Saturday, December 31, 2011

Jangan Di Ragui Mana Janji

Jika dengar akan aku, dengarlah dengan hati.. Jangan di cari siapa aku tapi temuilah apa yang telah hilang pada bagimu..

Jika esok tiada lagi rentakku, sisipkan saja panduan jika menjadi sempadanmu.. Kerana mungkin aku sudah letih.. Kerana mungkin rajukku ada.. Semakin lama semakin panjang..

Jangan di pandang siapa aku, kerana aku bukan siapa siapa bagimu.. Kerana adanya aku di sini bukan kerana kamu.. Jangan di cari cari kemana aku, kerana kamu juga bukan siapa siapa bagiku.. Kerana aku dan kamu jauh yang amat berbeza.. Kerana walau rambut kita hitam namun nilai hati menjadi ukuran..

Jangan di sanjung, jangan di angkat, aku jua ada salahnya.. Aku jua lemah.. Sama kita adalah kita adalah hambaNya.. Dalam mencari apa ertinya bahagia..

Pada satu wajah itu, sungguh jarak memisahkan kita.. Namun tahukah kamu, ingatanku ada padamu.. Berpisah kita cuma mati.. Jangan di ragui mana janji..

Aku doakan pada mata yang memandang.. Akan punyai satu bahagia yang di cari.. Aku harapkan kamu yang hilang, pilih dan nilailah dengan hati.. Tiada sesiapa yang memahami dirimu, selain dirimu sendiri..

Wednesday, December 14, 2011

Cinta? Apa Ertinya

...Cinta adalah santapan jiwa.. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong.. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali..

Cita-cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling menggembirakan.. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di miliki lain.. Tetapi tak usahlah kecewa, walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa.. Jadi bercintalah sepenuh hati.. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi..

Andai kata cinta itu pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki?

Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta..

Gerak-geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi.. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada..

Cinta bukan paksaan.. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengerti..

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat..

Cinta datang kadang kita tidak merasakan kehadirannya hinggakan pada suatu masa bila kita menyedari cinta itu ada pada kita, semuanya sudah terlambat.. Cinta kadang datang tidak kita minta tanpa ada alasan memberi sinar pada kita yang selalu menidakkan cinta itu ada dalam hati kita..

Kadang kala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya.. Dan kadang kala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya..

Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati.. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati..

Kita sering salah, menganggap diri lemah pabila meratap dan menangisi perpisahan yang terjadi.. Sebenarnya kita manusia biasa yang masih mempunyai rasa pilu dan kasih.. Usah hiraukan mata memandang akan kita, seolah kita hina dan lemah bila cinta itu pergi, kita masih lagi terus bersedih..

Langkah saja kaki kita tanpa rasa kecewa dan harapan yang sudah tidak pasti.. Biarlah sejarah itu tetap menjadi sejarah untuk di kenang-kenang dan bukan untuk di ulang-ulang..

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali.. Cinta itu seperti sinar matahari, tiada memilih siapa yang ia sinar.. Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati..

Saturday, December 3, 2011

Rindu Itu Masih Ada

Biar tenang jiwaku.. Biar sejuk hati sedingin angin lalu.. Biar aku begini.. Aku bukan siapa-siapa bagi kamu.. Merindui kamu satu semestinya tapi biarlah ku simpan.. Menyayangi dirimu telah terlanjur namun biarlah menjadi satu rahsia.. Kerana kamu dan aku tak mungkin lagi bersatu.. Biarlah aku begini menanti berubahnya wahai detik hati..

Rindu itu kemanisan jiwa yang kadang kala merasakan pahitnya berbekas di dalam hati.. Walau sekuat mana cuba melarikan rasa yang hadir, pasti akan menjelma dan datang tika keseorangan..

Pernahkan merasakan sunyi dan sepi tika malam berlabuh dalam mengorak mimpi seolah merasakan diri amat hilang akan dunia.. Merasakan ada himpitan kuat di dalam dakap dada hingga membuatkan air mata berkaca.. Seolah menyesali sesebuah hubungan yang telah berakhir..

Merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa..

Kita insan biasa yang kadang juga masih ada rasa yang bersisa pada seseorang.. Yang dulunya pernah melalui masa-masa yang bersama.. Kadang pernah silap memberi satu rasa akan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu rahsia di masa depan..

Rindu pasa satu tatap wajah yang dulu selalu bersama.. Kita manusia yang tidak lari dari perasaan rindu.. Dan kadang rindu itu memberi kita semakin bersemangat demi mencari satu identiti yang baru..

Rindu ada satu bentuk perasaan pada satu kisah atau pada satu kenangan lalu bersama dengan seseorang.. Dan kenangan itu selalu saja bermain di minda dan fikiran.. Ingin sekali kembali ke dunia lalu namun apalah daya takkan sama..

Kadang rindu pada seseorang membuatkan kita semakin sebak memikirkannya.. Semakin rasa pedih di dalam hati kerana masih ada menyimpan sisa rasa sayang atau cinta.. Dan kadang juga mengalir air mata bila rindu yang amat panjang..

Selalunya rindu berkait rapat dengan hubungan seseorang yang penuh bermakna, pernah memberi satu rasa yang asyik..

Pernahkah kamu merasakan pedih yang dalam bila masih terkenang satu tatap wajah.. Yang dulunya pernah membuatkan air mata itu mengalir dalam kesedihan.. Dan masihkah ada sisa kemaafan jika peluang itu masih ada? Sungguh aku dalam diam amat merindui kamu..

Dan rindulah aku pada seseorang yang benar-benar menghargai aku.. Kerana tidak mahu aku bazirkan rasa hatiku merindui pada yang mengkhianati aku.. Sungguh aku rindukan kamu.. Tapi kamu yang dulu..