinya akan berdua-duaan dengan Anis, mesranya melihat mereka ketika berada di dalam air.. Eyra, Izzaty dan Mira, entah apalah seronok sangat menangkap ikan.. Aku lihat, tak ada pun seekor ikan mereka tangkap, hahaha (gelak kejam).. Liyanna apa lagi, menangkap gambar-gambar kami semua dan sesudah itu, dia pergi berjumpa dengan Kecik.. Aku pula? biasalah aku, pasti akan termenung memikirkan nasib aku.. Apalah yang akan jadi seterusnya dalam hidup aku..

Seusai sudah kami mandi di Gunung Ledang selama 3 jam, kami pulang semula ke Melaka.. Kami pergi ke Jusco untuk menonton panggung wayang.. Penat berfikir dengan mengerahkan otak untuk memikirkan apa cerita seronok yang ingin di tonton ketika itu.. Dan akhirnya telah di jumpai satu cerita yang seronok, Raya Tak Jadi.. Lawak cerita ini aku tengok, daripada aku mengantuk, terus segar, tapi semasa tengok wayang sahaja..

Selepas dari tempat itu, kami pergi ke Pantai Puteri.. Tetapi semua sudah mengantuk, ialah, kan sudah jam 12.. Siapa yang tidak mengantukkan ? Aku yang hanya duduk dalam kereta pun mengantuk.. Dekat sana, semua orang tidur kecuali Liyanna dan Kecik yang sedang berdua-duaan di tepi pantai pada waktu malam..

Bla bla bla bla, aku pun dah tak tahu apa yang hendak diceritakan lagi.. Banyak jua tempat yang ditujui tapi aku hanya bercerita tentang tempat-tempat yang boleh dikatakan seronoklah jua.. Kalau hendak diceritakan semuanya, letih dan penat otak aku untuk memikirkannya..

Apa-apa pun, aku balik hari ini dalam pukul 8.00 pagi.. Masuk ke bilik dan mengucapkan selamat malam pada orang sekeliling aku, ada ke orang ? Yang penting, ini semua sudah tinggal kenangan.. Kenangan yang sukar untuk diganti .

Saturday, September 3, 2011

Raya Tahun 2011







Selamat Hari Raya semua orang

Walaupun agak lambat aku "wish" mengucapkan hari raya, tetapi kita masih lagi dalam bulan perayaan.. Raya tetap raya, sebulan kita menyambut bulan syawal, sambut raya.. Akan tetapi, aku tidak dapat menyambutnya dalam sebulan kerna aku tidak lama lagi hendak pulang ke UiTM semula..

Hanya ini sahaja gambar-gambar aku semasa menyambut raya ke 2.. Aku bukanlah yang jenis suka bergambar, hanya ini sahaja gambar yang ada ketika aku sedang beraya.. Jejaka yang memakai baju bunga-bunga itulah aku, aku pun tak tahu mengapa aku memakai tema baju kemeja macam ini.. Rasanya mungkin kerna semangat raya dan kemerdekaan, mungkinlah.. Aku hanya beli baju ini kerna sudah tertawan melihatnya..

Aku merasakan seperti raya tahun ini kurang menyeronokan, aku tidak tahu mengapa hati aku mengatakan sebenigi rupa.. Tetapi raya tahun ini aku banyak jugak merayau walaupun rasa macam tidak seronok.. Hahahahaha

Nur Amiha, Atiqah dan Noor Atiqah Iwana, aku telah buat apa yang telah aku janjikan pada tahun lepas.. Walaupun lewat setahun aku janjikan, tetapi aku tetap laksanakan.. Hari ini, aku bawa kalian jalan-jalan beraya rumah sahabat-sahabat kita, dengan menaiki kereta yang aku bawa.. haha . Apa-apa pun, letih rasanya kita beraya, daripada pagi sampai, baru balik ni.. haha .

Apa-apa boleh jugalah layan raya pada tahun ini
haha

Friday, August 26, 2011

Semua orang balik.. Aku Ini?

Saat kawan-kawan aku pulang dengan gembiranya ke kampung halaman masing-masing, aku masih lagi di sini.. Tersadai keseorangan di dalam bilik, mengenangkan keluarga aku di kampung halaman dan kekasih aku yang baru sahaja bertolak pulang ke kampung halamannya bersama keluarganya.. Terasa gembira pula melihat mereka semua pulang bersama keluarga atau sendirian hari ini, tetapi terasa jua sedihnya dalam hati ini kerna, aku tidak pulang pada hari ini.. Kerna tiket bas aku, esok..

Terasa sungguh kerinduan aku pada kampung halaman di Desa AlamRia, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor.. Agak panjang dan jua 'detail' aku menuliskan di mana tempat tinggal aku.. Hehehehe.. Inilah namanya kerinduan aku terhadap kampung halaman..

Hati aku mula rasa tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman nun jauh di sana.. Kerna, aku sering kali di perdengarkan dengan koleksi-koleksi lagu raya di sini.. Terasa pilu dan sedihnya pabila sering kali diperdengarkan dengan koleksi lagu raya.. Aku menahan rasa sebak di dada, kerna tidak mahu di lihat terlalu sedih kerna hari raya ini..

