Monday, February 28, 2011

Bila Result Nak Keluar ?

Arghh ! ! ! Habis "stuck" kepala otak aku dibuatnya.. Pening rasanya kepala aku dibuat hingga terpening-pening yang dipeningkan oleh pemening untuk memeningkan kepala aku menanyakan bila result SpM keluar..
" Woi ! ! ! bile result keluar ! ! ! ? ? ? Aku dah bersiap sedia nak ambil result ni.. Aku dah buat persiapan pakaian nak ambil result , tahu tak ! ! ! "

Baju khurta, kain pelekat, serban, kopiah, rida' dan insyaAllah kalau aku terasa nak memakai cermin mata akan aku bawa, tapi semua pakaian aku ini.. Sudah siap aku buat, siap gosok lagi tu.. Hampir tiap-tiap malam aku lakukan solat hajat agar keputusan aku cemerlang.. Kerna aku tak mahu melihat walid dan ummi aku bersedih.. Aku cuma mahu mereka seronok bila mengethui dan melihat keputusan aku ini..

Selama ini telah aku banyak mengecewakan walid dan ummi.. Daripada zaman UPSR hinggalah PMR biarpun tidak gagal namun aku tak dapat dengan cemerlangnya.. Aku hanya sekadar baik sahaja dalam keputusan peperiksaan awam.. Aku nak membanggakan mereka dengan apa yang telah aku belajar selama ini sememangnya tidak membuang masa..
" Jap jap jap, ini macam sudah lari point yang aku nak cakap nie.. Arghh ! ! ! Memang sudah jam gila kepala aku sekarang ini ! ! ! Haish, zakwan oh zakwan (aku la 2).. Sekarang, mari back to the real point that i want to say its.. "

Aku sememangnya sudah tidak sabar hendak mengambil keputusan dalam berpakaian macam ini.. Kerna itu aku melakukan persiapan dengan cepat-cepat, hahahaha.. Aku memang sudah gila kan kan kan.. Aku sudah rancang baik nak pakai macam nie..
Orang tak pernah buat , biar aku yang buat..
Biarlah aku jadi orang pertama dekat kawasan aku ambil keputusan pakai macam gaya tabligh (dah memang tabligh pun sebenarnya)..

Ini kerna, aku selalu melihat budak-budak akan mengambil keputusan tiap-tiap tahun macam nak pergi KL, tapi biar aku buat perubahan.. New revolution dalam kawasan persekolahan aku.. Ambil result dalam gaya orang nak pergi dakwah . Hahaha..
" Tengok siapalah aku ini kan.. Aku ini kan suka buat kerja yang tak berapa nak betul.. Tengoklah perangai aku macam mana.. Agak kegila-gilaan sedikit.. Hahaha.. "

Tapi, tolonglah bagi tahu bilakah tarikhnya keputusan SpM akan keluar.. Aku nak tahu lah.. Tak kesian ke dekat aku. Tak takut dan cuak pun tapi setakat gementar jer ! ! !

Thursday, February 17, 2011

Sibuknya diri ini

Perh.. Semenjak beberapa menjak-menjak ini sampai sudah tidak terkata menjak-menjaknya, hingga terenjak-renjak aku semakin sibuk dengan kerja yang aku lakukan.. Hendak tulis blog pun aku sudah tak tahu apa yang aku hendak update kan lagi.. Sibuk aku kini mengalahkan, penyibuk-penyibuk yang tersibuk-sibuk hendak sibukkan diri untuk kesibukan membuat sesuatu. Memang terlebih sibuklah aku sekarang.. Biasalah, aku kan seorang bisnessman yang bakal terjaya.. Hahaha..
Balik semula pada point aku yang sebenar..

Kerja aku kini telah membuatkan aku sedikit kesibukkan dalam mencari keperluan dalam kehidupan seharian.. Tapi biasalah, bila semakin meningkat dewasa, pelbagai perkara yang perlu dilakukan.. Keperluan wang diperlukan, kalau tiada, agak terasa sedikit susahnya.. Yang penting bagi aku sekarang, ada sedikit "income" lah dekat poket kocek seluar aku daripada aku masukkan tangan keluar habuk je.. Itu memang sudah tahap pokai habis.. Memang aku tak nak kalau perkara itu jadi dekat aku.. Bertambah serabut dan gilalah kepala otak aku ini yang sekarang serabut pasal kes aku pun semakin bertambah-tambah dengan orang yang aku sayang.. Haish, memang banyak dugaan.. Dugaan..
Tapi inilah aku, penyibuk yang tersibuk dalam menyibukkan untuk kesibukkan mencari keperluan hidop..

