Monday, August 13, 2012

Jiwa Yang Kosong

Pernah kita merasakan hati kita begitu kosong dan hampa, semangat terasa pudar dan hampar serta tiada lagi kekuatan jiwa.. Disaat ini hari-hari yang ditempuhi terasa hambar dan kita seolah-olahnya terasing dalam dunia kita sendiri..

Dan sering kita merasakan amat kuat dalam tekanan jiwa kita melalui hari-hari yang semakin sukar.. Sakit dan merasakan kosong.. tanpa ada satu pun isian santapan jiwa buat kita..

Pernah kita merasakan diri kita keseorangan ? Di dalam menghayati laluan berliku.. Tanpa ada teman yang membimbing kita.. Sedangkan pada hakikat sebenar, mereka amat dekat dengan kita..

Selalu kita bertanya pada hati, mengapa masih ada air mata walau tika kita melepaskan cinta itu berlalu pergi dengan hati yang rela.. Dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu, dengan hati yang berat.. Menangisi keseorangan dalam, dalam menjejak perginya wajah yang pernah membuat kita bahagia.. Sedangkan kita ikhlas melepaskan cinta itu berlalu namun mengapa mesti ada lagi air mata yang mengalir tanpa ada belas.?

Dan kadang kita merintih sayu.. Mengenang kembali wajah bahagia yang pernah bertemu.. Mengapa masih ada rindu tika tiada lagi kembali waktu itu.. Dan masih lagi merasakan dalam yang amat pada kenangan yang mengusik jiwa.. Walau kita tahu, masa yang dulu takkan waktu berputar.. Mengapa amsih ada bayang semalam tika wajah dia sudah tiada lagi di sisi.?

Itulah tandanya jiwa kita tidak tenang.. Jiwa kita tiada pegangan yang kukuh dan kuat.. Jiwa kita semakin menjauh pada satu ketentuan-Nya.. Jiwa kita semakin lama semakin hitam.. Dan menjadi semakin lagi kelam..

Jiwa ini seharusnya memulakan segala perubahan.. Dan jiwa inilah yang membezakan manusia yang berilmu, beriman dan beramal.. Di sinilah letaknya kemuliaan insan.. Jiwa ini perlu dibersihkan dari segala noda dan kekotoran yang menjadikan keras dan hilang kepekaan.. Dan perlu ditanggalkan segala kecenderungan kepada hawa nafsu dan segala yang bersifat murahan dan sementara..

Jiwa ini perlu diisi dengan kemuliaan iman.. Jiwa ini juga perlu diisi dengan keyakinan pada janji-janji dan ancaman-ancaman Allah s.w.t..

Saturday, July 28, 2012

Terkenang Kisah Lama

Setiap hari aku menjalani kehidupan dengan biasanya.. Dalam menjalani kehidupan dalam kampus, aku belajar, belajar dan terus belajar untuk pada masa akan datang.. Makanya, tiada apa yang istimewa dalam tiap-tiap hari aku.. Namun, hari ini, hari yang telah membuatkan diri aku mengimbau kembali kenangan lama..

Seperti hari-hari yang biasa.. Setiap hari aku pergi ke kelas untuk menerima pembelajaran.. Pagi ini, aku belajar seperti biasa, BELL 260.. Aku kena berlakon membuat kesinambungan perakhiran cerita yang telah di tayangkan pada isnin yang lalu.. Akan tetapi kelas telah bertukar tempat.. Daripada block Y/T, Y201 ke kelas yang berada di blok B, BG106..

Ya Allah, betapa aku terkejutnya sewaktu aku mendengar kelas bertukar ke sana.. Hati ini terus sebak secara tiba-tiba tanpa tiada siapa perasan akannya.. Kerna, itulah kelas PERTAMA sewaktu aku mula menjejakkan kaki di alam Universiti.. Dan jua, mata pelajaran yang sama jua aku mulakan pembelajaran cuma kod sahaja yang berbeza, BELL 011..
Di dalam sebak, ada kegembiraanya.. Di dalam kegembiraan, hati ini menanagis pilu apabila mengenangkan semua kenangan yang telah berlalu pergi.. Semua ini tak akan berulang kembali, maka aku sematkan ia di dalam kenangan yang tidak akan aku lupakan..
Maka, bermulalah cerita seribu satu kenangan yang bermain di minda ini.. Di dalam perjalanan, fikiran aku bermaian- main.. Mengengankan semua cerita yang telah berlalu pergi.. 