Akhir kata daripada aku, "Walid Ummi, akhi balik esok ! Tunggu kepulangan akhi di sana !" dan untuk kekasih ku yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung, "Elysza, hati-hati semasa pulang, jika ayah letih, berehat sebentar, jika elys mengantuk, tidur ye "

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA YANG BAKAL MENJELANG TIDAK LAMA LAGI

Tuesday, July 26, 2011

Sayang Akan Orang Klang

Elysza, tahukah Elys bahawa, aku merasa teramat rendah diri bila berhadapan dengan mu pagi tadi.. Dalam hati aku, terasa sangat sekali ingin menegur akan kau.. Namun entah kenapa mulut ku seperti dikunci oleh sesuatu, ianya menghalang aku untuk menegur mu seperti dahulu kala...

Diri ku adakalanya terasa kerdil bila berhadapan dengan mu, kerna aku tidak tahu akan hal ehwal semasa.. Malangnya rasa diri ini kerna tidak mengetahui apa-apa..

Sekarang, jiwa dan raga aku merasakan teramat siksa pabila mengingati akan kau, Elysza.. Perasaan aku selalu sahaja menyalahkan diri sendiri atas apa yang pernah berlaku sewaktu kita saling bermesra.. Hati ku sedih kerna, aku telah melukaki hati seorang perempuan yang amat aku cintai.. Ingatan aku ini seringkali mengingati sewaktu kita mula tidak bertegur sapa atas kerna sikap aku yang egois..

Semasa cuti MID-SEMESTER, aku banyak memikirkan atas apa yang pernah aku lakukan terhadap kamu.. Aku teramat menyesali kerna telah melakukan sedemikian rupa kepada kamu.. Acap kali aku menangis sendirian bertemankan bulan dan bintang serta langit yang terbentang dengan luas kerna memikirkan perkara yang sudah aku lakukan..

Hendak dicerita, kepada siapalah yang mahu mendengar akan masalah ini kerna bagi mereka ini hanyalah perkara yang remeh-temeh.. Tapi bagi aku ianya tidak kerna, keluarga aku sudah mula suka akan seorang perempuan yang aku jua suka.. Tapi aku tidak menceritakan apa yang berlaku sekarang antara aku dan kamu.. Hanya diceritakan, cerita rekaan agar aku tidak mahu mereka memandang serong kepada seorang perempuan yang anak mereka suka.. Inilah pertama kalinya Walid aku suka akan seorang perempuan yang aku suka.. Gee

Sayang ku terhadap mu tidak pernah putus kerna sayang aku terhadap Elysza telah aku sematkan dalam hati ini.............

Saturday, May 28, 2011

UiTM A.G












Akhirnya aku dapat balik sekejap pada hari ini, alhamdulillah.. Akan tetapi, pada keesokkanny aku sudah kena balik UiTM semula.. Aku sudah menjadi pelajar UiTM dengan rasminya, hehehehe.. Aku sendiri pun tidak menyangka akan dapat melangkahkan kaki di UiTM..

Agak jauh juga la perjalanan ke UiTM daripada rumah.. Bila dilihat semula, besar jua kampus UiTM Alor Gajah ini.. Boleh dikatakan akan terasa penat jualah hendak pergi ke kelas.. Tapi apa-apa pun aku berasa seronok kerna dapat belajar dekat UiTM yang kampusnya besar..

Pada awal kemasukkan, aku digelar Ustaz.? Ilmu agama pun tidak sedalam mana sudah dapat gelaran macam itu, apa-apa pun ustaz, hahaha.. Kalau kalian hendak tahu, UiTM aku dekat Malaysia, hahaha.. Nak sambung luar negara, tengok result spm.. Aku sedar siapa aku, hehehe..

Baiklah, sekarang aku akan cerita mengenai kolej kediaman, aku duduk kolej kediaman KASTURI, bilik 1308.. Kawan yang sebilik dengan aku 3 orang yakni ; Azfar ( botak ) Azizi ( black ) dan Zairy ( lendu ) . Tapi BLACK dapat tahan dalam beberapa hari dan selepas itu, berhenti dan sambung matrikulasi.. Sekarang bilik aku tinggallah kami bertiga.. Level aku di gelar G-Wanted , mungkin muka budak-budak dekat level aku, memang wanted-wanted kot rasanya.. Hahaha

Itu sahaja daripada aku.. Terima kasih kerna sudi menghabiskan masa untuk membaca blog yang tidak seberapa ini..

Friday, May 20, 2011

To all who know am i..

Sahabat-sahabat dan jua teman ku atau orang yang mengenali ku secara langsung atau tidak.. Sekiranya aku ada melakukan salah silap, secara langsung mahupun sebaliknya.. Aku pohon minta maaf daripada hujung rambut ke hujung kaki.. Aku ini insan yang sering melakukan kesalahan, dan jua tidak bisa lari daripada melakukan kesalahan dalam tiap-tiap hari ku..

Segala apa yang kita lalui bersama, aku akan ingat kerna kalianlah yang sering membantu secara langsung atau sebaliknya, secara sedar atau tidak.. Tetapi yang aku ketahui, semuanya telah membantu akan aku ini..

Terima kasih kerna korang sanggup terima aku jadi kawan, sahabat, teman dan membe kalian.. Aku yang hina dan teruk ini kalian terima dengan apa seadanya pada diri aku ini.. Terima kasih banyak-banyak tak terhingga aku ingin katakan..

Aku harap kita dapat berjumpa lagi, cuma tidak tahu bila dan di mana, tetapi masa itu akan tiba jua dan sementara itu kita terus mengejar impian yang kita idamkan..

