Wednesday, July 31, 2013

Masih Lagi Mencintai Mu

Setahun setengah sudah berlalu kisah diantara aku dan kamu.. Namun rasa cinta itu masih ada dalam sanubari ku ini.. Tidak pernah sedetik pun aku melupakanmu.. Ketahuilah, di mana sahaja kaki aku ini melangkah pergi, wajahmu seringkali akan muncul dalam fikiran ku ini.. Ketahuilah jua, aku masih lagi mencintai diri mu..

Walaupun cinta antara kita itu sudah lama pergi, namun bagi ku cinta aku sama kamu tidak pernah lupus ditelan waktu.. Biarpun jarak memisahkan kita, aku tetap di sini menunggumu kembali di sisi ku.. Aku mengharapkan kamu kembali menyinari tiap tiap hari ku yang kini suram ditelan masa.. Namun, pernah aku katakan dahulu..

Aku mencintaimu sepenuh hati ku, tidak akan muncul sedetik pun untuk melupakan semua kenangan yang telah kita bersama.. Walaupun ianya hanya sekadar seketika, namun.. Itu sudah memadai untuk aku mengingati mu dalam tiap tiap malam ku..

Kini, aku hanya seseorang yang hidup dalam banyangku sendiri.. Mengharapkan kamu kembali di sisi.. Walaupun ianya sukar untuk terjadi, aku tetap jua akan menunggu mu.. Walaupun cara dan pengangan ku, seringkali diperkotak katikkan oleh orang di sekeliling ku.. Namun aku ambil itu semua sebagai satu semangat untuk terus mencintai mu..

Bara api cintaku, tidak akan pernah padam,
Biarpun di sirami air hujan,
Tidak akan menjadi debu yang berterbangan..

Aku tetap menunggu kamu, biarpun untuk masa akan datang lagi.. Penantian ku, tidak akan pernah berakhir.. Aku mencintai mu, sepenuh hati ku.. Kata kata ku ini, lahirnya daripada hati yang tulus mencintai mu.. Kerna, kamu akan aku jadikan insan yang.. Halal bagi ku.. Hanya kamu seorang.. Hanya kamu seorang.. Dulu, kini dan selamanya..

"Elysza, ketahuilailah bahawa setiap kata dalam gurauan ku itu kamu dengar ianya hanya sekadar gurauan.. Namun di sebaliknya.. Ianya kata kata yang ikhlas lahir dalam hati ku.. Yang aku masih lagi mencintai mu.."

*****
Bagi aku, tiada istilah pergi tak akan kembali dalam perhubungan.. Istilah ini bagiku hanya, bila maut memisahkan kita..

Mana Jauh Aku Pergi, Kamu Tetap Kesayanganku

Dalam bingkisan suratan, mencari erti kehidupan masih ada yang terlupa di mana sedang berpijak.. Masih dalam angan yang tak sudah sudah.. Dikaulah kehidupanku.. Sakit kamu, sakit aku.. Mana pergi aku, kamu di sisi.. Namun siapa masih ada..

Dan kadang kita selalu terleka dengan buaian nafsu yang menggoda.. Mencari suatu rasa yang kita rasakan itulah cinta.. Dan sering kita tertipu dengan bisikan manja yang datang.. Seolah kita punya rasa.. Seolah itulah cinta.. Tapikita silap dalam menilai.. Itulah bahana.. Kerana mencintai suatu yang bukan milik kita.. Mecari bukan hak kita.. Sedang halal bagimu, tiada langsung tatap akan rasa..

Aku melihatmu sebagai cahaya yang dapat menyuluh akan suramnya.. Akan gelapnya jalan jalan berliku di dalam hidupku.. Agar jalanku ada.. Agar jalan ku terang.. Membuka ruang untuk terus melangkah..

Benrkah itu cinta pabila ada satu rasa.. Atau kita yang dipedaya oleh rajuk dan rayu sang pencerita.. Kehinaan di hias hingga mempersonakan.. Memberi kata seolah tiada lagi indahnya cinta.. Kesementaraan dinampakkan kekal hingga segala yang busuk terbau harum.. Segala yang keji nampak indah..

"Jika masih ada suara suara.. Percayalah dengan kata kata.. Itu adalah satu nokhtah akan cerita kita"

Aku merindui pada getaran warna sinar matamu,
Aku dambakan bauan jatuhnya debu debu dari suaramu,
Melihat akan bahasa tubuhmu, aku menyayangimu..
Sungguh sekarang, engkau mengajar aku erti derita merinduimu

Dan berpisah kita cuma mati.. Itulah keramat janjiku..