Saturday, February 11, 2012

Mengimbau Kenangan Itu Perit

Rasa yang hadir tika setiap kenangan yang datang menjelma membuatkan kita selalu tersungkur dalam menghadapi realiti, bahagia itu bukan lagi milik kita.. Dan hari-hari yang berlalu, melangkah kita dalam kegelapan menuju satu arah yang suram pada kita.. Sedang meronta mencari mana jauhnya pergi satu sinar cahaya dulu pernah kita punyai tapi kita sunyi dalam dakap sepi yang panjang..

Mengapa amat perit dan menyakitkan perpisahan kita? Andai aku sudah melupakan kamu, pasti tiada lagi rindu bertandang.. Tiada saat dalam detik tidak mengingatkan kamu.. Aku mampu lagi tersenyum seolah tiada kesalan yang ku ingat.. Pada hakikatnya aku dambakan kamu.. Sampai bila air mata ini berhenti mengalir..

Menyimpan kenangan itu sangat menyakitkan, apa lagi jika dia tidak menjadi milik kita lagi, yang ada hanya tangisan yang selalu menemani sepanjang hari.. Menginginkan satu harapan yang masih tertunggak untuk mengikis waktu lama untuk menghilangkan rasa cinta itu..

Kita rebah dalam angan yang tak sudah-sudah, meniti peritnya perasaan yang masih tersimpan jauh di dalam jiwa.. Kita lemah dan hanyut dibuai kekecewaan yang dalam.. Masih menjadi satu siulan pada mata yang memandang, menjadi bualan pada telinga yang mendengar.. Dan mata memandang dengan rasa hiba melihat jatuhnya diri kita jauh hanyut mengharungi kepedihan keseorangan..

Terasa dihargai bila diri disayangi dan dicintai.. Walaupun kita tahu tak mungkin cinta kita bersatu bersama lagi.. Namun bahagia itu pernah seketika menjadi milik kita.. Dan kita pernah sama-sama pergi jauh mencapai nikmatnya bintang berkedipan di kala senja..

Saat kamu juga merasakan cinta antara kamu dan dia.. Dan nyatalah cinta yang hadir antara kamu cuma sekadar menguji dan menyakitkan.. Kerana kamu dan dia cuma bertemu untuk merasakan cinta yang membara.. Bukan untuk bersama.. Simpan saja rasa cinta itu menjadi kenangan lalu.. Doakan kebahagian bersama-sama

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kemusnahan..

"Dengar akan aku, aku bukan siapa-siapa bagimu.. Kerana aku dan kamu punyai jalan yang berbeza.. Kerana aku dan kamu ada banyaknya kelainan.. Kamu bukan jua siapa-siapa bagiku, cuma ada aku hanya sebaris kata bisu.. Buat tatapan hati yang lesu.. Namun kita adalah sama.. Kita adalah hambaNya yang banyak salah punyai rasa.."

Dan kenapa kita selalu saja menyalahkan takdir pabila suatu percintaan itu putus di tengah jalan? Dan kita terasa sudah berakhirnya satu kehidupan kita, dan membiarkan diri menjadi lemah kerana cinta tidak kesampaian.. Mengapa kita terus menyalahi orang lain setiap yang berlaku..

"Dengar akan aku, baca kiasan dalam suram agar tenang selalu.. Bercerita akan coretan aku, berkongsi luahan namun pintaku, agar dinilai dan pahami apa maksudku.. Bukan nama ku minta, tapi ilmu yang baik disebar bersama agar yang derita, semakin ceria.. Agar bahagia itu terus ada.. Walau kadang sakit itu ada lukanya.."

Orang tidak merasakan apa yang hati sendiri inginkan.. Kita takut akan sesuatu hinggakan kita terlupa tentang soal hati kita.. Walau kita senyum indah, namun sedang dalam hati kita menangis kesedihan..

Sedangkan setiap matlamat dalam percintaan, ada mencari kebahagian.. Dan bahagia itu tidak semestinya bersama.. Dan menyintai itu tidak seharusnya memiliki.. Kadang kita salah memberi tafsiran pada hati kita dalam mengenal erti perjuangan mencari cinta sebenar..

Seharusnya kita bersyukur dan berterima kasih pada ketentuanNya.. Kerana kita di uji dalam kehidupan ini.. Ada hikmah yang tersembunyi dalam suratan yang tersirat..