Terkilan rasanya hendak meninggalkan kalian tetapi apakan daya.. Semua ini sudah tersurat bahwa kita tidak akan meneruskan perjuangan bersama.. Aku terima semua ini dengan hati yang terbuka dan redho dengan ketentuan Ilahi.. Mungkin perjalanan aku bukan di sini, perjalanan aku mungkin berada di luar sana dan menunggu akan diri aku ini..

Sekali lagi mohon maaf ku pinta sekiranya aku ada terkasar bahasa dengan korang sekalian.. Aku doakan agar kalian berjaya dalam apa jua bidang yang kalian ingin cebur..

Wednesday, May 18, 2011

dimanakan ku cari ganti

Hendak ku nangis
Tiada... Berair mata

Di manakan ku cari ganti
serupa dengan mu
tak sanggup ku berpisah
dan berhati patah hidup gelisah

Alangkah pedihnya rasa hati
selama kau pergi
tinggal aku sendirian
tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
cahaya indah tiada berguna
keluhan hati ku menambah derita
kini kau jua tak kunjung jelma

Di manakan ku cari ganti
mungkinkah di syurga
untuk kawan berduka
menangis bersama selama-lamanya

Dunia terang menjadi gelita
cahaya indah tiada berguna
keluhan hatiku menambah derita
kini kau jua ta kunjung jelma

Di manakan ku cari ganti
mungkinkah di syurga
untuk kawan berduka
menangis bersama selama-lamanya...

Tuesday, May 17, 2011

Untuk adik-adik ku

Setiap hari ku pada masa ini hanyalah menghitung hari detik demi detik untuk pergi . Masa yang ku nanti apakan ada akan tiba tidak lama lagi . Jurang cerita kisah yang panjang . Pada masa ini , semua perasaan ku bercampur aduk dengan gembira , sedih , pilu dan pelbagai lagi . Adakalnya terasa macam henak menangis pun ada , tapi tidak ku tahu kenapa perlu aku menangis .

Dalam kegembiraan, perasaan aku terasa sedikit sedih kerna akan meninggalkan keluarga yang selama ini menjadi tunjang kekuatan.. Siapalah aku tanpa mereka di sisi ini.. Aku hanya insan yang tidak mengetahui apa-apa yang berlaku di sekeliling.. Adakalanya aku terfikir, siapakah yang akan menjaga mereka tak kala mereka memerlukan seseorang kerna satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini hanyalah aku.. Siapakah akan membuat kerja yang selama ini aku lakukan.? Rutin harian ku, siapakah yang akan menggantikannya.? Sekarang aku berharap agar adik-adik ku dapat hidup berdikari dengan sendirinya kali ini..

Untuk Angah, aku harap agar kau jangan bangun lambat sangat selepas ini kerna aku sudah tiada dekat sini.. Maka tiada siapa yang akan menghantar dan mengambil engkau pergi dan balik sekolah lagi.. Tolong jaga alang baik-baik kerna dialah satu-satunya adik kita yang terakhir.. Kita ini hanya 3 beradik saja dan jangan duduk sambil lewa untuk membuat kerja rumah dengan sendirinya.. Jangan tunggu sampai ummi menyuruh buat, baru terasa hendak buat.. Rajin-rajinkanlah buat kerja dengan sendiri.. Ini yang penting untuk engkau, belajar sungguh-sungguh kerna aku tak nak ummi bagi tahu pada aku bahwa engkau tak habis-habis tengok Utube layan cerita korea selalu.. Ketahuilah bahwa tahun ini engkau akan menghadapi SPM, angah.. Teringin sekali aku melihat engkau masuk Universiti sama seperti aku.. Dan yang terakhir, jangan buat walid dan ummi sedih dengan sikap engkau.. Sekiranya aku mendapat berita kurang enak di dengar, cuti semester aku terus sahaja sepak engkau sesudah sampai rumah.. Ini janji aku dengan engkau, kalau angah bagus dalam SPM akan aku hadiahkan angah sesuatu yang special seperti yang aku janjikan dulu..

Adik, engkau pula jangan selalu melawan setiap apa yang walid dan ummi katakan.. Jangan asyik tarik muka masam engkau itu selalu depan ummi dan walid.. Tolong juga angah apa yang patut.. Engkau juga kena belajar bersungguh-sungguh kerna engkau itu anak kesayangan keluarga.. Along harap engkau pun jangan selalu duduk dihadapan komputer main game saja.. Kalau adik buat perangai baik-baik selalu, adik jua akan dapat hadiah daripada along seperti mana angah dapat..

Along tak akan ada dekat di rumah untuk 6 bulan.. Aku harap adik-adik along pandai-pandailah adik dan angah buat kerja.. Bantu antara satu sama lain.. Jaga ummi dan walid dan selalu-selalukanlah mengambil hati mereka.. Biarpun along selalu marah-marah adik dan angah, itu pun suruh adik dan angah menghadap buku untuk membuat latihan banyak-banyak.. Supaya adik dan angah pandai.. Jangan jadi macam along.. Biarpun along macam ini tapi along nak adik dan angah berjaya mengejar cita-cita yang korang idamkan..

Biarpun along tak pandai dalam menguruskan adik dan angah tapi selalu ingat-ingatlah pesanan along selama ini.. Sudah hampir hari-hari along beri nasihat pada adik dan angah.. Maka along harap agar adik dan angah tidak mensia-siakan nasihat along yang berbuih-buih selama ini berikan.. Along sayang adik dan angah kerna kalianlah adik-adik yang along ada.. Mesti along akan rindu adik dan angah kerna kita hanya 3 beradik sahaja.. Jaga diri baik-baik.. Sayang along dekat adik dan angah..