Friday, February 11, 2011

Jangan Kecewekan Orang Yang Mencintai Kamu

  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu . Yang dia tahu di hati mata nya hanya ada kamu satu-satunya

  • Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau keksaih , dia tidak peduli ! ! ! Baginya yang penting kamu bahagia dan tetap menjadi impiannya

  • Orang yeng mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya , dihati dan matanya kamu selaluyang tercantik walaupun kamu merasa berat badan sudah bertambah

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini , dia ingin tahu kegiatan kamu

  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ' Selamat Pagi ' , ' Selamat Hari Minggu ' , ' Selamat Tidur ' , 'Take Care " dan lain-lain lagi , walaupun kamu tidak membalas SMSnya , kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya , menyatakan dalam cara yang berbeza , bukan " aku CINTA padamu " , tapi berselindung ayat se;ain kata cinta itu

  • Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan , setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirimkan SMS

  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu , bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya , kerna saat itulah saat yang berharga untuknya . Dan saat itu matanya pasti berkaca , kerana saat bersama mu itu tidak akan berulang selalu
  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati kata-kata yang kamu ucapkan , bahkan kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungakapnya . Kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya , berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya dan akhirnya kau musnahkan ? pasti kau lupa , tetapi bukan orang yang mencintai mu

  • Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu , bahkan mungkin meminjam CD milik kamu , kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga , walaupun sukar meminati kesukaan kamu , tapi akhirnya dia berjaya

  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema , atau batuk-batuk , dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia membimbangkan tentang kamu , peduli tentang kamu

  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian , dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS " good luck " untuk memberi semangat kepada kamu

  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan sesuatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa tetapi baginya barang itu sangat istimewa

  • Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap ditelefon dengan kamu , sehingga kamu menjadi binggung . Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah mengegar dunianya

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu

  • Jika suatu saat kamu harus berpindah ke daerah lain , dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada de nagn persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu , dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu , pernah dengar " jauh dimata , dekat dihati ?"

  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seorang kekasih

  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menefon kamu 100 kali dalam masa sehari . Atau mengejutkan kamu ditengah malam dengan mengirim SMS . Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu

  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuatkan kamu pening kepala . Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan melakukannya lagi

  • Jika kamu memintanya mengajarimu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin otrang terbodoh didunia ! bahkan dia begitu genbira kerana dapat membantu kamu , dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walaupun sesukar mana permintaan itu

  • Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya . Dia juga masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu . Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berhargaa buatnya

  • Dan jika kamu menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya , dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu , walaupun hal itu membunuh hatinya

  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberikannya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain . Dia sentiasa menunggu kamu

  • Orang yang begitu mencintaimu , tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan , walaupun hatinya meronta ingin mengetahui , kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya . Saat kau pinta dia berlalu , dia pergi tanpa menyalahkan kamu , kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta

Wednesday, February 2, 2011

Aku akan ada jika di perlukan


Aku bukannya lari daripada apa-apa cuma aku pergi untuk sementara waktu.. Aku tidak mahu melihat orang yang aku kenal selama ini yang melakukan usaha sama-saama dengan aku pergi jauh-jauh dan jauh daripada apa yang sepatutnya..

Tidak kisah pun jika masa aku, aku habiskan untuk buat sesuatu dengan orang tersebut kerna aku tidak mahu melihat orang tersebut menjadi diri aku yang sebelum ini.. Penuh dengan permasalahan dan terlalu jauh daripada apa yang sepatutnya.. Aku akan ada di sebelah orang tersebut jika dia sudah jauh daripada apa yang sepatutnya.. Ke mana sahaja yang orang tersebut hendak pergi, akan aku cuba turuti selagi aku tidak sibuk dalam kehidupan ini.. Biarpun sejauh yang mana sekalipun, tidak mengapa kerna aku hendak orang tersebut tahu bahwa sejarah silam aku yang cuba orang tersebut ikuti adalah yang paling teruk dan itulah bagi diri aku zaman jahiliah..

Orang tersebut
sememangnya tidak tahu akan perkara yang aku lakukan kerna aku tidak mahu orang tersebut tahu kerna nanti akan mengundah padah.. Yang paling aku tahu, aku akan cuba selalu ada di sisinya dan fahamkan orang tersebut yang apa yang orang tersebut lakukan sekarang akan mengundang padah pada masa akan datang.. Aku buat kesemua ini bukan atas arahan orang tetapi dengan kerelaan hati.. Aku akan cuba fahamkan orang tersebut agar tidak menyesal di kemudian hari..

Aku akan cuba lihat seberapa jauh lagi orang tersebut akan pergi dan dengan itu aku akan selalu ada di sebelahnya jika ada sesuatu masalah yang akan berlaku.. Akan aku cuba dengan sedaya upaya aku kerna sebenarnya aku lakukan kesemua ini, orang tersebut adalah anak kepada orang yang alim, anak kepada ustaz.. Aku lakukan kesemua ini juga kerna aku tidak mahu orang mengatakan apa kepada orang tersebut, asbabnya orang tersebut anak kepada seorang ustaz..
Aku sudah alami orang perkatakan kesemua tentang diri aku dan atok aku juga yang terkena tempias kerna atok aku kadi sewaktu itu di ulu yam bharu
..

Aku tidak mahu orang tersebut juga jadi sedemikian rupa, oleh itu aku akan bantu orang tersebut agar tidak menimpa apa yang pernah menimpa diri aku suatu ketika dahulu.. Sekarang orang tersebut tidak akan mengerti, InsyaAllah suatu hari nanti orang tersebut akan mengerti.. Aku harap orang tersebut akan tahu kenapa sebenarnya aku tidak berapa suka dengan zaman suatu aku jahiliah kerna itu zaman yang amat teruk dalam hidop aku dan aku harap bahwa orang tersebut jua tidak jadi sedemikian rupa sama seperti diri aku yang dahulu..

Oleh itu selagi aku ada masa, selagi itu aku akan cuba habiskan masa aku kepada orang tersebut agar orang tersebut akan mengerti..