Dalam sesi pembelajaran, aku termenung seketika dalam mengingati permulaan cerita sewaktu berada di kos PRA-DIPLOMA.. Secara tidak sengaja, aku bertanya pada diri sendiri.. Pelbagai soalan muncul, hinggakan aku tidak sedar sesi pembelajaran sudah sampai ke penghujungnya..

Note*
Tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata apatah lagi untuk menaip di sini.. Namun, semuanya menjadi sentuhan di hati tak kala terimbas kembali kenangan yang berlalu pergi.. Namun, tidak pernah sekali untuk aku melupakan mereka.. Walaupun hanya 6 bulan perkenalan kami sekelas, aku tidak akan lupakan saat manis, pahit, riang bersama kalian semua..

Sunday, July 15, 2012

Sabarlah, CInta

Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah.. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tanginsanku kali ini.. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah S.W.T..

Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya.. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah.. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang aku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat denganNya..

Seandainya kesedihan ini yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk berrtemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi..

Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti.. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini..

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)

Walau bukan di dunia yang fana ini, insyaAllah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga.. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna..

"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)

CInta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT.. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya.. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukan untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya..

Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami.. Memang betul, kesabaran mengajar erti kehidupan..

Aku yakin dengan Allah SWT.. Moga Allah permudahkan segala urusan.. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah.. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar..

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)

Saturday, June 30, 2012

Menerima Suratan Atas Kita Dengan Hati Yang Rela

Kadang kala kita hairan dengan suratan, kita leka dengan kebetulan.. Semua perkara terjadi dalam satu yang manusia tidak pernah rancangkan ia, tetapi tetap terjadi.. Mengapa ? Dan asyik menyalahkan takdir yang telah ditetapkan ke atas diri kita.. Kita tahu tapi selalu saja menyalahkan takdir..

Mengapa kita terus hanyut di dalam merungut ke atas takdir sedangkan itu adalah ketentuanNya.. Layakkah kita mempersoalkan tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan iman kita ? Siapalah kita menidakkan takdir yang telah terjadi ?

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kita kuat dan tabah meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu..

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatmya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpah kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkah kamu berfikir kebesaranNya itu ?

Kita kadang selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah itu saja yang di minda tanpa memikirkan hal lebih penting dari soal hati.. Lemah kita dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang..

Kehidupan kita kini bukan semata-mata untuk bercinta berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu.. Kadang kita harus tabah menerima suratan, orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan kita selalu saja merungut dan mengeluh mengenang nasib akan diri kerana apa mahu kita tidak kita perolehi..

Dalam mimpi kita punya sejuta pelangi, sedang dalam hidup kita hanya punya tujuh warna.. Realiti kehidupan manusia yang hanya mampu panjatkan doa.. Berusaha dan menyerah kepada Allah SWT (bertawakal)..

Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membezirkan perasan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat..

Bukan semua apa yang kita mahukan dan inginkan akan menjadi milik kita.. Dan kita memperolehinya dengan semudah kata bicara.. Kadang ada perkara dan benda tidak dapat kita miliki dan menjadi hak kita.. Sedarlah kita hanya mampu berusaha dan berdoa.. Seterusnya tawakal di dalam mencari sesuatu..

Bila kita jatuh hati pada seseorang itu, bila Allah SWT berkehendak si dia menjadi halal bagi kita, biar seluruh alam menghalang dan menyekat jodoh itu.. Pasti akan ketemui jua jodoh dengan si dia.. Dan bila tiada jodoh dengan si dia, walau seluruh isi alam menolong dan menyokong.. Bila menjadi ketentuan dariNya tiada jodoh, pasti tidak akan menjadi..

Cuma persoalan ini, kita tidak tahu siapa yang menjadi jodoh dan halal bagi kita.. Sedangkan kita sebagai hambaNya, punyai kelemahan dan kekurangan.. Yakin dan berdoalah pada Allah SWT memberi kita jodoh yang soleh / solehah di dalam kehidupan kita.. Kerana suami / isteri adalah anugerah yang teristimewa..