Sunday, May 15, 2011

18 tahun do umo aq.. haha

Ramai-ramai, mari kita ucapkan SELAMAT HARI LAHIR pada aku woi ! ! !


SELAMAT HARI LAHIR

SELAMAT HARI LAHIR

SELAMAT HARI LAHIR PADA AKU SENDIRI

SELAMAT HARI LAHIR


Hahaha, sudah sah-sah aku ini tak ada kerjekan.. Tapi apa-apa pun, tepat sahaja pukul 12 tengah malam maka genaplah umor aku berusia 18 tahun.. Hurm.. Sudah 18 tahun aku hidup atas muka bumi ini. Moga masoknya selepas ini aku menjadi lelaki yang pandang ke hadapan.. InsyaAllah..

Banyak juga orang mengucapkan hari lahir dekat aku.. Hahaha, terharu sungguh rasanya. Yang jauh makin dirapatkan, yang rapat di eratkan. Hahaha.. Tapi ada rasa terkilan jugalah kerna ada orang macam sudah melupai pada aku ini.? Mungkin dia terlupa agaknya atau pada masa ini sudah tertidor.? Tidak mengapa, mungkin kepenatan la tu die belajar, bagus-bagus..

Ta ada ke hadiah untuk aku ini.? Tak akanlah asyik-asyik "wish" sahaja.? Terasa macam bosanlah pula kerna tak pernah sekali aku dapat kek ke.? Terakhir pun jikalau tidak silap aku tahun lepas.. Itu pun kek yang dibuat oleh seseorang untuk aku.. Yakni kawan baik aku sendiri yang buat, betapa baiknya hati dia tetapi tahun ini sudah tiada..
" Wei korang buat la lagi , mana tahu tahun ini ada peningkatan kesedapannya daripada tahun lepas "
Hahaha, tapi apa-apa pun kalian berdua memang menghargai aku hinggakan sanggup membuat kek untuk diri aku.. Terharu rasanya tapi itu pun hanya tahun lepas sahaja.. Manakah menghilangnya kek pada tahun ini.? Hahaha

Sudah 18 tahun umor aku ! ! ! Keluar malam-malam pun selepas ini kalau jumpa polis (jangan lupa pakai helmet) rasanya boleh siap boleh salam-salam lagi.. Sudah 18 tahun la katakan sekarang.. Sudah lepas kouta.. Banggalah pula rasanya, hahaha.. Masa untuk aku buat IC baru sudah tiba, tak mainlah IC muka 12 tahun.. Aku IC muka 18 tahun.. Hahaha..

Apa-apa pun, aku berharap aku sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.. Dan aku perbaiki lagi sikap aku.. Diri aku tak ada azam tapi aku cuma mengambil azam-azam yang dulu aku pernah buat.. Memang setiap tahun aku tak akan ada azam baru kerna azam yang lama belum tercapai dan mengharapkannya kali ini tercapai.. Hahaha

Saturday, May 14, 2011

Puisi Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2~Meyda Sefira & Oki Setiana Dewi



cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi nabi
mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat
mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman
mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibbah jadi muhibbah
itulah cinta


sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun jika cinta ku datangi
aku menjadi malu pada keteranganku sendiri


meskipun lidah mampu menguraikan
namun tanpa lidah , cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya


kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta


dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan

Friday, April 1, 2011

Letih

Aduyai.. Terasanya impak yang melampau badan aku rasakan kerna melakukan kerja yang melampaui batas aku ini.? Kalau mengangkat benda-benda berat, rasanya.. Tak jadi masalah tapi ini sudah kerje yang melebihi masa hinggakan kaki aku terasa susah nak berdiri dengan lurusnya.. Mata selalu kuyu kini lebih menguyu dan badan pula melebihi rasa letihnya.. 14-16 jam kerje.. Bilalah masanya aku akan dapat rehat secukup-cukupnya pun aku tak akan tahu.. Tetapi nasib baik sabtu ahad aku akan bercuti, haha..

Tetapi, "slacke"nya bila masuknya pula hari isnin - jumaat, akan terasalah letihnya semula.. Aku perlu mengerahkan keseluruhan anggota badan aku dan perlu bersengkang mata untuk melaksanakan kerja yang diberikan.. Pagi, petang dan malam.. Kerja yang tidak henti-henti sampaikan aku tiada masanya melepak lagi dengan Geng-geng aku.. Bak kata aku tadikan, hanya hari sabtu ahad sahaja aku rehat, maka hari itulah aku akan luangkan masa dengan mereka..

Tetapi sekarang sudah dekat berapa hari aku terasa pening-peningnya dan banyak juga "slacke" yang aku lakukan.. Arghh ! ! ! Sabar sahajalah.. Impak aku memang sudah melebihi tersangat-sangat ini hinggakan hendak berdiri pun susah.. Mata asyik terasa hendak tidur sahaja.. Entah kenapa aku ada rase macam sudah kehilangan sesuatu dalam beberapa hari ini.. Tapi sudah hendak buat macam mana, kerje tetap kerje.. Aku sudah tidak kisah biarpun satu anggota aku STOP sementara macam mana aku masa tak makan ubat.. Asalkan INCOME jua dalam poket aku ini.. Letih aku terlebih sampai tahapnya.. Tidak mengapa, esok hari sabtu, mahu rehat gila-gila.. Kalau nak ajak aku keluar, bagi aku fikir untuk 99 kalinya baru aku bagi jawapan.. Haha..

