
Meninggalkan dirimu tanpa satu alasan yang cukup kuat bukanlah bererti tiada lagi cinta di dalam.. Tapi kerana aku amat menyintai dirimu, kerana itulah aku melangkah pergi.. Kerana kamu cukup sempurna di mataku.. Kerana aku bukan seorang yang terbaik menjadi yang teristimewa buatmu..
Aku telah cuba sebaiknya menjaga hatiku agar tidak berpaling dari terus menyintaimu.. Dan menyayangimu sepenuhnya di dalam erti kehidupan ini.. Aku telah memberi kepercayaan yang kuat dan penuh di dalam kisah cinta kita yang tiada bertepi ini.. Namun, segala-galanya tidak lagi mengikut apa yang kita rancangkan..
Jika kamu mengerti mengenali kamu, merasakan cinta antara kita.. Dan menyayangi kamu, mencintai kamu adalah antara hal yang terindah pernah aku lalui di dalam hidupku.. Terima kasih kerna pernah menjadi sebahagian dari jiwaku di dalam hidup ini..
Bagiku..
Engkau terlalu istimewa di dalam penghayatanku.. Tiada langsung akan cacat celanya perbuatanmu hingga aku selalu saja membiarkan kamu penat memikirkan tentang diriku.. Sungguh aku tiada langsung akan bahagia andai diriku masih lagi begini membiarkan engkau menerimaku di dalam tidak kesempurnaan di mata perempuan..
Bagiku..
Engkau terlalu baik hinggakan tiada langsung akan celanya di mataku.. Hinggakan tiada memori pahit tentang dirimu.. Engkau menjaga diriku seumpama menjaga dirimu sendiri.. Engkau menjaga hatiku seakan menjaga hatimu agar tiada akan kecewa..
Bagiku..
Engkau terlalu sempurna di mataku, hingga tiada lagi ciri-ciri yang aku inginkan dari seorang perempuan selain dari engkau.. Engkau punyai jati diri yang kuat dalam dakap dada.. Cukup memiliki apa yang aku cari..
Bagiku.. Mencintaimu adalah seikhlasnya.. Menyayangimu dengan sepenuhnya.. Menerima siapa pun kamu adanya..
Akan tetapi.. Adalah amat tidak adil pada kamu..
Aku punyai ruang-ruang kosong di dalam jiwa ini sedangkan aku tahu bukan kamu adalah isian yang tepat.. Ruang kosong di dalam jiwa ini semakin lama semakin merebak lagi besar hinggakan tiada lagi akan sempitnya cinta kita dulu..
Aku menjadi takut kerana aku tahu siapa diri aku.. Siapa aku hanya seorang yang amat kerdil dan hina jika hendak di bandingkan dengan engkau sang puteri.. Kerana aku bukannya yang sebaiknya untuk kamu seorang yang amat sempurna di mataku..
Kamu berhak mendapat seseorang di sisimu yang lebih baik dariku.. Mungkin lagi terbaik dari aku..
Bukan tiada lagi cinta..
Kita, antara aku dan kamu.. Mohon agar lepaskan sahaja diriku ini.. Mohon agar cepat-cepat lupakan saja aku ini.. Kerna aku bukanlah yang terbaik buatmu.. Kerna aku adalah seorang yang kian menjauh pada satu kisah cinta kita.. Bukan kerna tiada cinta kita antara aku dan kamu..
Tapi kamu cukup istimewa.. Cukup sempurna.. Dan teramat baik berbanding dengan aku..
Andai kamu tahu..
Amat aku menyayangimu.. Tiada akan masa aku tidak merinduimu.. Amat tebal di dalam jiwa ini kasih yang telah bersemi..
Andai kamu tahu..
Telah aku tanamkan azam untuk menjadi pemimpin yang akan memimpinmu.. Memasang angan-angan tika malam menjelma.. Seolah memohon mimpi indah sahaja tentang kita..
Andai kamu tahu..
Telah aku bayangkan betapa indahnya kehidupan kita berdua setelah aku menjadi halal bagimu.. Kesana sini aku terbawa wajahmu..
Tapi kamu cukup istimewa.. Cukup sempurna.. Dan teramat baik berbanding dengan aku..
Duhai kasih.. Moga baik-baik saja permintaanku.. Kerana aku bukan pilihan yang terbaik buat kamu.. Kerana aku amat serba kekurangan berbanding kamu.. Diriku amat jauh jika di ibaratkan dengan kamu..
Duhai kasih.. Aku percaya berpisah kita ini punyai hikmah.. Punyai sandaran hati akan suatu cerita.. Bukan kerana tiada lagi cinta
Dan di saat apa yang kita hajati itu semakin hampir akan sesuatu yang kita tertunggu-tunggu.. Di dalam meniti perjalanan yang kita sendiri mahukan.. Semakin hari semakin kita melihat bertapa pasti akan meriahnya kehidupan hidup berdua.. Kerana berdua itu setelah menjadi halal adalah yang kita tunggu-tunggu..
Agar lepaskan saja diriku..