Tuesday, June 12, 2012

Mencari Sakinah

Ya Allah
Terkadang pada suatu saat
Aku berjalan dengan semangat
Dan aku merasa sangat kuat
Namun terkadang
Aku didatangi ujian yang sangat hebat daripadaMu
Aku rebah seketika
Namun, kemudian aku bangun

Kemudian
Sekali lagi
Ada tiupan angin badai
Aku terjatuh kali kedua
Namun, aku bangkit lagi !
Aku bangun
Dan berjalan
Berjalan tanpa henti
Sehingga haus tapak kaki
Namun aku terus berjalan dan berjalan

Aku
Muhammad Nur Zakwan
Seorang insan bertemankan Tuhan setiap waktu
Ada suatu ketika
Aku dirudung permasalahan jiwa
Membuatkan aku menangis
Membuatkan jiwaku terasa lemah
Lemahnya tarbiyahku


Namun
Allah selalu menghantarkan aku
Kalam-kalam sakinahnya..

"Sang zakwan
Mengapa duhai sayangku
Dikau bersedih sedangkan aku disampingmu?"
Aku memulakan bicaraku..

"Ya Rabbi
Sedangkan tika ini Kau masih bersamaku,
menyebabkan aku terasa sayu

Ya Rabbi
Engkau tahu apa yang terkelumit di dalam qalbuku
Sedangkan seisi dunia tidak tahu permasalahanyang terpendam di dalam lubuk hatiku


Ya Rabbi
Kehadiranmu selalu menanamkan bibit-bibit sakinah ke dalam jiwaku yang goyah ini
Bagaimanalah aku tanpaMu
Di saat aku merasa sendiri
Aku berjalan
Mencari sekelumit sinar cahaya
Menemukan ubat penebus dan pelentur dosa
Muhasabah diriku ku susun
Menjadikan ubat jiwa yang resah nan mentah ini
Moga Engkau sentiasa melindungiku
Sampai syurgaMu.."

Wednesday, May 23, 2012

Kenangan Itu Amat Susah Dilupa

Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusik jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang.. Kenangan sering dikaitkan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Kenangan akan terus mekar untuk diingati dan amat susah untuk di lupa..

Kamu akan selalu mengingati kata-kata yang di ucapkan oleh pasangan kamu dulu di saat pertemuan.. Dan kata-kata yang di ucapkan sering bermain di minda dan fikiran dan selalu terpahat di dalam memori kamu.. Kadang kata-kata yang dilemparkan oleh si dia menjadi sumber semangat kamu dalam melakukan sesuatu atau menjadi panduan..

Buat seseorang yang kamu masih mencintai dan menaruh harapan, kamu pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan di saat itu, mata kamu pasti berkaca.. Kerana saat bersama dia itu tidak biasa berulang selalu.. Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga..

Kita akan selalu leka akan perkara yang selalu asyik dibuai dengan perasaan sedangkan berada kita di sini bukanlah menyesali perkara yang lepas.. Namun sekuat mana kita untuk melupakan, kuat lagi kenangan itu datang mengusik di sanubari..

Wednesday, March 7, 2012

Buta, Bisu, Ketawa dan Menangis

Bila aku jalan, orang kata aku buta..
Bila aku diam, orang kata aku bisu..

Bila aku ketawa, orang kata aku gila..
Bila aku menangis, orang kata aku buang tabiat..

Iyer sebenarnya aku memang buta..
Buta dari melihat harta dunia,
Buta dalam mencari cintaNya,
Buta demi mendapat keredhaanNya,
Buta sebab menangis kerana dosaku padaNya..

Aku juga memang bisu..
Bisu dari kata kata yang sia sia,
Aku bisu dari kata kata yang palsu,
Aku bisu dari cinta yang mengikut hawa nafsu,
Aku bisu dari mengumpat orang yang tidak tentu..

Aku seorang yang sangat suka ketawa..
Sebab ketawa pengubat hatiku yang luka,
Dengan ketawa aku menjadi gagah perkasa,
Dengan ketawa aku menutupi kesedihan dan buat orang bahagia,
Dengan ketawa aku dapat membuang segala amarahku pada manusia..

Tapi.. Bila aku menangis..
Aku sedar taraf aku dimana,
Aku sedar aku hidup untuk siapa,
Aku sedar aku akan mati juga akhirnya,
Dan aku sedar tempat kembaliku dekat kubur juga,
Aku sedar yang cinta dunia tidak akan kemana mana..

Sunday, March 4, 2012

Berubahlah Wahai Hati Lara

Menagapa kita sering selalu dalam angan yang panjang.. Seolah masih ada sisa cinta yang bertaut menanti kita saban hari.. Masih perlukah bisikkan kata manja yang selalu di luahkan itu terus di ucapkan? Dan yang pasti perginya melangkah sebuah percintaan yang musnah tetap pergi, yang ada sejarah lalu..