Sunday, January 15, 2012

Bahagia Yang Di Cari Tapi Belum Ketemu

Perasaan cinta sukar untuk difahami.. Cinta memberi banyak maksud tersendiri yang kadang membuat kita menjadi gundah tak bertempat.. Kadang cinta memberi kita satu azam semangat yang kuat.. Dan kadang juga membuat kita sesal tak sudah-sudah

Di masa kita di lamun cinta, banyak reaksi yang kita lakukan.. Menjadi seorang manusia yang gelabah dan gundah-gulana.. Tidak tentu arah dan hilang puncan.. Dan selalu tidak tentu arah dalam membuat keputusan.. Kita sering saja punyai rasa berbelah bagi di dalam membuat sesuatu perkara.. Rasa serba tidak kene.. Itulah kita, tidak menjadi diri kita yang sebenar, gundah dan lagak kita tidak kene pada tempatnya..

Kadang juga cinta memberi kita satu kekuatan yang luar biasa.. Jika dulu kita seorang yang penakut dan tidak berani.. Tapi dalam asyiknya cinta, kita menjadi seseorang yang bukan kita yang dulu.. Kuat dan tabah dalam menghadapi rintangan.. Seorang yang kental semangatnya.. Berani membuat sesuatu perkara seolah menjadi hero kampung atau sebagainya

Dan bila terputusnya rasa cinta itu, kadang membawa kita satu azab yang berlarutan.. Menjadi satu keadaan yang tidak tenteram dan takut dalam menghadapi sesuatu kemungkinan yang ada.. Menjadi satu kekecewaan yang berlarutan dan menyebabkan sesal yang tak sudah..

Begitu dasyat dengan rasa cinta yang hadir.. Mampu membawa perwatakan yang pelbagai kepada kita, insan yang selalu dambakan cinta..

Seharusnya kita tidak sepatutnya menjadi hamba kepada cinta.. Menjadi begitu taksub dan dambakan kepada rohaninya cinta sesama insan.. Kerana hadir rasa cinta itu bersebab.. Datangnya rasa cinta itu dengan izinNya.. Dan kadang kita akan terus menyalahkan keadaan mengapa dan dan kenapa terjadi sedemikian kepada kita.. Sedangkan matlamat dalam percintaan bukannya berakhir dengan kekecewaan namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik pada hambaNya..

Dan janganlah kita menjadi satu bangsa yang kolot dan tidak mempunyai akal yang panjang.. Kebahagiaan kita bukannya terletak pada si Dia, insan yang menghancurkan kita.. Atau pada si Dia, insan yang tidak menerima cinta kita.. Kerana cinta itu tidak buta.. Tapi yang butanya mata kita dan hati yang selalu inginkan satu impian dan angan-angan yang tak sudah-sudah..

Mengapa kita perlukan cinta? Kerana itulah naluri kita inginkan kasih dan sayang sesama insan lain.. Bagaimana akan terjadi jika cinta tidak lagi bermakna pada kita? Kerana sering kita salah dalam menilai sesuatu hubungan yang kita kadang rasakan jika si Dia kita miliki maka kita akan bahagia.. Siapa si Dia sedangkan jodoh itu tiada pada kamu? Seharusnya kita paham, jika si Dia tidak bersama kita, tidak semestinya kita layak memiliki bahagia.. Kerana bahagia itu bukan hanya terletak pada cinta yang kita dambakan.. kadang bahagia kita pabila kita masih lagi mengukir senyuman yang ikhlas dan berkata bahagia walaupun si Dia bukan milik kita.. Kerana bahagia kita tidak semestinya bersama si Dia..

Jauh lagi kita masih terkenang pada satu raut wajah yang dulu pernah mengetarkan jiwa, yang satu masa dulu pernah membuatkan hati kita lemah dan menangis pada rindu yang dalam.. Dan kita masih lagi mengharapkan semua yang berlalu cuma sepotong mimpi ngeri.. Sedangkan pada hakikatnya masih kita tidak dapat menerima satu kenyataan yang telah tersirat.. Dan tersuratnya, bahagianya dalam bercinta itu melepaskan cinta yang berlalu pergi dengan kerelaan dan berdoa kebahagian masing-masing..

Saturday, January 14, 2012

perlukah Dia tahu ?

Entah kenapa malam ini Aku rasakan semacam.. Aku cuba tampak "seronok", tapi setiap kali Aku berseorangan.. Wajah Dia akan muncul dalam fikiran ini? Aku mencuba menerima hakikat bahawa Dia telah pergi selamanya dalam hidup.. Pelbagai cara telah Aku lakukan, tetapi kenapa masih lagi tidak berjaya..

Aku telah membuat Dia membenci Diri Aku seperti yang diharapkan.. Aku lakukan sedemikian untuk melihat Dia berjaya.. Aku lakukan ini semua untuk Dia, Aku tak kisah makan hati sekalipun.. Aku memang hendak Dia benci Aku untuk selama mana Dia hidup..