Tuesday, March 29, 2011

Nuril Husna

Stop crying zakwan ! You must accept, that she never love you anymore.. Infact, she has the one who live in her life.. You must go zakwan, for her sake and happiness.. If one day, i mean if.. She is for you, Zakwan, InsyaAllah that you and she will be together.. But right now, you must accept the faith and destiny, Zakwan.. Her hearts only for the one that she love, not for me anymore.. If you blood crying, nothing will change because this is the fact that you must accept it, Zakwan.. Zakwan, right now u must to do.. Believe what she has told you before.. Trust she, but we dont know what will happen in future because only Allah know what will happen to you and her, Zakwan.. For you right now Zakwan, go on with you own life..

Biar sekalipun telah banyak salah yang aku lakukan, dia sedikit tidak pernah mempersalahkan aku.. Jadi, dengan ini, aku kena berhenti menangis tentang dia.. Akan tetapi kenapa aku merasakan sukar.. Kenapa susah sekali bagi aku hendak berhenti menangis.. Apakah kerna setiap kali apa yang aku lakukan, pasti wajahnya aku terkenang.. Hmmm.. Sebak sungguh dada ini bila teringatkan dia, jadinya terus aku menangis dalam kepiluan.. Sungguh pilunya hati ini.. Akan tetapi aku mesti mengharunginya walau dalam apa cara sekalipun..

Dalam pada masa yang sama, aku mesti meneruskan kejar impian yang hendak kecapi selama ini.. Biarpun dalam mengejar impian, aku terpaksa merasakan kesakitan, mesti jua aku mengharunginya dalam apa cara sekalipun.. Oleh itu, dalam berapa bulan tidak lama lagi, aku akan pergi meninggalkan kampung halaman, Batang Kali.. Pergi mengejar impian yang aku idamkan selama ini..

Tiada siapa yang akan tahu ke mana kaki aku akan pergi melangkah pergi dalam mengejar cita-cita ini.. Sayang seribu kali sayang kepada aku kerna tidak dapat menceritakan ke mana langkah ku selepas ini.. Biarlah aku hilang daripada sini.. Kerana suatu hari nanti aku akan kembali, kembali ke sini.. Akan aku tunjukkan kepada semua orang, aku bukan lagi insan yang kalian kenal dahulu.. Maka dengan itu, kita akan berjumpa semula selepas itu.. Itu janji aku..

Terima kasih jua ingin aku katakan kerna pernah menyayangi diri aku selama ini.. Engkaulah wanita yang baik dalam menjadi kekasih aku selama ini.. Engkau selalu mengingatkan aku tentang betapa bernilainya solat malam.. Engkau sering kali jua memberikan aku nasihat-nasihat yang berguna.. Terima kasih awak yang bernama
Hifzatu Nuril Husna Binti Muhammad Azman..






bye and hope we will meet again..

Sunday, March 27, 2011

perbezaan pendapat

Kawan, bukannya aku tidak mahu menerima kata-kata kau yang mengatakan bahwa "bunga bukan sekuntum".. Akan tetapi bagi ku, dia adalah bunga ku.. Bunga yang aku rasa hendak dijaga dengan sepenuh hati agar kembang mekarnya dengan indah dan jua dilihat dan dijaga dengan rapi..

Diri aku ini bukannya sama seperti mana yang engkau fikirkan yang mengatakan, bunga bagi kau memang bersepah di dunia ini.. Tetapi apakah engkau pernah fikirkan bahwa bunga yang betol-betol engkau hendak semai, baja, siram dan jaganya dengan rapi mudah untuk di cari.? Kerna itulah bagi aku, dia adalah bunga yang paling indah diantara bunga-bunga yang tumbuh di muka bumi Allah ini.. Dialah bagi aku bunga yang sukar untuk didapati dan dicari di muka bumi ini..

Bunga yang dijaga rapi selama ini oleh aku, diharapkan agar ianya terus kembang mekar serta indah dipandangan orang ramai.. Aku jua berharap agar bunga ini tidak menjalar dan tumbuh melata tempat.. Tetapi dialah bunga yang tumbuh di tempat-tempat yang cantik dan menarik kerna itu perlu dijaga dengan baik..

Maaf kawan ku, pandangan kita teramatlah sekali berbeza.. Biarpun bunga ku kini semakin menjauh daripada penglihatan ku, tetapi bunga ku terus segar mekar dalam ingatan ku.. Entah bila aku akan dapat melihat bunga aku lagi.? Tidak ku ketahui akannya.. Tetapi malangnya jua kerana aku ini bukannya penjaga yang baik terhadap bunga ku.. Kerna akulah sebenarnya parasit yang merosakkan bunga ku selama ini.. Baru aku sedar akannya, kerna itu aku harus pergi jauh daripada bunga aku untuk melihat bunga aku terus kembang mekar dengan indahnya.. Aku harus tabah dalam menjalani pemergian aku, semua ini untuk kebaikan bunga aku..

Biarpun sukar dalam hati saya umtuk melupakan awak, tetapi saya harus pergi menghilangkan diri.. Saya sukar hendak melupakan awak, kerna telah ku semadikan awak dalam hati saya.. Biarlah saya bergenang dengan air mata, biarpun pedih tetapi terpaksa jua saya mengharunginya.. Saya bukanlah seorang teman yang memahami awak.. If one day I not in this world anymore, saya harap awak akan terus mengejar impian yang nak awak hendak kecapi selama ini.. Saya bukanlah teman yang terbaik.. If you dont remember me, itu adalah hak awak untuk mengingatinya atau tidak kerna saya tidak boleh memaksa akannya..