Kadang kita masih berharap akan sesuatu rasa hadir pada kita pabila sunyinya sekeping hati itu.. Dan selalu kita alpa dengan asyik pada kenangan lalu sehinggakan terus kita di alam fantasi.. Itulah kita, tiada ada rasa syukur atas apa yang ada.. Janganlah terlalu mengejar indahnya pelangi yang belum kunjung tiba dalam kelam malam yang pekat..

Manusia berubah.. Manusia merubah.. Ada dalam terpaksa diubah.. Sifat kita saban hari akan ada perubahannya.. Tapi mengapa amat sukar untuk mengubah diri kita untuk tinggalkan saja angan angan kita.. Terus mendakap sepi erti menanti.. Berubahlah menerima hati yang baru..

Pabila satu pasangan itu telah pudar kasihnya, dan terputuslah hubungan itu.. Namun masih ada sebelah pihak yang dalam angan yang panjang.. Masih menaruh harapan kembalinya si dia.. Sedangkan itu cuma perasaan.. Masih tidak dapat menerima kenyataan yang tiada lagi cerita.. Seolah masih lagi berharap..

Dan masih juga yang dalam angan angan yang agak parah.. Seperti merindui bulan itu.. Sedangkan tiada rasa kasih yang ada.. Menanti seseorang memberi erti cinta padanya.. Sedangkan tiada apa apa yang di rasai oleh seseorang itu..

Itulah kita, amat dahagakan kasih yang tiada.. Mengharap pada suatu perasaan yang mana susah untuk didambakan.. Sudah la.. Cubalah menerima satu kenyataan.. Berubahlah kita untuk menerima hakikat cinta itu bukan bersama kita.. Dalam angan yang panjang selalu saja kita akan asyik pada fantasi kita yang direka mengikut kemahuan sendiri..

Berubahlah dalam menanti cahaya bulan samar samar pada mendung malam.. Terasa amat susah di lihat, kadang gelap dalam terang sedangkan pungguk masih dalam setia.. Dan percayalah cahaya matahari esoknya pasti lebih bersinar di pagi yang nyaman..

Buat hati yang lara, terima dan pupuklah cinta baru yang hadir.. Selamilah jiwa yang berhak dan lupakan saja angan yang panjang..

Monday, February 20, 2012

Aku.. Single ?

Percintaan tidak semestinya akan membawa kepada kebahagian.. Kadang kala percintaan jua membawa kita ke dalam kancah yang akan menyusahkan diri tanpa kita sendiri sedari selama ini.. Kita menyusahkan diri sendiri dan jua kepada orang yang berada di sekeliling..

Di dalam percintaan, banyak perkara yang ingin dilakukan akan terbatas kerana pasangan kita.. Semestinya kita akan menjaga hati pasangan kerana selama ini kita sangka Dialah yang akan membuat kita bahagia.. Kerana terlalu asyik bercinta, kita terlupa bahawa kebahagian tidak semestinya datang daripada pasangan itu sendiri..

Sebenarnya, tanpa kita sedari.. Kita telah dikawal dengan pasangan sendiri.. Semua ini memang kita tidak akan sedar sehingga, kita telah berpisah dengannya..

Di sini cuba kita bayangkan bahawa, apakah kita akan merana tanpa pasangan di sisi? Sebenarnya tidak.. Tanpa pasangan, kita tetap boleh kecapi kebahagian itu.. Kebahagian ini sebenarnya datangnya apabila kita bebas daripada mana mana kawalan.. Kawalan yang kita sedari mahupun tidak..

*
Aku sebenarnya hendak ceritakan bahawa, hidup "single" lagi seronok kerana banyak perkara dapat aku lakukan tanpa sebarang halangan daripada "awek" aku sendiri.. Sudah banyak kali aku merasakan alam percintaan, namun kebanyakkan banyak yang akan menyusahkan aku..

Apa yang hendak aku lakukan, pasti akan terhalang.. Namun setelah aku "single", banyak kenangan kenangan yang seronok aku dapat rasakan bersama kawan kawan di sisi.. Sewaktu berada di alam percintaan, aku sering banyak masalah.. Kini tidak lagi, masalah itu sudah jarang jarang muncul..

Aku kini semakin kecapi kebahagian yang aku inginkan selama ini.. Dulu, aku jarang jarang ketawa.. Kini ketawa aku semakin kerap.. Aku sudah dapat lakukan perkara perkara yang ingin aku lakukan.. Betapa seronok sebenarnya single..