Aku tak nak Dia hidup dalam kenangan-kenangan bodoh sewaktu bersama ku.. Aku nak Dia terus hidup dengan kenangan yang bakal menjelma.. Biar Aku lupus dalam kenangan Dia.. Aku hanya sejarah hitam untuk Dia, kerna itu biarlah Aku mati dalam kenangan Dia..

Dia tidak sedar..
Aku sering perhatikan Dia daripada jauh walaupun Aku pernah cakap pada Dia..
" Engkau dengan dunia kau sekarang"
Tapi Dia tak sedar, walaupun Aku "menganjing" Dia.. Aku nak Dia faham.. Dunia ini tidak seindah yang Dia sangka..

Dia tidak sedar..
Tiap-tiap malam Aku akan menangis berseorangan memikirkan Dia..

Dia tidak sedar..
Tiap-tiap malam jua, Aku akan baca semua mesej-mesej Dia yang Aku simpan..

Tahukan Dia, bahwa Aku hidup dengan kenangan lama Aku bersama Dia.. Dunia Aku kini, Dia ada cuma Dia yang dahulu.. Hidup dengan kenangan, amatlah sukar.. Aku sering makan hati, tapi Aku cuba tabah dalam mengharunginya..

Tahniah pada Diri Aku, kerna telah membuat Dia benci pada Aku sekarang.. Walaupun pedih, Aku akan cuba mengharunginya jua..

Sunday, January 8, 2012

Jika Dibiarkan Luka, Pasti Akan Menanah

Ya Allah, andai perasaan kasih dan cinta ku tidak bermakna lagi, lenyapkanlah ia dari dalam diriku.. Kerna ku tak berdaya, melayari hari-hari yang berlalu tanpa merindukannya..

Dalam kehidupan seharian kita, pasti tidak akan lari dari persoalan soal hati.. Di dalam kita berurusan dengan kesibukan hari demi hari, akan sentiasa kita berfikir mengenai perasaan cinta.. Apakah sebenarnya cinta? Sedang aku sendiri masih lari samar di dalam pengertian cinta.. Sedang aku sendiri masih memburu cinta.. Sedang aku masih mencari cinta.. Apakah cinta itu?

Dan aku percaya, dalam kita tidak tahu pengertian dan maksud yang sebenarnya cinta.. Kita mengaku kita pernah jatuh cinta.. Kita mengatakan kita di lamun cinta.. Kita asyik dengan asmara cinta.. Akan tetapi, apakah sebenarnya cinta itu pada kita..

...Dia cinta ku yang terakhir.. Aku akan cintakan dia sampai bila-bila, biarpun aku dan dia tidak ditakdirkan bersama...

Kadang aku sendiri dapat merasakan sesuatu bila terbaca atau terlintas secebis kata-kata di atas.. Seolah satu ungkapan yang amat dalam maksudnya.. Tidakkah masih jelas pada kita, cinta itu amat besar pengertiannya.. Seolah satu rangpak janji yang tidak bisa untuk dimungkiri..

Begitu amat yakin dan pasti akan suratan akan kehidupan.. Bagiku kata-kata manis bak hempedu yang tiada asasnyaseperti atas, seboleh-bolehnya di elakkan daripada ditutur.. Kerana kamu telah menunjukkan diri kamu tidak matang dan di dalam khayalan.. Di dalam mimpi yang tidak lagi kunjung tiba di kala malam..

...Kemudian ditakdirkan engkau bukanlah pemilik tulang rusuk kirinya sepertimana yang tertulis di dalam rencana dan kalam masa depan yang engkau angankan selama ini.. Kau kecewa.. Kau merana.. Kau bawa hati yang luka.. Lalu kau berjanji pada diri bahawa kau akan pelihara cinta dan kasih sayang engkau hanya untuk dia.. Kau mahu tutup pintu hati engkau.. Sungguh-sungguh kau mahu kunci pintu hati engkau biar tidak dapat dimasuki sesiapa pun...

Ungkapan ini membuatkan aku semakin jauh mengenang nasib empunya diri.. Seolah meratap sayu yang tak sidah-sudah.. Menutup pintu hati kemas-kemas dan kononnya setia berpanjangan.. Kita insan biasa dan bukannya hati kita akan sentiasa keras.. Kadang ada bisikkan manja yang meluahkan rasa, pasti jua akan kecundang..