* Aku tidak kisah untuk hidop dalam kesepian, keseorangan, keperitan dan kesedihan hanya untuk melihat orang yang aku sayangi terus maju dan mara kehadapan dalam mengejar impiannya..

Untukmu

Jika titisan hujan membasahi jendela awak, itu tanda air mata saya menitis merindui awak...

Jika ada darah yang menitis daripada jari awak, itu tanda sesuatu yang buruk terjadi pada saya...

Jika awak dapat melihat saya di dalam tidur awak, maknanya saya ingin mengucapkan selamat malam pada awak...

Jika awak tersedar dari tidur awak dan awak terdengar Al-Quran sayup-sayup di subuh hari , itu tanda saya telah tiada di bumi ini...

Jika awak menangis sewaktu melihat saya di selubung dengan kain putih, saya minta maaf...

Kerna saya telah membuat awak sedih...

Tetapi itu semua kuasa Allah, Allah telah menjemput saya pulang...

Lihat awak kini bahagia

Terasa seronok hati ku sekarang kerna melihat engkau bahagia, sudah tiada kesusahan sewaktu bersama ku dahulu.. Aku berharap dan mendoakan semoga keseronokkan yang kau punyai sekarang ini akan berkekalan sampai ke akhirnya biarpun aku sudah tiada lagi di dunia ini..

Aku dapat merasakan kau jua rasa lebih seronok kerna aku tidak lagi memenuhi mesej phone engkau seperti dahulu.. Biarpun aku sudah tiada dalam hati kau lagi, aku tetap berada disini dan terus mengharap engkau bahagia selalu dalam seumur hidup.. Kedatangan aku selama ini pun hanyalah menyusahkan sahaja.. Dalam pandangan engkau, kelihatan seperti aku cuba melarikan diri daripada engkau tetapi kau tidak akan memahaminya kenapa.. Sukar rasanya aku hendak menerangkannya kerna engkau selalu cuba mengelak jika aku cuba bawa berbincang..

Sebenarnya aku tidak mahu menjadi seperti dahulu, yang terus mengongkong diri engkau seperti keluarga.. Cemburu bagai nak rabak dunia ini.. Apa yang aku buat dahulu sebenarnya salah kerna bukannya hendak melihat engkau bahagia selalu tapi apa yang aku lakukan hanyalah menyusahkan diri engkau sahaja..

Sekarang aku boleh mengatakan bahwa nampak engkau lebih senang dan seronok daripada duhulu semasa bersama dengan ku.. Bagi diri engkau, aku tiada ada lagi mudah urusan yang hendak engkau nak lakukan (apa yang aku rasa), tidak mengapa.. Ini adalah kehidupan engkau, aku tidak patut mengongkong kau.. Lagi pun engkau sudah besar dan mengetahui manakah yang baik mahupun sebaliknya kerna kau sudah matang..

Sekarang, aku benar-benar hanya akan melihat engkau daripada sudut yang begitu jauh hinggakan kau tidak akan terlihat aku ada ataupun tidak.. Aku lakukan ini kerna hendak melihat engkau berjaya kerna jika aku kelihatan, aku bukanlah seorang yang menyenangkan, malah menyusahkan.. Tidak mengapa, baru ku tahu apa itu rasanya pengorbanan untuk melihat orang yang disukainya berjaya, bahagia dan senang dalam hidupnya.. Biarpun hati sendiri terluka, pedih, perit dan parah tetapi asalkan orang yang dikasihinya berbahagia selalu..

Wahai awak, saya bukannya lari tetapi saya cuma menghilangkan diri kerna ada sebab-sebab tersendiri, kenapa saya terpaksa melakukannya.. Yang penting awak perlu tahu, awak tidak pernah buat salah pada saya.. Jika awak terasa perlukan saya, saya selalu ada jika diperlukan dan saya tidak akan mensia-siakan awak jika awak perlukan saya.. Kerna, saya sedikit pun tidak pernah lupakan awak dalam hidop saya.. Saya harap awak bahagia dalam apa sahaja yang awak lakukan.. Harap awak masih ingat lagi apa yang saya katakan dahulu.. I am u dark shadow that always be with u..

Friday, March 25, 2011

what ? men is liar ?

Apa.? Lelaki adalah seorang yang memang pandai dan suka menipu.? Eh eh eh eh, tidak kesemua lelaki itu seorang yang penipu.. Janganlah hanya menilai seseorang lelaki hanya melihat daripada luarannya sahaja..

Dalam dunia ini, tiada siapa yang kelihatan sempurna.. Baik lelaki mahupun perempuan itu sendiri.. Kedua-duanya pasti juga pandai menipu.. Maka, jangan selalu menyatakan bahwa, hanya lelaki sahaja yang suka menipu dalam perkara yang berkaitan hati dan perasaan..

What the suck and hell to people that thinking like this.. This is only fool people that thinking like this.. Macamlah perempuan jua tidak pandai dalam bab-bab menipu ini.? Selagi namanya manusia, semua ini pasti akan berlaku, lelaki atau perempuan sama sahaja.. Like to lie at other people.. But not everyone, hanya segelintir sahaja..