Namun di sebalik aku seronok "single", kadang kala aku akan teringatkan kekasih yang dulu pernah aku cintai selama ini.. Yang pernah muncul dalam hidup.. Namun hanya kenangan.. Kenangan ini cuba aku lenyapkan dalam hidup, agar tidak lagi aku ingatkan lagi kepada insan yang sudah tidak sudi menemani aku sepanjang hidupnya..

Saturday, February 11, 2012

Mengimbau Kenangan Itu Perit

Rasa yang hadir tika setiap kenangan yang datang menjelma membuatkan kita selalu tersungkur dalam menghadapi realiti, bahagia itu bukan lagi milik kita.. Dan hari-hari yang berlalu, melangkah kita dalam kegelapan menuju satu arah yang suram pada kita.. Sedang meronta mencari mana jauhnya pergi satu sinar cahaya dulu pernah kita punyai tapi kita sunyi dalam dakap sepi yang panjang..

Mengapa amat perit dan menyakitkan perpisahan kita? Andai aku sudah melupakan kamu, pasti tiada lagi rindu bertandang.. Tiada saat dalam detik tidak mengingatkan kamu.. Aku mampu lagi tersenyum seolah tiada kesalan yang ku ingat.. Pada hakikatnya aku dambakan kamu.. Sampai bila air mata ini berhenti mengalir..

Menyimpan kenangan itu sangat menyakitkan, apa lagi jika dia tidak menjadi milik kita lagi, yang ada hanya tangisan yang selalu menemani sepanjang hari.. Menginginkan satu harapan yang masih tertunggak untuk mengikis waktu lama untuk menghilangkan rasa cinta itu..

Kita rebah dalam angan yang tak sudah-sudah, meniti peritnya perasaan yang masih tersimpan jauh di dalam jiwa.. Kita lemah dan hanyut dibuai kekecewaan yang dalam.. Masih menjadi satu siulan pada mata yang memandang, menjadi bualan pada telinga yang mendengar.. Dan mata memandang dengan rasa hiba melihat jatuhnya diri kita jauh hanyut mengharungi kepedihan keseorangan..

Terasa dihargai bila diri disayangi dan dicintai.. Walaupun kita tahu tak mungkin cinta kita bersatu bersama lagi.. Namun bahagia itu pernah seketika menjadi milik kita.. Dan kita pernah sama-sama pergi jauh mencapai nikmatnya bintang berkedipan di kala senja..

Saat kamu juga merasakan cinta antara kamu dan dia.. Dan nyatalah cinta yang hadir antara kamu cuma sekadar menguji dan menyakitkan.. Kerana kamu dan dia cuma bertemu untuk merasakan cinta yang membara.. Bukan untuk bersama.. Simpan saja rasa cinta itu menjadi kenangan lalu.. Doakan kebahagian bersama-sama

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kemusnahan..

"Dengar akan aku, aku bukan siapa-siapa bagimu.. Kerana aku dan kamu punyai jalan yang berbeza.. Kerana aku dan kamu ada banyaknya kelainan.. Kamu bukan jua siapa-siapa bagiku, cuma ada aku hanya sebaris kata bisu.. Buat tatapan hati yang lesu.. Namun kita adalah sama.. Kita adalah hambaNya yang banyak salah punyai rasa.."

Dan kenapa kita selalu saja menyalahkan takdir pabila suatu percintaan itu putus di tengah jalan? Dan kita terasa sudah berakhirnya satu kehidupan kita, dan membiarkan diri menjadi lemah kerana cinta tidak kesampaian.. Mengapa kita terus menyalahi orang lain setiap yang berlaku..

"Dengar akan aku, baca kiasan dalam suram agar tenang selalu.. Bercerita akan coretan aku, berkongsi luahan namun pintaku, agar dinilai dan pahami apa maksudku.. Bukan nama ku minta, tapi ilmu yang baik disebar bersama agar yang derita, semakin ceria.. Agar bahagia itu terus ada.. Walau kadang sakit itu ada lukanya.."

Orang tidak merasakan apa yang hati sendiri inginkan.. Kita takut akan sesuatu hinggakan kita terlupa tentang soal hati kita.. Walau kita senyum indah, namun sedang dalam hati kita menangis kesedihan..