Sedang si dia bahagia dengan kehidupan baru.. Sedang si dia melupakan kamu dengan perlahan-lahan hingga hati kamu kian hancur sedikit demi sedikit.. Berubahlah duhai hati yang lara.. Kembalilah ke alam nyata.. Sedarlah agar hakikat, si dia bukan yang terbaik untukmu untuk menjadi yang halal bagimu..

Walau dengan siapa dia bersama, bangun dan ceriakan hatimu dengan satu kiasan untuk dipulih.. Tiada satu keuntungan yang kamu dapat di dalam membentuk satu perisai menepis datangnya cinta yang hadir.. Dan resapkan nilai murni cinta yang tiba, pupuklah dengan kasih sayang yang baru.. Nekad pada satu azam hati untuk kembalikan semangat yang dulunya pernah ada..

Apa yang ada pada satu kesetiaan jika cinta yang kamu beri di balas dengan kecurangan? Jika cinta yang kamu jinakkan di tukar dengan resah dan sesalan berpanjangan.. Sayang dan berkasih pada mereka yang sudi memberi cinta.. Dan pupuk dengan mekarlah bunga-bunga cinta itu hingga menjadi satu kepastian..Berjuang untuk menjadi kemuncak cinta - bahagia hingga ke syurga..

...Pasti akan kecapi manisnya nanti selepas pahit kekecewaan dan pasti akan tiba bahagia selepas air mata hati yang lara...

Dan akan tiba masanya, pada waktu yang tepat, akan hadir seseorang pada kita di suatu tempat.. Dan Allah mendengar doa, dan janganlah berputus asa akan satu perasaan cinta harap padaNya.. Cuma mungkin, kita tidak tahu hikmah dan dugaan yang Allah ujikan pada kita.. Bersabarlah.. Berusahalah.. Bertawakallah.. Dan berdoalah.. Agar kita mendapat jodoh yang baik..

...Cintailah dia yang lebih menyintai kamu, yang lebih dalam cintanya berbanding cinta kamu terhadap dirinya, setelah itu nanti kamu akan merasakan lebih bahagia...

Hilangnya cinta itu memang memedihkan hati dan kita merasakan seolah dunia tidak adil pada kita.. Seolah kita sudah tidak punyai apa-apa lagi.. Hancurnya sesuatu perhubungan itu, membuatkan kita berputus asa akan satu perasaan cinta.. Dan tidak percaya pada mana-mana cinta yang hadir.. Susah untuk menerima orang lain setelah hati kita hancur..

Dan kita terus melayani perasaan hinggakan kita telah menutup pintu hati kita untuk orang lain.. Membiarkan saja datangnya tangan yang menghulur belaian kasih sayang.. Tanpa kita menoleh dan menggenggam erat..

Usah di layan, usah biarkan hati yang lara terus hanyut dibuai kesakitan.. Cukup sudah untuk terus rebah.. Kita bukan lemah dalam membiarkan diri terus sepi.. Apabila hadir saja insan yang mampu membahagiakan engkau, hargia lah dia, bersyukur dengan segala kurniaanNya..

Itulah kita, salah dalam menilai erti cinta.. Salah dalam mencari bahagia.. Adakah kita yakin dan pasti, si dia yang pernah kita cintai dan saling menyintai adalah jodoh untuk kita? Dan yakinkah kita, bahagia itu pasti ada pada antara kita dan dia? Semua itu adalah rahsia Tuhan.. Takdir pada kehidupan kita.. Jangan mengalah dalam mencari keredhoaanNya

Saturday, December 31, 2011

Jangan Di Ragui Mana Janji

Jika dengar akan aku, dengarlah dengan hati.. Jangan di cari siapa aku tapi temuilah apa yang telah hilang pada bagimu..

Jika esok tiada lagi rentakku, sisipkan saja panduan jika menjadi sempadanmu.. Kerana mungkin aku sudah letih.. Kerana mungkin rajukku ada.. Semakin lama semakin panjang..

Jangan di pandang siapa aku, kerana aku bukan siapa siapa bagimu.. Kerana adanya aku di sini bukan kerana kamu.. Jangan di cari cari kemana aku, kerana kamu juga bukan siapa siapa bagiku.. Kerana aku dan kamu jauh yang amat berbeza.. Kerana walau rambut kita hitam namun nilai hati menjadi ukuran..

Jangan di sanjung, jangan di angkat, aku jua ada salahnya.. Aku jua lemah.. Sama kita adalah kita adalah hambaNya.. Dalam mencari apa ertinya bahagia..

Pada satu wajah itu, sungguh jarak memisahkan kita.. Namun tahukah kamu, ingatanku ada padamu.. Berpisah kita cuma mati.. Jangan di ragui mana janji..