Dan tolonglah, buanglah statement lelaki semuanya penipu.. Tak tahu apa lagi aku hendak katakan, tapi inilah namanya lumrah kehidupan.. Suka mencari salah orang tetapi salah sendiri tak adanya dia cari.. Seseorang yang menilai seseorang daripada pemerhatian dan luaran adalah orang yang bodoh kerna dia tidak pernah mengenali hati budi seseorang itu.. (Aku tak cakap pasal aku tapi adalah jua kena mengena sikit-sikit, haha )

* Perkara yang aku katakan ini tiada kene mengena dengan orang yang hidop mahupun tiada lagi..

Tuesday, March 22, 2011

result !

Takkala diri aku ini menampakkan seperti bersahaja dalam menantikan keputusan SPM keluar.. Tetapi akan sebenarnya hati ku kini berdegup dengan kencangnya.. Ketakutan, menggigil serta trauma yang bakal melanda diri ini bakal wujud kerna, KEPUTUSAN SPM NAK KELUAR ! ! ! 23 march 2011 adalah penentu segala-galanya dalam hidop aku serta kawan-kawan dan semua orang yang tarikh lahirnya pada tanggal 1993.. Keputusan SPM 2010 akan keluar kurang daripada 30 jam daripada sekarang.. Biarpun aku ini nampak bersahaja tetapi, aan sebenarnya aku sedang meraung ketakutan.. Tiada siapa yang mendengar akan rintihan serta raungan aku pada saat ini.. Kerna, jeritan ini muncul daripada dalam diri sahaja.. Tubuh aku jua semakin lama ku rasakan, semakin menggigil dan nyawa ku umpama hendak tercabut akibat terlalu takut .

Sebenarnya ini semua, lakonan sahaja yang lebih.. Sekadar hiburan untuk hati.. Dan jua, debaran gurauan.. haa

Sebenarnya. buat apalah hendak takut-takut belbagai.? Apa yang sudah dilakukan ketika di dalam dewan peperiksaan, maka, itulah hasilnya dan perlulah merimanya dengan hati yang terbuka serta redho akannya.. Jangan pula salahkan takdir, kerna ini apa yang kita buat maka inilah hasilnya.. Aku redho dengan ketentuan serta apa yang akan keluar keputusan.. Aku berserah sahaja sekarang kerna apa yang aku buat semasa SPM sedang dijalankan, telah aku buat dengan sedaya upaya.. Segalanya akan bermula dan perjalanan baru aku akan bermula tidak lama lagi.. Its time to me prepare.. The new beginning for my life will starts again to me.. Yeah !

Saturday, March 19, 2011

lepak3














Apa ke sengallah kali ini.. Serius, terasa sengalnya kali ini.. Semua yang aku dengan kawan aku lakukan, tak pernah dirancang. Tahu-tahu sahaja sampai tempat yang terasa hendak ditujui ketika itu..

Pada mulanya, niat di hati hanyalah sekadar ingin pergi beli num ID untuk sambung belajar.. Lepas beli num ID dekat BSN KKB, kami merayau-rayau cari Taman Melenium.. Boleh tak jumpa kerna, terlupa mana jalannya waktu itu.. Last-last, terus je la pergi dekat sini.. Ini pun secara tak sengaja.. Sampai-sampai sahaja depan balai polis Bukit Frase ini, minyak boleh terus habis.. Apa punya tangki la minyak motor aku ini.. hahaha.. Memang sengal tapi best jugak lepak sini... haha

Mentang-mentanglah dekat dengan rumah, boleh jer pergi tanpa dirancang.. Nasib baik kawasan rumah aku tempat-tempatnya menaraik.. Hee

Monday, February 28, 2011

Bila Result Nak Keluar ?

Arghh ! ! ! Habis "stuck" kepala otak aku dibuatnya.. Pening rasanya kepala aku dibuat hingga terpening-pening yang dipeningkan oleh pemening untuk memeningkan kepala aku menanyakan bila result SpM keluar..
" Woi ! ! ! bile result keluar ! ! ! ? ? ? Aku dah bersiap sedia nak ambil result ni.. Aku dah buat persiapan pakaian nak ambil result , tahu tak ! ! ! "

Baju khurta, kain pelekat, serban, kopiah, rida' dan insyaAllah kalau aku terasa nak memakai cermin mata akan aku bawa, tapi semua pakaian aku ini.. Sudah siap aku buat, siap gosok lagi tu.. Hampir tiap-tiap malam aku lakukan solat hajat agar keputusan aku cemerlang.. Kerna aku tak mahu melihat walid dan ummi aku bersedih.. Aku cuma mahu mereka seronok bila mengethui dan melihat keputusan aku ini..

Selama ini telah aku banyak mengecewakan walid dan ummi.. Daripada zaman UPSR hinggalah PMR biarpun tidak gagal namun aku tak dapat dengan cemerlangnya.. Aku hanya sekadar baik sahaja dalam keputusan peperiksaan awam.. Aku nak membanggakan mereka dengan apa yang telah aku belajar selama ini sememangnya tidak membuang masa..
" Jap jap jap, ini macam sudah lari point yang aku nak cakap nie.. Arghh ! ! ! Memang sudah jam gila kepala aku sekarang ini ! ! ! Haish, zakwan oh zakwan (aku la 2).. Sekarang, mari back to the real point that i want to say its.. "

Aku sememangnya sudah tidak sabar hendak mengambil keputusan dalam berpakaian macam ini.. Kerna itu aku melakukan persiapan dengan cepat-cepat, hahahaha.. Aku memang sudah gila kan kan kan.. Aku sudah rancang baik nak pakai macam nie..
Orang tak pernah buat , biar aku yang buat..
Biarlah aku jadi orang pertama dekat kawasan aku ambil keputusan pakai macam gaya tabligh (dah memang tabligh pun sebenarnya)..