Sedangkan setiap matlamat dalam percintaan, ada mencari kebahagian.. Dan bahagia itu tidak semestinya bersama.. Dan menyintai itu tidak seharusnya memiliki.. Kadang kita salah memberi tafsiran pada hati kita dalam mengenal erti perjuangan mencari cinta sebenar..

Seharusnya kita bersyukur dan berterima kasih pada ketentuanNya.. Kerana kita di uji dalam kehidupan ini.. Ada hikmah yang tersembunyi dalam suratan yang tersirat..

Sunday, January 15, 2012

Bahagia Yang Di Cari Tapi Belum Ketemu

Perasaan cinta sukar untuk difahami.. Cinta memberi banyak maksud tersendiri yang kadang membuat kita menjadi gundah tak bertempat.. Kadang cinta memberi kita satu azam semangat yang kuat.. Dan kadang juga membuat kita sesal tak sudah-sudah

Di masa kita di lamun cinta, banyak reaksi yang kita lakukan.. Menjadi seorang manusia yang gelabah dan gundah-gulana.. Tidak tentu arah dan hilang puncan.. Dan selalu tidak tentu arah dalam membuat keputusan.. Kita sering saja punyai rasa berbelah bagi di dalam membuat sesuatu perkara.. Rasa serba tidak kene.. Itulah kita, tidak menjadi diri kita yang sebenar, gundah dan lagak kita tidak kene pada tempatnya..

Kadang juga cinta memberi kita satu kekuatan yang luar biasa.. Jika dulu kita seorang yang penakut dan tidak berani.. Tapi dalam asyiknya cinta, kita menjadi seseorang yang bukan kita yang dulu.. Kuat dan tabah dalam menghadapi rintangan.. Seorang yang kental semangatnya.. Berani membuat sesuatu perkara seolah menjadi hero kampung atau sebagainya

Dan bila terputusnya rasa cinta itu, kadang membawa kita satu azab yang berlarutan.. Menjadi satu keadaan yang tidak tenteram dan takut dalam menghadapi sesuatu kemungkinan yang ada.. Menjadi satu kekecewaan yang berlarutan dan menyebabkan sesal yang tak sudah..

Begitu dasyat dengan rasa cinta yang hadir.. Mampu membawa perwatakan yang pelbagai kepada kita, insan yang selalu dambakan cinta..

Seharusnya kita tidak sepatutnya menjadi hamba kepada cinta.. Menjadi begitu taksub dan dambakan kepada rohaninya cinta sesama insan.. Kerana hadir rasa cinta itu bersebab.. Datangnya rasa cinta itu dengan izinNya.. Dan kadang kita akan terus menyalahkan keadaan mengapa dan dan kenapa terjadi sedemikian kepada kita.. Sedangkan matlamat dalam percintaan bukannya berakhir dengan kekecewaan namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik pada hambaNya..

Dan janganlah kita menjadi satu bangsa yang kolot dan tidak mempunyai akal yang panjang.. Kebahagiaan kita bukannya terletak pada si Dia, insan yang menghancurkan kita.. Atau pada si Dia, insan yang tidak menerima cinta kita.. Kerana cinta itu tidak buta.. Tapi yang butanya mata kita dan hati yang selalu inginkan satu impian dan angan-angan yang tak sudah-sudah..

Mengapa kita perlukan cinta? Kerana itulah naluri kita inginkan kasih dan sayang sesama insan lain.. Bagaimana akan terjadi jika cinta tidak lagi bermakna pada kita? Kerana sering kita salah dalam menilai sesuatu hubungan yang kita kadang rasakan jika si Dia kita miliki maka kita akan bahagia.. Siapa si Dia sedangkan jodoh itu tiada pada kamu? Seharusnya kita paham, jika si Dia tidak bersama kita, tidak semestinya kita layak memiliki bahagia.. Kerana bahagia itu bukan hanya terletak pada cinta yang kita dambakan.. kadang bahagia kita pabila kita masih lagi mengukir senyuman yang ikhlas dan berkata bahagia walaupun si Dia bukan milik kita.. Kerana bahagia kita tidak semestinya bersama si Dia..

Jauh lagi kita masih terkenang pada satu raut wajah yang dulu pernah mengetarkan jiwa, yang satu masa dulu pernah membuatkan hati kita lemah dan menangis pada rindu yang dalam.. Dan kita masih lagi mengharapkan semua yang berlalu cuma sepotong mimpi ngeri.. Sedangkan pada hakikatnya masih kita tidak dapat menerima satu kenyataan yang telah tersirat.. Dan tersuratnya, bahagianya dalam bercinta itu melepaskan cinta yang berlalu pergi dengan kerelaan dan berdoa kebahagian masing-masing..

Saturday, January 14, 2012

perlukah Dia tahu ?

Entah kenapa malam ini Aku rasakan semacam.. Aku cuba tampak "seronok", tapi setiap kali Aku berseorangan.. Wajah Dia akan muncul dalam fikiran ini? Aku mencuba menerima hakikat bahawa Dia telah pergi selamanya dalam hidup.. Pelbagai cara telah Aku lakukan, tetapi kenapa masih lagi tidak berjaya..

Aku telah membuat Dia membenci Diri Aku seperti yang diharapkan.. Aku lakukan sedemikian untuk melihat Dia berjaya.. Aku lakukan ini semua untuk Dia, Aku tak kisah makan hati sekalipun.. Aku memang hendak Dia benci Aku untuk selama mana Dia hidup..

Aku tak nak Dia hidup dalam kenangan-kenangan bodoh sewaktu bersama ku.. Aku nak Dia terus hidup dengan kenangan yang bakal menjelma.. Biar Aku lupus dalam kenangan Dia.. Aku hanya sejarah hitam untuk Dia, kerna itu biarlah Aku mati dalam kenangan Dia..

Dia tidak sedar..
Aku sering perhatikan Dia daripada jauh walaupun Aku pernah cakap pada Dia..
" Engkau dengan dunia kau sekarang"
Tapi Dia tak sedar, walaupun Aku "menganjing" Dia.. Aku nak Dia faham.. Dunia ini tidak seindah yang Dia sangka..

Dia tidak sedar..
Tiap-tiap malam Aku akan menangis berseorangan memikirkan Dia..

Dia tidak sedar..
Tiap-tiap malam jua, Aku akan baca semua mesej-mesej Dia yang Aku simpan..

Tahukan Dia, bahwa Aku hidup dengan kenangan lama Aku bersama Dia.. Dunia Aku kini, Dia ada cuma Dia yang dahulu.. Hidup dengan kenangan, amatlah sukar.. Aku sering makan hati, tapi Aku cuba tabah dalam mengharunginya..

Tahniah pada Diri Aku, kerna telah membuat Dia benci pada Aku sekarang.. Walaupun pedih, Aku akan cuba mengharunginya jua..

Sunday, January 8, 2012

Jika Dibiarkan Luka, Pasti Akan Menanah

Ya Allah, andai perasaan kasih dan cinta ku tidak bermakna lagi, lenyapkanlah ia dari dalam diriku.. Kerna ku tak berdaya, melayari hari-hari yang berlalu tanpa merindukannya..

Dalam kehidupan seharian kita, pasti tidak akan lari dari persoalan soal hati.. Di dalam kita berurusan dengan kesibukan hari demi hari, akan sentiasa kita berfikir mengenai perasaan cinta.. Apakah sebenarnya cinta? Sedang aku sendiri masih lari samar di dalam pengertian cinta.. Sedang aku sendiri masih memburu cinta.. Sedang aku masih mencari cinta.. Apakah cinta itu?

Dan aku percaya, dalam kita tidak tahu pengertian dan maksud yang sebenarnya cinta.. Kita mengaku kita pernah jatuh cinta.. Kita mengatakan kita di lamun cinta.. Kita asyik dengan asmara cinta.. Akan tetapi, apakah sebenarnya cinta itu pada kita..

...Dia cinta ku yang terakhir.. Aku akan cintakan dia sampai bila-bila, biarpun aku dan dia tidak ditakdirkan bersama...

Kadang aku sendiri dapat merasakan sesuatu bila terbaca atau terlintas secebis kata-kata di atas.. Seolah satu ungkapan yang amat dalam maksudnya.. Tidakkah masih jelas pada kita, cinta itu amat besar pengertiannya.. Seolah satu rangpak janji yang tidak bisa untuk dimungkiri..

Begitu amat yakin dan pasti akan suratan akan kehidupan.. Bagiku kata-kata manis bak hempedu yang tiada asasnyaseperti atas, seboleh-bolehnya di elakkan daripada ditutur.. Kerana kamu telah menunjukkan diri kamu tidak matang dan di dalam khayalan.. Di dalam mimpi yang tidak lagi kunjung tiba di kala malam..

...Kemudian ditakdirkan engkau bukanlah pemilik tulang rusuk kirinya sepertimana yang tertulis di dalam rencana dan kalam masa depan yang engkau angankan selama ini.. Kau kecewa.. Kau merana.. Kau bawa hati yang luka.. Lalu kau berjanji pada diri bahawa kau akan pelihara cinta dan kasih sayang engkau hanya untuk dia.. Kau mahu tutup pintu hati engkau.. Sungguh-sungguh kau mahu kunci pintu hati engkau biar tidak dapat dimasuki sesiapa pun...

Ungkapan ini membuatkan aku semakin jauh mengenang nasib empunya diri.. Seolah meratap sayu yang tak sidah-sudah.. Menutup pintu hati kemas-kemas dan kononnya setia berpanjangan.. Kita insan biasa dan bukannya hati kita akan sentiasa keras.. Kadang ada bisikkan manja yang meluahkan rasa, pasti jua akan kecundang..

Sedang si dia bahagia dengan kehidupan baru.. Sedang si dia melupakan kamu dengan perlahan-lahan hingga hati kamu kian hancur sedikit demi sedikit.. Berubahlah duhai hati yang lara.. Kembalilah ke alam nyata.. Sedarlah agar hakikat, si dia bukan yang terbaik untukmu untuk menjadi yang halal bagimu..

Walau dengan siapa dia bersama, bangun dan ceriakan hatimu dengan satu kiasan untuk dipulih.. Tiada satu keuntungan yang kamu dapat di dalam membentuk satu perisai menepis datangnya cinta yang hadir.. Dan resapkan nilai murni cinta yang tiba, pupuklah dengan kasih sayang yang baru.. Nekad pada satu azam hati untuk kembalikan semangat yang dulunya pernah ada..

Apa yang ada pada satu kesetiaan jika cinta yang kamu beri di balas dengan kecurangan? Jika cinta yang kamu jinakkan di tukar dengan resah dan sesalan berpanjangan.. Sayang dan berkasih pada mereka yang sudi memberi cinta.. Dan pupuk dengan mekarlah bunga-bunga cinta itu hingga menjadi satu kepastian..Berjuang untuk menjadi kemuncak cinta - bahagia hingga ke syurga..

...Pasti akan kecapi manisnya nanti selepas pahit kekecewaan dan pasti akan tiba bahagia selepas air mata hati yang lara...

Dan akan tiba masanya, pada waktu yang tepat, akan hadir seseorang pada kita di suatu tempat.. Dan Allah mendengar doa, dan janganlah berputus asa akan satu perasaan cinta harap padaNya.. Cuma mungkin, kita tidak tahu hikmah dan dugaan yang Allah ujikan pada kita.. Bersabarlah.. Berusahalah.. Bertawakallah.. Dan berdoalah.. Agar kita mendapat jodoh yang baik..

...Cintailah dia yang lebih menyintai kamu, yang lebih dalam cintanya berbanding cinta kamu terhadap dirinya, setelah itu nanti kamu akan merasakan lebih bahagia...

Hilangnya cinta itu memang memedihkan hati dan kita merasakan seolah dunia tidak adil pada kita.. Seolah kita sudah tidak punyai apa-apa lagi.. Hancurnya sesuatu perhubungan itu, membuatkan kita berputus asa akan satu perasaan cinta.. Dan tidak percaya pada mana-mana cinta yang hadir.. Susah untuk menerima orang lain setelah hati kita hancur..

Dan kita terus melayani perasaan hinggakan kita telah menutup pintu hati kita untuk orang lain.. Membiarkan saja datangnya tangan yang menghulur belaian kasih sayang.. Tanpa kita menoleh dan menggenggam erat..

Usah di layan, usah biarkan hati yang lara terus hanyut dibuai kesakitan.. Cukup sudah untuk terus rebah.. Kita bukan lemah dalam membiarkan diri terus sepi.. Apabila hadir saja insan yang mampu membahagiakan engkau, hargia lah dia, bersyukur dengan segala kurniaanNya..

Itulah kita, salah dalam menilai erti cinta.. Salah dalam mencari bahagia.. Adakah kita yakin dan pasti, si dia yang pernah kita cintai dan saling menyintai adalah jodoh untuk kita? Dan yakinkah kita, bahagia itu pasti ada pada antara kita dan dia? Semua itu adalah rahsia Tuhan.. Takdir pada kehidupan kita.. Jangan mengalah dalam mencari keredhoaanNya