Aku doakan pada mata yang memandang.. Akan punyai satu bahagia yang di cari.. Aku harapkan kamu yang hilang, pilih dan nilailah dengan hati.. Tiada sesiapa yang memahami dirimu, selain dirimu sendiri..

Wednesday, December 14, 2011

Cinta? Apa Ertinya

...Cinta adalah santapan jiwa.. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong.. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali..

Cita-cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling menggembirakan.. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di miliki lain.. Tetapi tak usahlah kecewa, walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa.. Jadi bercintalah sepenuh hati.. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi..

Andai kata cinta itu pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki?

Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta..

Gerak-geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi.. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada..

Cinta bukan paksaan.. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengerti..

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat..

Cinta datang kadang kita tidak merasakan kehadirannya hinggakan pada suatu masa bila kita menyedari cinta itu ada pada kita, semuanya sudah terlambat.. Cinta kadang datang tidak kita minta tanpa ada alasan memberi sinar pada kita yang selalu menidakkan cinta itu ada dalam hati kita..

Kadang kala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya.. Dan kadang kala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya..

Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati.. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati..

Kita sering salah, menganggap diri lemah pabila meratap dan menangisi perpisahan yang terjadi.. Sebenarnya kita manusia biasa yang masih mempunyai rasa pilu dan kasih.. Usah hiraukan mata memandang akan kita, seolah kita hina dan lemah bila cinta itu pergi, kita masih lagi terus bersedih..

Langkah saja kaki kita tanpa rasa kecewa dan harapan yang sudah tidak pasti.. Biarlah sejarah itu tetap menjadi sejarah untuk di kenang-kenang dan bukan untuk di ulang-ulang..

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali.. Cinta itu seperti sinar matahari, tiada memilih siapa yang ia sinar.. Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati..

Saturday, December 3, 2011

Rindu Itu Masih Ada

Biar tenang jiwaku.. Biar sejuk hati sedingin angin lalu.. Biar aku begini.. Aku bukan siapa-siapa bagi kamu.. Merindui kamu satu semestinya tapi biarlah ku simpan.. Menyayangi dirimu telah terlanjur namun biarlah menjadi satu rahsia.. Kerana kamu dan aku tak mungkin lagi bersatu.. Biarlah aku begini menanti berubahnya wahai detik hati..

Rindu itu kemanisan jiwa yang kadang kala merasakan pahitnya berbekas di dalam hati.. Walau sekuat mana cuba melarikan rasa yang hadir, pasti akan menjelma dan datang tika keseorangan..

Pernahkan merasakan sunyi dan sepi tika malam berlabuh dalam mengorak mimpi seolah merasakan diri amat hilang akan dunia.. Merasakan ada himpitan kuat di dalam dakap dada hingga membuatkan air mata berkaca.. Seolah menyesali sesebuah hubungan yang telah berakhir..

Merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa..

Kita insan biasa yang kadang juga masih ada rasa yang bersisa pada seseorang.. Yang dulunya pernah melalui masa-masa yang bersama.. Kadang pernah silap memberi satu rasa akan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu rahsia di masa depan..

Rindu pasa satu tatap wajah yang dulu selalu bersama.. Kita manusia yang tidak lari dari perasaan rindu.. Dan kadang rindu itu memberi kita semakin bersemangat demi mencari satu identiti yang baru..

Rindu ada satu bentuk perasaan pada satu kisah atau pada satu kenangan lalu bersama dengan seseorang.. Dan kenangan itu selalu saja bermain di minda dan fikiran.. Ingin sekali kembali ke dunia lalu namun apalah daya takkan sama..

Kadang rindu pada seseorang membuatkan kita semakin sebak memikirkannya.. Semakin rasa pedih di dalam hati kerana masih ada menyimpan sisa rasa sayang atau cinta.. Dan kadang juga mengalir air mata bila rindu yang amat panjang..

Selalunya rindu berkait rapat dengan hubungan seseorang yang penuh bermakna, pernah memberi satu rasa yang asyik..

Pernahkah kamu merasakan pedih yang dalam bila masih terkenang satu tatap wajah.. Yang dulunya pernah membuatkan air mata itu mengalir dalam kesedihan.. Dan masihkah ada sisa kemaafan jika peluang itu masih ada? Sungguh aku dalam diam amat merindui kamu..

Dan rindulah aku pada seseorang yang benar-benar menghargai aku.. Kerana tidak mahu aku bazirkan rasa hatiku merindui pada yang mengkhianati aku.. Sungguh aku rindukan kamu.. Tapi kamu yang dulu..