Ini kerna, aku selalu melihat budak-budak akan mengambil keputusan tiap-tiap tahun macam nak pergi KL, tapi biar aku buat perubahan.. New revolution dalam kawasan persekolahan aku.. Ambil result dalam gaya orang nak pergi dakwah . Hahaha..
" Tengok siapalah aku ini kan.. Aku ini kan suka buat kerja yang tak berapa nak betul.. Tengoklah perangai aku macam mana.. Agak kegila-gilaan sedikit.. Hahaha.. "

Tapi, tolonglah bagi tahu bilakah tarikhnya keputusan SpM akan keluar.. Aku nak tahu lah.. Tak kesian ke dekat aku. Tak takut dan cuak pun tapi setakat gementar jer ! ! !

Thursday, February 17, 2011

Sibuknya diri ini

Perh.. Semenjak beberapa menjak-menjak ini sampai sudah tidak terkata menjak-menjaknya, hingga terenjak-renjak aku semakin sibuk dengan kerja yang aku lakukan.. Hendak tulis blog pun aku sudah tak tahu apa yang aku hendak update kan lagi.. Sibuk aku kini mengalahkan, penyibuk-penyibuk yang tersibuk-sibuk hendak sibukkan diri untuk kesibukan membuat sesuatu. Memang terlebih sibuklah aku sekarang.. Biasalah, aku kan seorang bisnessman yang bakal terjaya.. Hahaha..
Balik semula pada point aku yang sebenar..

Kerja aku kini telah membuatkan aku sedikit kesibukkan dalam mencari keperluan dalam kehidupan seharian.. Tapi biasalah, bila semakin meningkat dewasa, pelbagai perkara yang perlu dilakukan.. Keperluan wang diperlukan, kalau tiada, agak terasa sedikit susahnya.. Yang penting bagi aku sekarang, ada sedikit "income" lah dekat poket kocek seluar aku daripada aku masukkan tangan keluar habuk je.. Itu memang sudah tahap pokai habis.. Memang aku tak nak kalau perkara itu jadi dekat aku.. Bertambah serabut dan gilalah kepala otak aku ini yang sekarang serabut pasal kes aku pun semakin bertambah-tambah dengan orang yang aku sayang.. Haish, memang banyak dugaan.. Dugaan..
Tapi inilah aku, penyibuk yang tersibuk dalam menyibukkan untuk kesibukkan mencari keperluan hidop..

Friday, February 11, 2011

Jangan Kecewekan Orang Yang Mencintai Kamu

  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu . Yang dia tahu di hati mata nya hanya ada kamu satu-satunya

  • Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau keksaih , dia tidak peduli ! ! ! Baginya yang penting kamu bahagia dan tetap menjadi impiannya

  • Orang yeng mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya , dihati dan matanya kamu selaluyang tercantik walaupun kamu merasa berat badan sudah bertambah

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini , dia ingin tahu kegiatan kamu

  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ' Selamat Pagi ' , ' Selamat Hari Minggu ' , ' Selamat Tidur ' , 'Take Care " dan lain-lain lagi , walaupun kamu tidak membalas SMSnya , kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya , menyatakan dalam cara yang berbeza , bukan " aku CINTA padamu " , tapi berselindung ayat se;ain kata cinta itu

  • Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan , setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirimkan SMS

  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu , bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya , kerna saat itulah saat yang berharga untuknya . Dan saat itu matanya pasti berkaca , kerana saat bersama mu itu tidak akan berulang selalu
  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati kata-kata yang kamu ucapkan , bahkan kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungakapnya . Kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya , berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya dan akhirnya kau musnahkan ? pasti kau lupa , tetapi bukan orang yang mencintai mu

  • Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu , bahkan mungkin meminjam CD milik kamu , kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga , walaupun sukar meminati kesukaan kamu , tapi akhirnya dia berjaya

  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema , atau batuk-batuk , dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia membimbangkan tentang kamu , peduli tentang kamu

  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian , dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS " good luck " untuk memberi semangat kepada kamu

  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan sesuatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa tetapi baginya barang itu sangat istimewa

  • Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap ditelefon dengan kamu , sehingga kamu menjadi binggung . Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah mengegar dunianya

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu

  • Jika suatu saat kamu harus berpindah ke daerah lain , dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada de nagn persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu , dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu , pernah dengar " jauh dimata , dekat dihati ?"

  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seorang kekasih

  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menefon kamu 100 kali dalam masa sehari . Atau mengejutkan kamu ditengah malam dengan mengirim SMS . Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu

  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuatkan kamu pening kepala . Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan melakukannya lagi

  • Jika kamu memintanya mengajarimu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin otrang terbodoh didunia ! bahkan dia begitu genbira kerana dapat membantu kamu , dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walaupun sesukar mana permintaan itu

  • Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya . Dia juga masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu . Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berhargaa buatnya

  • Dan jika kamu menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya , dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu , walaupun hal itu membunuh hatinya

  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberikannya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain . Dia sentiasa menunggu kamu

  • Orang yang begitu mencintaimu , tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan , walaupun hatinya meronta ingin mengetahui , kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya . Saat kau pinta dia berlalu , dia pergi tanpa menyalahkan kamu , kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta